˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 22˚➶ ⋆

507 25 1
                                    

GADIS itu melangkah mendekati kakaknya yang sedang berada di kolam ikan, kelibat kakaknya menjadi tatapan pertama mata hazel gadis itu. Kelihatan kakaknya berada di gazebo yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Aik, jauh termenung rindu abang Kael ye?" Suka gadis itu mengusik kakaknya, maklumlah sudah lama tidak bertemu sudah tentu banyak hal yang mahu diceritakan.

"Amboi, bab kenakan orang laju ye adik ni." Tersenyum nipis gadis itu melihat wajah kakaknya, rindu dia pada kakaknya tidak akan pernah berakhir biarpun berada di dalam satu rumah rindu itu masih ada.

Kerana dia masih takut akan kehilangan kakaknya lagi buat kali kedua, mungkin situasinya tidak akan sama tetapi dia masih takut. Doanya pada sang kakak tidak pernah terputus.

"Adik tu termenung, ingat Syad ke?" Tergelak kecil kakaknya apabila gadis itu memukul lembut bahunya, aik? Dia kenakan kita boleh takkan kita nak balas semula tak boleh kut.

"Apalah akak ni, adik termenung sebab nak jumpa ibu. Dah lama adik tak bersemuka dengan ibu, tolonglah akak adik nak ikut akak balik." Mata dikedipkan berkali kali berharap kakaknya memberi dia peluang untuk bersemuka dengan ibunya.

"Dik, bukan sekarang waktunya kita pergi lain kali sahaja okey?" Dia tidak kisah tentang hal jauh itu dia cuma taknak adik sedih apabila melihat keadaan di sana sudah tidak sama seperti dahulu.

"Akak, tolonglah kalini je." Gadis itu membuat muka comelnya dah kalau yang tadi tak jalan kita cuba pula yang ini, berharap berjaya tetapi hampeh.

"Tak boleh, nanti kalau adik balik sana macam macam boleh jadi ayah tu bukan betul sangat pun." Kakaknya mengeluh perlahan, alahai budak ni merajuk pula bila orang kata baik baik dia taknak dengar.

"Akak benci sangat ke dekat ayah, sampai macam tu akak cakp dekat ayat!" Terbeliak mata kakaknya apabila gadis itu menengking dirinya, sampai macam tu ke dia nak bela sangat bapaknya.

"Adik! Cuba mengucap. Adik tengok balik dengan siapa adik bercakap, tolong hormat akak sebagai orang yang lebih tua dari adik." Kecil besar kecil besar sahaja dia melihat adiknya, ini kalau bukan disebabkan kita kat luar memang dah lama tangan ni naik dekat muka kau.

"Tak! Jangan ajar adik mengucap kalau akak sendiri pun tak boleh nak terima baik buruk ayah." Gadis itu mengukir senyuman sinis, itu ayah akak walau macam mana sekalipun dia tetap ayah kita.

"Tanpa dia kita takkan ada dekat dunia ni akak, walaupun pengorbanan dia tak setaraf dengan ibu tapi percayalah dia nak yang terbaik untuk anak anak dia." Gadis itu mengeluh perlahan.

"Ayah buat macam tu sebab kita buat salah, kita yang keluar dengan lelaki sedangkan ayah dah pesan jangan keluar dengan ajnabi tapi kita degil tak dengar kata ayah, sehingga ayah membuat keputusan untuk halau kita." Gadis itu menahan air matanya dari mengalir.

"Dia hero kita akak, adik tahu mungkin akak terasa hati dengan sikap ayah tapi akak percayalah ayah buat semua benda ni bersebab bukan nak halau kita semata mata." Gadis itu memegang erat tangan kakaknya yang sudah mula menggeletar hebat.

"Adik minta maaf sebab tengking akak, adik tak dapat kawal emosi adik." Gadis itu tunduk memandang lantai malu ingin berhadapan dengan kakaknya kerana dia tahu dia yang silap dalam hal ini.

"Tak. Adik salah, akak sepatutnya minta maaf sebab terlanjur berkata kata ye, memang betul akak tak sepatutnya cakap macam tu dekat ayah." Nayla segera menarik tubuh adiknya masuk ke dalam pelukkan, maaf jika adik terasa.

"Akak, lama lagi ke kita nak duduk macam ni?" Gadis itu sudah mulai tidak cukup nafas, kakak dia mahu bunuh dia ke pergi peluk orang serapat rapatnya sehingga tiada ruang mahu tak mati dia dekat situ jika lambat 1 minit.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now