˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 24˚➶ ⋆

394 22 3
                                    

TAJAM anak mata hazel milik gadis itu merenung jejaka dihadapannya, nasibnya sungguh malang harini kenapa harini juga kakaknya dan Kael harus keluar sewaktu jejaka ini tidak berkerja.

Katanya ambil cuti sakit, banyaklah sakitnya dia tengok sihat sahaja jejaka ini siap boleh mengusik dirinya lagi tidak mungkin orang sihat boleh jadi nakal macam ni.

Lainlah jika jejaka ini menipu dirinya yang sebenarnya jejaka dihadapannya sekarang ini tidak sakit, melainkan jejaka ini mahu mengambil kesempatan untuk mengusik dirinya dengan hal hal gila dia.

"Apa masalah awak, awak cakap cuti sebab sakit saya tengok awak sihat je." Gadis itu masih merenung tajam kearah jejaka dihadapannya, alamatnya jejaka itu hanya tersenyum tak bersalah.

'Ya Allah, kau kuatkanlah hambamu ini untuk menghadapi perangai hambamu yang satu ini sungguh hambamu yang satu ini sungguh susah untuk di jaga.' bisik hati gadis itu, mahu sahaja dia bersuara dihadapan jejaka ini tetapi mulutnya tidak mahu mengeluarkan sebarang suara.

"Biarlah, saya bos." Selamba badak sahaja jejaka itu berkata kata tidak di hiraukan gadis dihadapannya yang sudah memandang tajam kearahnya, dia tidak peduli.

Kerana baginya semua pandangan gadis itu terhadapnya adalah tatapan lembut, tahu gadis itu sedang marah tetapi dalam hati dengan penuh kesabaran dia cuma menahan amarahnya.

"Sudahlah, Syad. Sampai bila awak nak pastikan saya selamat sampai awak sendiri tak pergi kerja." Gadis itu mula menuruni sedikit nada suaranya apabila dia terasa, yang dia sudah meninggikan suara pada jejaka itu.

"Sampai bila bila." Selamba badak sekali lagi jejaka itu menjawab, tatapan tajam gadis itu juga tidak di hiraukan bukan kerana takut tetapi menjaga pandangan nombor satu.

"Sampai abang Jamil, meninggal?" Gadis itu tergelak kecil apabila tajam jejaka itu menjeling kearahnya, mahu sahaja dia lempar gadis ini ke dalam lautan yang luas.

'sabar Syad, berlawan dengan perempuan kita kena mengalah bukan melawan.' jejaka itu mengeluh perlahan dia juga tahu ini silapnya kerana bersikap kebudakkan kepada gadis itu.

"Baik, kalau saya pergi kerja awak yakin yang awak boleh duduk dekat rumah seorang diri?" Di tekan setiap perkataan itu supaya gadis itu tahu mengapa dia tidak membenarkan gadis itu duduk bersendirian di rumah.

"Alah, saya yakin. Bukannya kalau awak pergi kerja ada orang pecah masuk rumah." Gadis itu membuat muka comel berharap jejaka itu membagi lampu hijau, bukan apa dia jadi segan bila duduk berdua dengan mamat ni.

"Sure?" Jejaka itu masih mahukan kepastian yang kukuh, dia tidak suka orang berbohong padanya seakan akan orang itu senang sahaja maju pijak kepalanya.

"Uhm! Saya betul betul nak tinggal sorang." Gadis itu masih cuba memujuk si jejaka agar pergi ke tempat kerja, berharap sangat kenapalah susah sangat mamat ni mahu percayakan dia nampak muka dia ni penipu bersiri ke?

'muka cantik macam ni takkan kena cop penipu pula, lagipun tipu sunat je bukan dosa pun kan?' bisik hati kecil gadis itu, sendiri tanya sendiri jawab memang bagus.

"Yelah, tapi kalau ada apa apa yang berlaku cepat call saya atau awak nak saya tinggalkan Kylo untuk teman awak." Jejaka itu menjongketkan sebelah keningnya apabila gadis itu hanya diam membisu, adalah tu yang mengganggu fikiran gadis ini.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now