˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 14˚➶ ⋆

698 42 2
                                    

ABAYA berwarna hitam di capai lalu di sarungkan ke tubuh, tidak lupa dia mengambil bawal printed berwarna putih yang dihiasi dengan corak bunga.

Langkahnya diatur mendekati meja rias yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Gadis itu melihat pantulan dirinya di cermin sebelum bibir merah jambu itu naik tersenyum manis, ikhlas. Tangannya laju mencapai lipbam dan mengoleskan sedikit di bibirnya.

Setelah itu dia menyiapkan tudungnya yang masih setia berada di atas kepalanya.

"Siap." Gadis itu tersenyum apabila sekali lagi dia melihat pantulan dirinya di cermin tidak pernah dia memakai pakaian sebegini, perfume Yaraa di capai dan di semburkan di baju dan di tudung.

Beg tangan berwarna cream di capai sebelum tangan naik membuka pintu bilik itu, tidak lupa dia menutup suiz kipas dan lampu.

Langkah di atur mendekati tangga, perlahan-lahan dia melangkah apabila matanya ternampak kelibat Puan Eryna mahu mengamuk wanita itu apabila melihat dia berlari ketika menuruni anak tangga.

"Amboi! Cantiknya anak ibu malam ni." Pujian itu datang dari mulut Puan Eryna, ikhlas dia memuji gadis itu tetapi itulah kenyataan gadis itu memang cantik.

"Terima kasih, ibu." Gadis itu tunduk sebelum memeluk erat tubuh wanita itu, senyuman manis tidak lengkang dari bibir gadis itu.

"Sama-sama, sayang ibu." Gadis itu tersenyum manis, suka dia di perlaku sebegitu kerana wanita ini dia dapat merasai kembali kasih sayang seorang insan yang di gelar ibu.

"Dapat anak baru terus lupa anak lama." Adu jejaka itu sebelum matanya tajam menikam anak mata hazel milik gadis itu naik angin dia apabila gadis itu hanya tersengih tidak bersalah.

"Kamu ni... Mana ada ibu lupa, ibu sayang dua-dua anak ibu." Wanita itu menggosok lembut bahu anaknya untuk meredakan api kemarahan jejaka itu.

"Mengada." Gadis itu memutarkan bola matanya tetapi dalam hatinya sudah membuak-buak ingin mengata bahawa jejaka itu dan ibunya terlihat sangat  comel apabila jejaka itu bersikap lebih manja.

Tidak salah pun apabila mereka begitu kerana membuat sebegitu juga sudah membuatkan gadis itu bahagia, malangnya dia tidak dapat rasakan bahagianya di layan seperti puteri kecil yang ingin dimanjakan oleh ayahnya.

"Rai?" Sergahan dari Puan Eryna membuatkan lamunan gadis itu mati hampir sahaja air matanya ingin mengalir tetapi di cancel apabila Puan Eryna menyergah dirinya.

"Kenapa nangis? Tak cantiklah nanti kalau nangis." Wanita itu mengseka lembut air mata gadis itu yang mengalir laju membasahi pipinya.

Jejaka itu diam berdiri di tempatnya cuba mencari makna di sebalik apa yang telah terjadi, pasti ada perkara yang mengganggu fikiran gadis itu hingga membuatkan gadis itu mengeluarkan air mata.

"Kalau Rai tak sihat kita boleh keluar esok." Puan Eryna tersenyum nipis saat gadis itu menggelengkan kepalanya tanda gadis itu tidak mahu, keras kepala juga budak ni.

"Takpe Rai sihat, cuma ada benda yang ganggu fikiran Rai tadi." Jujur gadis itu dia tidak mahu wanita itu merisaukan tentang dirinya sedangkan dia sihat sahaja.

Jejaka itu tersentak apabila gadis itu mula jujur, dia cuma agakkan sahaja tidak tahu perkara itu adalah benar.

"Kalau Rai rasa tak sedap badan, Rai bagitahu ibu tak pun Irsyad." Wanita itu tersenyum nipis apabila gadis itu menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan yang dia setuju.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now