˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 31˚➶ ⋆

439 17 0
                                    

GADIS itu menatap lama kearah anak mata si jejaka itu. Dia tak perasan ke aku ada dekat depan mata dia ni? Bahaya sangat ni kalau dah angau tu memang susah macam ni.

"Awak?" Gadis itu masih cuba memanggil si jejaka buat kali kedua ini kalau masuk kali ketiga tak dengar juga memang sah! Mamat ni ada masalah pendengaran.

"Awak!" Sedikit dinaikkan nada suaranya agar si jejaka dapat mendengar kalau tak dengar memang aku tendang dia sampai ke planet pluto mamat ni nanti. Kalau tak ke pluto lepak underground.

"Iye?" Akhirnya jejaka itu bersuara juga. Ingatkan dia tengah bercakap dengan dinding tadi. Biasanya kalau dia meluah memang dinding yang jadi mangsa. Biarpun begitu meluah pada sang pencipta lebih membuatkan dirinya rasa lebih selesa berbangding meluah pada ciptaannya.

"Erm, awak sibuk ke? Saya nak minta sesuatu ni. Tapi kalau awak sibuk saya boleh minta lain kali." Gadis itu tersenyum nipis. Bukan ayat penyedap hati tetapi itulah kenyataan. Dia tiada niat untuk mengganggu jejaka itu sedang berkerja.

"Saya sibuk. Tapi kalau untuk Erissa Mikayla saya jadi lenggang. Cakaplah saya setia menunggu dan mendengar ni." Jejaka itu membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Selepas itu mata hazel miliknya menikam lembut anak mata amber milik gadis itu. Lama.

"Ada ada je ayat pemanis awak tu. Kalau sehari tak buat orang blushing bukan awak orangnya. Jelmaan awak kalau macam tu." Tergelak kecil jejaka itu. Dia bahagia sebenarnya. Itulah sebabnya jika bersama gadis ini dia berasa sangat selesa alangkah beruntungnya dia kerana Allah hadirkan orang sebaik gadis ini.

"Kalau satu hari nanti saya takde disamping awak. Awak jangan sedih sedih okey sayang? Saya tahu banyak yang dapat gantikan tempat saya. Saya tak kisah asalkan awak bahagia, macam yang saya cakap. Awak bahagia saya lagi bahagia." Seketika semuanya jeda. Masa bagaikan terhenti buat sementara waktu.

"Awak nak tinggalkan saya ke? Awak dah tak sayang saya. Awak cakap awak nak hidup dengan saya hingga akhir nafas awak. Tapi kenapa awak cakap macam tu?" Hairan tetapi lebih tepat gadis itu cuba menahan diri dari melepaskan tangisan.

"Bukan. Saya cuma bagitahu sebab saya takut. Masa saya dah tak lama Erissa. Sebab tu saya nak bahagiakan awak kerana orang seperti awak tak layak rasakan kesakitan dan kepahitan. Jika ayah awak menyiksa diri awak, saya akan layan awak seperti ratu. Biarpun bukan untuk negara tapi ratu yang sudah bertahta di dalam hati saya. Hanya awak Erissa Mikayla." Jejaka itu tersenyum nipis saat mata amber itu menikam lembut anak matanya.

"Awak baik sangat. Sampaikan satu hari saya rasa, saya ni tak pantas untuk dicintai orang sebaik awak. Saya tak sama seperti wanita diluar sana." Gadis itu tunduk memandang ke bawah enggan dia melihat tatapan jejaka itu. Dia tahu jejaka itu sedang mencerna ayat yang dia lontarkan itu.

"Then I don't care. When I love someone I love hard, I'll give you all my efforts, I will put you on my first priority, care for you and I don't care if you hurt my feeling." Tubir mata gadis itu bagaikan mahu melepaskan semua tangisan. Tapi dia cuba menahan agar tidak nampak dia terlalu lemah. Dia harus kuat. Kuat.

"Menangis tu bukan bererti kita ni lemah tau. Sebab dengan menangis kita dapat melepaskan semuanya. That's why we're born crying." Jejaka itu tersenyum nipis berserta mata sepetnya yang ikut tersenyum. Biasalah dah Allah ciptakan dia mata sepet tak boleh buat apa juga. Senyum sikit mata dah hilang.

"Eleh. Ayat awak mesti buat saya terasa hingga ke dalam hati. Awak nak tahu tak setiap babit bicara awak, saya selalu mendalami ayat awak tau. And you know feel dia lain macam!" Gadis itu akui. Jejaka itu sedikit sebanyak merubah kisah hidupnya yang gelap.

"Banyak mulut budak ni. Tadi awak nak cakap apa hm?" Dari tadi dia setia menanti apa yang ingin gadis ini katakan. Katanya dia ada satu permintaan entah apa permintaannya. Jangan yang pelik pelik sudahlah.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Место, где живут истории. Откройте их для себя