˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 16˚➶ ⋆

646 33 4
                                    

MASAM sahaja wajah gadis itu, apabila diusik dengan haiwan yang paling dia takuti kenapalah mamat tu suka usik dia pakai haiwan ni tak boleh ke guna cara lain.

"Kucing ni comel, kenapa awak takut sangat Rai?" Jejaka itu tersengih seketika apabila diingatkan kembali hal yang berlaku diantara mereka berdua.

"Awak ni memang ada masalah hidup ke, mamat poyo?" Gadis itu mencerlung tajam anak mata amber milik jejaka itu, kalau dia nak minta aku tampar memang dah lama aku buat.

"Ada, masalah saya adalah susah nak dapatkan hati seseorang." Jejaka itu tersengih tak bersalah, mata hazel itu menikam lembut anak mata amber miliknya.

Seketika seluruh sendinya terasa kaku, apabila mata hazel itu memandang kearahnya lama adakah dia tersalah cakap tadi? Rasanya dia sudah jaga tutur katanya agar tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.

"Siapa pujaan hati awak tu, mamat poyo?" Gadis itu tersenyum nipis, luaran penuh dengan senyuman tetapi dalaman hanya Allah dan dia sahaja yang tahu sakitnya hati ini.

Jejaka itu mengeluh perlahan, mungkin kalini dia tersilap langkah betullah orang kata terlajak perahu boleh di undur tapi kalau terlajak kata sampai bila-bila pun rasa menyesal itu akan ada.

"Tiada sesiapa, saya cuma bergurau." Masih cuba menyusun kembali ayatnya haraplah gadis itu tidak terasa atau ambil hati dengan apa yang dia katakan tadi, niat nak bergurau jadi benda lain pula.

"Yakin?" Gadis itu menjongketkan sebelah keningnya, dengar boleh tetapi percaya sulit sekali sebab aura mamat ni lain macam seakan-akan apa yang dia katakan tadi itu adalah benar.

Sangat sulit untuk menelan semua itu, mungkin kerana dia sudah jatuh cinta pada jejaka itu? Tidak. Dia tidak akan pernah jatuh cinta pada sesiapa pun itu janjinya.

"Saya yakin." Jejaka itu menjatuhkan kepalanya bagi meyakinkan gadis itu bahawa tiada sesiapa di hatinya setakat ini, sejauh ini mungkin ibunya masih menjadi pemenang dalam semua yang hadir.

Kerana mencari pendamping hidup itu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana seumur hidup itu lama itulah sebabnya mengapa kita harus mencari yang tepat bukan yang sementara.

Dan apabila hati ini masih tidak boleh menerima sesiapa janganlah dipaksa, takut nanti orang yang hadir itu akan mendapat luka yang dalam hanya disebabkan kita yang tidak dapat keluar dari masalalu.

"Buktikan." Gadis itu tersenyum menyenget, itulah apa yang dia lakukan setiap kali dia masih ragu-ragu dengan seseorang tetapi tidak dengan itu sahaja banyak lagi perkara yang dia lakukan agar dia boleh mengenali seseorang itu lebih dalam.

"Buktinya, saya masih bujang dan kalau saya ni dah ada girlfriend buat apa saya layan perempuan lain." Jejaka itu mengeluh perlahan, susah sangat ke gadis ini mahu mempercayai dia.

"Buat apa saya sakitkan hati dia, sedangkan dialah orang yang selalu ada dengan saya ketika saya susah mahupun senang." Kata jejaka itu lagi sebelum bibirnya naik tersenyum nipis, tangan naik membetulkan rambut yang sedikit serabai.

Gadis itu diam membisu, betul kata jejaka itu jika dia sudah berpunya mengapa dia harus layan yang lain sedangkan 'seseorang' itu yang selalu ada bersama kita.

"Sudahlah, jangan difikirkan perkara sebegitu nanti memenatkan otak sahaja." Jejaka itu tersenyum nipis saat mata hazel itu menikam anak mata amber miliknya, sungguh dia jujur tatapan itu membuatkan dia tumbang.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora