˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 29˚➶ ⋆

331 19 4
                                    

TERSENYUM nipis jejaka itu mendengar cerita yang keluar dari mulut rakannya. Alahai rakannya ni pun satu jenis pemalu yang cik gadis tu pula dua kali lima macam mana nak berkenalan kalau dua dua pemalu.

"Habis tu kau buat apa? Kau tengok dia dari jauh. Usya dia dari jauh? Ingat kau boleh dapatkan dia kalau macam tu." Mula sudah jejaka itu membuka ceramah tentang hal hal romantik ni.

Alah, tuan badan pun sama takde bezanya harap badan je sado tapi jiwa tak kental langsung. Takkanlah nak confess pun takut takut. Macamlah kau luahkan perasaan dekat hantu.

"Usya dari jauh. Daripada aku buat maksiat baik aku usya dia, takdalah bertambah dosa aku." Jejaka itu tersengih tak bersalah. Sengaja disindir kawannya itu, sesekali biar dia faham sikit.

"Eleh, engkau nak sindir aku agak agaklah bro. Kan tak pasal pasal terbang peluru ni dekat dada kau." Jelingan tajam oleh jejaka itu hanya mengundang tawaan daripada rakannya.

Bukan apa, dia sebagai rakan kepada jejaka itu rasa macam mainan pula main jeling jeling lainlah kalau orang yang first time jumpa mamat ni. Itu lainlah memang terberak member dekat situ.

"Sindir sebab nak nasihat kau. Aku taknak kau tengelam dalam dosa sekali dengan dunia ni. Sebab dunia ni sementara je bro, akhirat selamanya. Aku memang tak seberapa baik tapi kalau kau buat salah bab agama aku akan tegur sebab aku taknak masuk syurga seorang diri dan aku taknak kau masuk neraka." Jejaka itu tersenyum nipis. Berharap rakannya faham.

"Baik, Leftenan Zarith Zayden." Jejaka itu tergelak kecil. Wajah rakannya sudah bertukar menjadi merah mungkin malu atau sebaliknya. Kan dah cakap member dia bukan seorang yang hyper sangat pun malu sahaja yang lebih.

"Terima kasih sebab faham apa yang aku nak sampaikan, Leftenan Irsyad Mikael." Jejaka itu tergelak kecil. Mana boleh jejaka itu sahaja yang kenakan dia, dia juga mahu membalas hanya sekadar gurauan bukan serious sangat pun.

"Jadi macam mana? Sophea keluar dari hospital bila." Jejaka itu mencapai segelas kopi dihadapannya dan menghirup sedikit demi sedikit. Sayang betul dengan kopi tu sampaikan tak bergerak langsung sedap sangat ke?

"Insyaallah, dalam jangkaan esok tak pun harini boleh dah dia nak keluar tapi tengok tekanan darah dia jugalah." Jejaka itu tersenyum nipis. Setiap kali dia mendengar nama gadis itu pasti bibirnya tidak berhenti tersenyum.

'angau boleh, tapi jangan lebih lebih takut nanti jatuh zina hati.' itulah prinsip seorang Irsyad dan juga Zayden. Mereka boleh angau tetapi tidak lebih sampaikan jatuh zina hati. Mereka juga sudah berjanji dengan diri sendiri yang diaorang takkan sentuh mana mana perempuan yang bukan mahram.

"Eleh kau, tersenyum senyum macam orang gila. Aku tahu kau dapat bidadari tapi tak perlu kau tunjukkan sangat angau tu. Cukuplah kau pegang janji tu menjauh untuk menjaga kelak kita akan dipertemukan di waktu yang tepat dan di redhai yang maha esa." Jejaka itu tersenyum manis, ikhlas untuk rakannya.

"Alah. Aku ingat janji tu bro. Kau ingat aku orang yang mungkir janji ke macam kau hah?" Sejurus itu mereka menghamburkan tawaan di udara. Entah apa yang kelakar tapi tak perlu buat lawak pun. Tengok muka masing masing je dah ketawa tak ingat dunia.

"Kau pula macam mana? Bila nak masuk meminang bro." Seketika semuanya jeda termasuk jejaka itu. Dia bagaikan leka untuk sesaat entah mengapa jika ada yang menyoal dia sebegitu, dia merasakan ada satu perasaan yang muncul entah itu memang benar atau hanya kebetulan.

"Entahlah, Rith. Keluarga dia memang jenis yang tak berkembang ke macam mana ye? Aku pergi rumah diorang haritu saja nak usya. Tak lama aku dekat situ ayah dia halau aku." Bibir jejaka itu naik tersenyum nipis. Mungkin ada sebab mengapa lelaki itu membuat demikian, atas faktor tertentu lelaki itu mana kenal dirinya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now