˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 20˚➶ ⋆

600 27 3
                                    

TERASA segar menyapa tubuhnya selepas sahaja dia membersihkan dirinya, dia melangkah mendekati almari baju yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

T shirt berwarna hitam menjadi pilihannya, tak lupa dia mengambil seluar berwarna biru laut. Perbuatannya dibuat dengan tergesa gesa ada perkara yang dia harus selesaikan.

Jam tangan berwarna hitam juga dicapai dan diletakkan di pergelangan tangan, rambutnya yang agak serabai di kemaskan agar terlihat lebih rapi dari sebelum.

'sedikit kecewa, tapi tak mengapa.' jejaka itu mengeluh perlahan, sungguh dia kecewa apabila gadis itu mengambil semua ubat ubat yang tidak diluluskan oleh pihak hospital.

Bagaimana gadis itu mendapatkan semua ubat ubat itu, sedangkan di hospital itu tidak menerima sebarang ubat yang membahayakan nyawa.

"Saya harap awak tak ketagih." Jejaka itu mengeluh lagi buat kali kedua, dia perbanyakkan berdoa semoga selepas apa yang jadi ini akan ada pelangi yang indah disebaliknya.

Langkah diatur mendekati pintu bilik hotel itu, disebabkan dia tidak mahu mengambil risiko dengan si gadis jadi dia memutuskan untuk tinggal di hotel sementara semua masalah ini selesai, sepenuhnya.

Dan dia janji dengan dirinya sendiri, dia akan pulihkan semuanya tentang gadis itu tidak kira dimana sekalipun mahu pun itu mental atau hati gadis itu yang sudah retak seribu.

Jejaka itu menuruni anak tangga dengan satu persatu sehingga dia tiba di lobby hotel itu, pintu utama itu di tarik dan segera memboloskan diri ke dalam perut kereta Mercedes AMG A45.

Dengan perlahan kereta itu mulai meninggalkan kawasan itu, jejaka itu tenang memandu tetapi tidak dengan hatinya walaupun dia sudah menyuruh salah seorang anak buahnya untuk melihat gadis itu tetapi hatinya masih berasa gelisah.

•••

"Awak biar betul?" Terkejut dia apabila mendengar jejaka itu menjelaskan semua yang telah terjadi, dapat di lihat raut wajah jejaka itu amat risau tentang si gadis.

"Aku cakap benda betul, Sofi." Tajam mata helangnya menikam anak mata sepupunya, Sofia Hana.

"Saya gurau je Syad, awak ni selalu ambil serious." Gadis itu menggeleng perlahan, perangai abang sepupunya tidak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang masih sama selalu serious 24jam.

"Okey. Balik kepada topik kita, sekarang ni aku nak tahu macam mana dia boleh dapatkan semua ubat ubat ni." Jejaka itu mengeluarkan dua plastik yang berisi ubat tahan sakit.

"Dia memang datang hospital ni ke, waktu tu Syad?" Gadis itu bagaikan terkelu sementara selepas membelek belek semua ubat ubat itu, jantungnya seakan mahu terhenti jika dia yang tahu sahaja sudah begini apatah lagi jejaka itu.

"Yes. Sebab dekat sini mana ada hospital dah." Jujur jejaka itu, dia sudah mengecek semuanya tidak perlu siasat di plastik ubat itu sudah tentera nama hospital.

Gadis itu mengeluh perlahan, siapa sebenarnya yang buat temu janji dengan gadis itu. Dia berfikir sejenak sudahlah dia tidak masuk dua hari lepas sebab sakit perut.

"Kau boleh tolong, tak?" Jejaka itu mula rasa gelisah, orang lain yang telan ubat itu dia pula yang seakan akan dapat effect.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang