˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 12˚➶ ⋆

865 43 1
                                    

"CUBA dulu, mana tahu menjadi ke kita tak tahu rezeki nak datang bila-bila masa sahaja." Maya menghela perlahan nafasnya sejak tadi dia masih teragak-agak mahu menelefon rakannya sendiri, Husna Raihana.

Entah kenapa hari demi hari, mereka bagaikan mahu putus asa khabar rakannya juga dia tidak dapat tahu apatah lagi di mana gadis itu berada.

Risau? Tak perlu bertanya lagi dia sudah balik ke kampung gadis itu semata-mata untuk mencari gadis itu malangnya tiada, dia masih cuba untuk mencari rumah jejaka yang membawa rakannya ke sini.

Tetapi tidak dapat di kesan, dia juga buntu tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan agar rakannya kembali pulang ke sini dalam keadaan yang selamat.

"Amelia, aku dah cuba beberapa kali tapi jawapannya masih sama tidak di angkat." Maya memicit dahinya yang terasa pening harini dia ambil cuti bukan dia seorang sahaja tetapi Amelia dan Yaya juga turut sertai.

Yaya yang melihat mereka mula rasa berputus asa dia hanya diam tetapi tidak dengan fikirannya, banyak idea mula tercetus tetapi semuanya tidak berguna.

"Yaya, kau pula yang cuba." Amelia menatap tajam kearah rakannya apabila gadis itu menggeleng, budak ni nak Husna balik ke taknak kalau taknak bagitahu awal biar aku boleh tempah tiket untuk hantar kau dekat Afrika.

"Fine." Gadis itu mengeluh perlahan, bukannya dia tidak cuba malahan dia sudah sakit tangan hari-hari tekan ke button ni.

Maya diam membisu kan diri, apabila Amelia sudah mula serious maka di situlah semua orang akan patuh dengan arahan yang diberikan bukan takut tetapi hormat.

Yaya mengeluh perlahan, masih tidak dapat dihubungi bilalah rakannya mahu pulang ke cafe itu pelanggan semua sudah menanyakan tentang hal itu sejak rakannya tidak balik.

"Tak sekarang kita kena cari lokasi rumah mamat tu." Maya yang tadinya diam membisu kini di fikirannya sudah tercetus satu idea.

"Macam mana?" Amelia mula menyoal rakannya tetapi apabali rakannya tidak menjawab hanya memberi senyuman sinis dan setelah itu membuka langkah meninggalkan dia dan juga Yaya.

"Apalah masalah minah tu, kita sekarang kena berkerja sama bukan berseorangan." Lama-lama dia juga boleh naik angin dengan perangai Maya lepastu campur pula dengan perangai Amelia yang suka tinggal orang dekat belakang.

Ha bagus! Dapat kawan semuanya tak terpakai nak mengharapkan aku sahaja dapat idea bukan nak berkongsi tapi pergi bagi senyuman sinis buat apa.

"Yaya! Cepatlah kau membatu tu kenapa?" Amelia sudah mula menjerit saat rakannya membuat tak endah apabila dia memanggil si Yaya, merajuk kena tinggal ke?

Lawaklah, dah besar pun nak merajuk kecil-kecil taknak merajuk dah besar mulalah tunjuk perangai manjanya nak suruh orang pujuk maklumlah Cik Yaya kita mana ada pakwe.

Katanya dia tidak mahu menambahkan lagi dosa cukuplah dosanya dengan ibu dan ayah yang belum diampunkan lagi sudah mahu mencari dosa lain.

Yang satu pun belum selesai pergi tambah lagi yang lain, buatnya esok Allah nak ambil nyawa dia bagaimana? Tak perlu tunggu esok harini juga boleh jadi ajal tu bila-bila masa akan datang.

Tidak kira umur, itulah satu-satunya pesanan dari arwah ayahnya yang dia simpan betul-betul di dalam kepala dia tidak mahu sia-siakan pesanan itu.

Baginya pesanan itu cukup berharga kerana itu adalah pesanan terakhir arwah ayah sebelum jejaka itu menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir.

Gadis itu tersenyum pahit, air matanya mula mengalir apabila mengingati semua yang telah terjadi berdosanya dia pada ayahnya sampaikan keluarganya tidak dapat memaafkan dirinya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now