˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 27˚➶ ⋆

359 20 0
                                    

LAMA wanita itu duduk termenung diatas sejadah, air mata tak berhenti mengalir mengenang ujian yang hadir di dalam hidupnya. Sungguh pahit untuk dia telan semua itu, dia sudah tidak kuat.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau gantikanlah keperitan yang aku lalui ini dengan kebahagian suatu hari nanti, sungguh aku sudah tidak kuat untuk mengharungi setiap cabaran ini Ya Allah." Sekali lagi air mata wanita itu jatuh mengalir membasahi pipi.

Dia rindukan anak anaknya, sangat rindu bahkan rindu ini tiada penghujung. Dia mahu bertemu kembali dengan anak anaknya, apakah mereka semua baik baik sahaja atau malah sebaliknya.

Dia amat risau akan kesihatan kedua orang anaknya, mengapa suaminya sanggup membuat demikian terhadap anak kandung sendiri. Sungguh sakit dia melihatnya dia bagaikan rasa sangat bersalah kerana sudah salah memilih teman hidup.

"Ibu?" Jejaka itu tersenyum nipis. Langkah diatur mendekati ibunya dia memeluk erat dan cukup lama tubuh kecil itu. Suhu badan ibunya juga agak sedikit panas mungkin kerana banyak memikirkan sesuatu.

"Ibu dah okey?" Jejaka itu menyoal kepada ibunya apabila wanita itu hanya berdiam sahaja tanpa sebarang suara mahupun tangisan.

Jejaka itu melonggarkan pelukan apabila ibunya hanya diam membisu, makin risau dibuatnya ingatkan ada apa apa yang berlaku tetapi...

"Sakit sangat? Ibu nangis tanpa sebarang tangisan mahupun bunyi." Jejaka itu cuba menahan air matanya dari mengalir apabila melihat keadaan ibunya, wanita itu terlihat sangat penat.

"Ibu, kalau ibu perlukan tempat meluah Eidan ada. Eidan tahu mungkin sebelum ni Rai dengan Nay yang akan mendengar luahan hati seorang ibu tapi bila diorang tiada ibu mesti tiada tempat meluah. Tapi ibu jangan risau Eidan ada selagi Eidan masih hidup semuanya Eidan akan bagi dekat ibu. Dan Eidan sanggup tanggung sakit ibu dari tengok ibu merintih setiap hari." Jejaka itu menggenggam erat tangan ibunya bagaikan tidak mahu melepaskannya.

"Ibu rindukan Nay dengan Rai sangat sangat. Tapi apa yang ibu boleh buat selain doa yang ibu langitkan semuanya untuk anak anak ibu, untuk Eidan untuk Rai dan Nay. Tanpa kamu bertiga ibu bukan siapa siapa Rael." Separuh berbisik nada suara wanita itu, bagaikan dia tidak boleh mengeluarkan kata kata itu.

"Ibu... Eidan ada dengan ibu. Sampai bila bila, hingga hujung nyawa Eidan bu... Eidan tak boleh hidup tanpa ibu. Tolong ibu, jangan pergi dulu Eidan tak sanggup hidup tanpa malaikat tanpa sayap seperti ibu berada disisi. Hidup Eidan akan jadi kucar kacir tanpa ibu." Jejaka itu masih sabar menahan air matanya dari menitik.

Dia harus kuat demi ibu, segalanya demi ibu bahkan jika nyawa boleh digadaikan dia sanggup gadaikan nyawanya untuk insan yang dia sayangi sangat sangat, ibu.

'Eiran kena kuat meskipun Eidan sendiri tiada penyemangat. Tapi Eidan hadap juga untuk ibu, selamanya hanya untuk ibu.' bisik hati jejaka itu.

"Rael, kamu dah besar Rael. Sepatutnya kamu dah ada rumah tangga hidup normal macam orang lain hidup tapi sebab ibu, Rael tak dapat merasa kehidupan normal yang sebenar benarnya. Ibu minta ampun nak, ibu dah salah pilih pasangan hidup hingga anak anak ibu kena tempias hanya disebabkan baran semata mata. Ibu minta maaf Rael." Wanita itu tidak berhenti menyebut perkataan maaf walaupun dia tahu yang anaknnya sudah lama maafkan dia.

"Ibu, Rael tak suka ibu minta maaf. Sebab ibu tak pernah buat salah dekat Rael. Rael tahu ibu mesti rasa sebersalah lepas apa yang ayah buat dekat kitaorang. Walaupun Rael tak pernah duduk dekat tempat adik adik Rael tapi Rael tahu dilayan seperti sampah oleh manusia yang kita sayang sangat, memang sakit." Sengaja perkataan sampah ditekan.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Место, где живут истории. Откройте их для себя