˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 32˚➶ ⋆

492 17 1
                                    

TAK berkedip mata gadis itu melihat keindahan tempat pernikahan kakaknya. Ini baru tempat tunang belum nikah apatah lagi bersanding. Kaya betullah bakal abang iparnya, agak agak apalah kerja dia.

Sedang terleka gadis itu melihat sekeliling ruangan villa itu. Tanpa dia sesat bahunya di rempuh kuat oleh seorang jejaka. Menyebabkan dia hilang keseimbangan.

"Auch!" Selamat. Tubuh gadis itu sudah bercium dengan lantai, siapalah jalan pakai lutut ni. Orang berjalan pakai kaki dia pakai lutut mana tak, susah kalau macam ni.

"Sorry." Lelaki itu menghulurkan tangannya, niat untuk membantu si gadis agar bangkit terbatal apabila ada satu tangan yang menepis kuat tangannya.

"Gatalnya, takkan dengan perempuan kau nak bersentuh." Sinis dan cukup lantang suara itu. Seketika bibir lelaki itu naik tersenyum sinis.

"Aku Ayden Malique. Boleh panggil aku Ayden." Entah dimana silap dia hingga membuatkan ketiga tiga jejaka di hadapannya menghamburkan tawaan yang agak kuat.

Hanya salah seorang daripada mereka sahaja yang diam membeku. Hinggalah dia agak gerun melihat wajah ketat tanpa ada satupun senyuman dibibir merah jambu itu. Pasti ada yang tidak kena.

"Dia perkenalkan diri dia! Dia ingat kita hamak sangat ke nak berkenalan dengan jantan macam dia ni." Serentak itu mereka menghamburkan tawaan dan yang tersisa hanyalah Irsyad Mikael. Sedari tadi dia hanya diam tanpa sebarang suara, urat sudah mulai menimbul.

Si gadis yang berada di sampingnya turut menelan air liur melihat wajah ketat itu. Dia marahkan dia sekarang ni? Entah mana silapnya hingga membuatkan jejaka itu diam tak bergerak sedikit pun.

"Your girlfriend? Maaf. Aku tak tahu pula, biasa orang cantik dia single mana tahu aku boleh-" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, si Irsyad sudah menarik kuat baju melayu itu.

"Goyang dek goyang..." Tergelak mereka bertiga melihat wajah pucat lelaki di dalam cengkaman 'Master' kita. Jangan main main tau, mana tau esok lusa hari awak pula.

"Shit." Carut si lelaki itu perlahan. Tetapi Irsyad lebih cekap menangkap bait kata lelaki itu. Kalau tak disebabkan ini adalah tempat awam memang pecah muka mamat ni dia buat.

"Bro. Aku dah minta maaf tadi, jadi lepaskan aku. Lagipun aku tak pegang pun lagi awek cantik tu." Mahu dia lepaskan satu tumbukkan pada wajah lelaki itu tetapi terbatal. Mujur iman dia masih kuat kalau tidak habis dia belasah.

"Engkau.. kalau tak disebabkan sekarang ni kita ada dekat dalam majlis, memang hancur muka kau." Tersenyum sinis lelaki itu. Buat apa nak cuak, setakat mamat ni senang dia nak bodohkan.

"Syad?" Serentak dengan itu mereka berpaling mencari pemilik suara. Dan alhasil itu adalah Puan Eryna. Sudah diagak, nasib dia tidak pergi cekik jantan tu kalau tidak memang tak sempat raya kau.

"Ye, ibu. Ada apa apa yang Syad boleh tolong ke?" Automatik suara yang tadinya kasar kini bertukar menjadi sedikit lembut. Dijaga tutur katanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.

"Tak. Kenapa Syad pergi peluk si Ayden tu, dia tu sepupu kamu. Lupa nak bagitahu dia Ayden, sepupu kamu yang dalam album tu." Seketika semuanya terkejut. Gadis itu juga turut membulat matanya. Alah, punyalah diorang nak bertumbuk tadi rupanya sepupu.

"Oh. Tak kenal." Irsyad tersenyum secara terpaksa. Dia tiada minat nak mendengar kisah sepupunya, muak kalau dengar dari aku dengar kisah pahit sepupunya baik dia dengar kisah manis percintaannya.

"Sebab itulah ibu nak kenalkan. Ha, kamu berkenalan dulu dengan Ayden ni. Nayla belum siap lagi, jadi ada masa lagi kalau kamu nak berkenalan dengan si Ayden ni ha." Puan Eryna tersenyum manis kearah anak sedaranya. Najis.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now