˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 18˚➶ ⋆

459 26 3
                                    

SELEPAS selesai menunaikan solat subuh gadis itu duduk di atas katil, fikirannya melayang kepada jejaka itu setiap saat pasti jejaka itu akan bermain di fikirannya.

"Awak umpama bulan Irsyad, susah nak digapai." Gadis itu tersenyum nipis, siapalah yang dapat menjadi kekasih halal encik Irsyad tu agaknya.

Tetapi gadis itu pasti, calon menantu Puan Eryna pasti yang beragama tinggi bukanlah seperti dia yang belajar pun tak tinggi mana apatah lagi soal agama yang senipis tisu.

Dengan izin Allah, dia dipertemukan dengan jejaka yang cukup sempurna dimatanya tiada sedikit pun kesan calar pada agama jejaka itu.

Sungguh dia akui bahawa jejaka itu sangat indah seperti bintang yang berkelipan, yang datang menerangi malam begitu juga dia.

"Jika awak yang ditakdirkan untuk saya, saya bersyukur tetapi jika tidak saya akan tetap berdoa untuk kebahagian awak Irsyad." Gadis itu mengeluh perlahan sebelum tersenyum nipis, sukar dia menakluk hati jejaka itu.

Gadis itu bersandar di kepala katil, fikirannya kini melayang ke kisah silamnya yang amat perit dan sungguh menderita.

"Ayah, Rak nak sangat peluk Ayah cium Ayah. Kalaulah semua ni tak jadi mungkin kita masih boleh bersuka ria seperti dahulu, Rai nak sangat kita kembali seperti dulu keluarga bahagia tanpa sebarang gangguan ataupun kedengkian daripada mana-mana manusia atas dunia ini." Gadis itu mengeluh perlahan, air mata yang hampir mengalir diseka laju niat tidak mahu air mata itu jatuh.

"Rai nak kita kembali seperti dulu, ayah." Gadis itu tidak dapat menahan air matanya, dengan laju air mata itu jatuh mengalir membasahi pipi gadis itu.

Teresak-esak gadis itu menangis, telekung masih berbalut di kepalanya tanpa ia sedar bahawa sedari tadi ada yang mencuri pandang gadis itu.

"Sesakit itu awak, Rai." Jejaka itu mengeluh perlahan, gadis itu menyembunyikan semuanya seorang diri dan memeluk semua lukanya sendiri tanpa ia sesar bahawa dia juga perlukan bahu untuk bersandar.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku, mungkin tempat awak bukan dekat sini Rai saya tahu awak rindukan keluarga awak dan saya sudah membuat keputusan." Jejaka itu tersenyum nipis, dia berharap kalini dia tidak tersalah langkah lagi seperti dahulu.

"Syad?" Puan Eryna naik hairan apabila melihat sosok anaknya elok berdiri tegak dihadapan bilik gadis itu, apa yang anaknya buat di sini pasti ada yang tidak kena.

"Ye, ibu." Tersentak jejaka itu apabila mendengar suara ibunya memanggil dirinya dari belakang, harap sangat ibunya tidak mendengar perbualannya sebentar tadi.

"Kamu buat apa berdiri dekat depan ni, dah takde kerja ke lepas subuh duduk depan bilik anak dara orang." Marah betul Puan Eryna pada anaknya kalini, mana tidaknya jejaka itu seakan mengintai pula gadis itu dari dalam.

"Syad jangan buat benda bukan-bukan, kalau ibu tahu siap kamu ibu patahkan badan kamu bagi 17 bahagian." Tajam mata amber itu mencerlung anak mata amber milik jejaka itu, rasa mahu pengsan melihat ibunya naik angin sebegitu.

"Syad tak buat benda mengarutlah ibu, Syad cuma nak pastikan Rai sihat je." Jejaka itu cuba memujuk ibunya agar wanita itu tidak bersangka buruk terhadap dirinya, ini kalau ibunya buat pengakuan pelik-pelik habislah dia.

"Janji?" Ibunya masih setia memandang tajam kearah jejaka itu, nampak wajah jejaka itu sedikit pucat dari tadi yang hanya beriak kosong baru tahu takut ingatkan boleh jadi hero.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now