˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 36˚➶ ⋆

558 27 9
                                    

TERSENYUM lebar jejaka itu mendengar celoteh dari isterinya. Ubat rindu, sudah hampir 9 bulan mereka tidak bersua. Lama tak lama mereka duduk di Gaza. Hampir setahun nak berpisah dengan isterinya ini.

Rindu tak perlu dipetik. Kalau dah boleh jumpa nanti memang dia peluk si isteri tu puas puas. Bukan setakat itu je, dia siap bagi package ibunya dapat cucu awal. Takdelah awal sangat.

Asalkan ibunya bahagia dapat cucu, dia juga turut bahagia. Ibunya tidak kisah berapa lama sekalipun harus menunggu tetapi ibunya sangat berharap dapat mendukung cucunya sebelum dia di jemput illahi.

"Abang, lambat lagi ke awak nak balik? Sophea rindu sangat dekat abang ni." Aip dia main dengan ayat manis pula, lemah lutut kita macam ni.

"Tak lama lagi abang balik ye sayang? Kalau takde apa apa masalah. Sayang tunggu abang balik ye." Gadis itu menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan. Dapat tengok muka bini dalam handphone pun jadilah Rith.

Tak lama selepas itu, skrin handphone itu perlahan bertukar menjadi gelap. Tiada lagi wajah gadis yang ia rindui. Sabar Rith.. sikit sahaja lagi bertahanlah, memang perit tapi apa yang kau boleh buat hanya serahkan semuanya pada yang maha esa.

"Bro?" Zarith memusingkan tubuhnya ke belakang mencari kelibat si pemanggil. Panggil orang, tapi tuannya tak tahu duduk dekat mana. Tak mungkin sembunyikan diri, duduk dekat atas pokok. Nak tukar job dengan kak ponti pula ke?

"Aku tahu tu kau Syad. Tak perlu nak sembunyikan diri, ingat aku ni baru berkawan dengan kau ke ha? Elok elok dapat kerja bagus bagus. Nak juga kau pergi ambil kerja kak ponti, kerjanya kacau orang. Dapat duit takpelah inikan pula kerja tak dapat apa apa." Mahu tak mahu jejaka itu munculkan dirinya.

Lagi lama dia bersembunyi, makin panjang mamat ni buka ceramah. Malas aku nak dengar mamat ni membebel je kerja. Telinga dia yang taik telinga keras macam batu ni terus bertukar cair macam kaya.

"Muncul pun sahabatku. Kenapa main sorok sorok ni, cian dia meh sini meh. Kecian dia buah hati tak call dia." Ibarat menganjing pun ada budak ni. Er, kalau aku angkat kaki tendang mamat ni memang sampai Pluto kau.

"Benda kau ni? Tak perlu nak ikutkan sangatlah trend tiktok tu. Anas angat anas angat. Cringe." Sejurus itu Zarith menghamburkan tawaan ke udara. Apa masalah rakannya ini ha? Benda macam tu pun dia nak emosi. Kes buah hati tak call dia la ni.

"Kau ni Syad. Sabarlah sikit. Tak lama pun kita kat sini, bulan depan bolehlah kita balik. Lagipun kau nak risau sangat kenapa ha? Aku yakin Rai akan call kau punya. Jangan risau ye?" Zarith cuba memberikan jejaka itu semangat.

Jejaka itu tersenyum kelat. Peritnya menahan rindu pada orang yang betul betul kita sayang, yang kita cintai dia dengan tulus. Lebih lebih lagi, dia mahu mendengar jawapan dari gadis itu. Fikirannya selalu melayang pada hal itu.

"Kau masih berdebar nak dengar jawapan dari Rai? Tak perlu kau nak debar Syad. Kalau kau dengan dia memang ditakdirkan untuk bersama tiada apa yang perlu kau takuti. Serahkan semuanya pada yang maha esa ye? Insyaallah dia selalu ada untuk kau. Luahkan semuanya pada dia, sujudlah pada dia." Zarith menepuk perlahan bahu jejaka itu.

Sekali lagi jejaka itu tersenyum tetapi kali ini. Dia ikhlas. Betul apa yang dikatakan rakannya. Dia harus terima semua ini dengan keadaan redha, dia cuba dia akan mencuba untuk lupakan semua ini hanya untuk sementara waktu.

"Dah, daripada kau layan perasaan kau tu. Jom aku ajak kau pergi healing." Zarith tersenyum nipis kearah jejaka itu, nampak sangat tengah jiwang ni. Nasib kau kali ni tak beruntung syad. Sabar ye kawanku yang kacak dan bergaya.

"Pergi mana? Tak nak aku. Kau ni bukan boleh percaya sangat, daripada healing terus jadi healang. Kau nak culik aku ke ha?" Berkerut seribu kening Zarith. Aik muka aku ni kacak sangat ke sampaikan mamat ni tuduh aku ni penculik.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now