˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 11˚➶ ⋆

924 43 5
                                    

GADIS itu diam berdiri dihadapan sebuah rumah banglo, lama dia memerhatikan sekeliling rumah itu. Teragak-agak dia mahu menekan loceng di sebelah kirinya.

Pagar rumah itu di sentuh, air mata mula mengalir membasahi pipi gadis itu tubuhnya terasa kaku segala sendi terasa lemah mengapa sebegitu kejam layanan seorang ayah kepadanya?

"Why..." Gadis itu jatuh terduduk, tidak kira panas macam mana sekalipun jika pilihannya A maka pilihannya tetaplah A tiada perubahan.

Mata hazel milik si gadis melekat pada satu sosok wanita yang baru sahaja keluar dari taman mini tidak jauh dari pandangan matanya.

Wanita itu... Dia rindukan belaian lembut wanita itu dia mahu rasakan sekali lagi kasih sayang seseorang yang bergelar ibu.

"Ibu... Kakak nak sangat jumpa ibu, tapi kakak tahu ayah takkan terima kakak lagi." Tangisan si gadis mula memecah kesunyian kawasan itu.

"Kakak nak peluk ibu kalau kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi." Suara gadis itu kian berubah menjadi lemah, wajahnya mula memerah akibat terkena sinaran matahari.

"May I help you?" Seketika semuanya jeda tangisan gadis itu juga mula berhenti apabila ada suara yang masuk ke gegendang telinganya.

Perlahan gadis itu bangun dari duduk di atas lantai, kakinya merah kerana terlalu panas wajahnya juga turut merah air mata yang mengalir diseka perlahan.

"Siapa awak?" Gadis itu memberanikan dirinya untuk memulakan percakapan.

"Bukan urusan awak, sekarang ni kenapa awak duduk dekat depan rumah orang?" Mata amber itu menikam lembut anak mata hazel milik si gadis.

"Rumah awak ke?" Bukanlah satu soalan melainkan sindiran. Berani sahaja mata hazel itu menikam kembali anak mata amber milik jejaka di hadapannya.

Jejaka itu tersenyum sinis.

"Daripada kita bergaduh sebab rumah, apa kata kita pergi makan dulu saya nampak muka awak pucat." Lembut sahaja suara jejaka itu, tutur katanya juga di jaga agar tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.

"Saya takde duit." Gadis itu tersengih.

"Saya belanja." Jejaka itu juga turut tersengih, malu-malu kucing pula padahal nak.

Gadis itu tersenyum gembira, senyuman si gadis itu sungguh manis sehingga membuatkan jejaka itu tidak lepas memandang wajah manis itu.

Tidak perlu cantik, manis pun okey.

"Jom." Jejaka itu berjalan terlebih dahulu meninggalkan gadis itu di belakang, mengucap si gadis itu mengikuti langkah jejaka itu kaki panjang semua boleh.

"Ada tiang boleh bergeraklah." Gadis itu tidak kalah jauh dalam sindiran, johan sindiran kalau berlawan dengan abangnya.

Gadis itu tersenyum pahit, dia rindukan abangnya apalah khabar abang sekarang ni ye? Macam mana dia jalani hidup tanpa seorang adik di sisi.

Jejaka itu memboloskan dirinya ke dalam kereta, gadis itu masih membatu kepalanya masih pening memikirkan antara mahu ikut atau tidak boleh percaya ke mamat ni?

Soalan itu sejak tadi bermain di fikiran si gadis, kepalanya yang berlapikkan tudung itu di gosok perlahan niatnya agar soalan itu keluar dari kotak fikirannya.

"Hey... Miss Daisy, why you acting like that's?" Jejaka itu tersengih, ada sahaja tingkah gadis itu yang mampu membuatkan dirinya tersenyum sendiri.

Kenal sahaja tidak apatah lagi nama, jadi dia letakkan sahaja nama yang sesuai dengan si gadis nampak seperti gadis itu ayu, manis dan penyayang jadi lebih sesuai dipanggil Daisy.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now