˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 4˚➶ ⋆

1.5K 83 3
                                    

JAM di dinding dipandang sekilas, Husna  bingkas bangun dari pembaringan, tuala dicapai. Bilik air yang berada di hadapannya menjadi tujuannya.

Masuk sahaja harini sudah 6 hari dia tinggal bersama mamat kerek tu. Nasiblah mak dia jenis yang lembut tak macam anak dia 'mamat poyo'.

Setelah beberapa saat dia mengambil masa untuk menenangkan fikirannya dan membersihkan diri, dia melangkah keluar dari bilik air.

Dia mencapai blouse berwarna cream dan memakai seluar Palazzo hitam. Setelah siap mengeringkan rambutnya, dia menyanggul sederhana rambutnya.

Tudung berwarna pink muda dicapai dan di sarungkan di kepala. Dia mengoleskan sedikit lipbam ke bibir merah delima itu.

Langkah diatur mendekati pintu, daun pintu di tarik perlahan matanya meliar memandang sekeliling rumah banglo itu. Sungguh dia kata kali pertama dia jejak ke sini dia sungguh kagum dengan kecantikan yang ada pada rumah ini.

Langkah diatur menuruni anak tangga dia berlari menuruni setiap anak tangga, tetapi langkah dia terhenti apabila nampak kelibat Puan Eryna. Ibu kepada Irsyad.

Hasudah, memang mengamuklah ibu nanti nampak anak kesayangannya berlari.

"Jangan berlari waktu turun tangga Husna, nanti jatuh." Tatapan mata amber itu menikam lembut anak mata hazel milik gadis itu.

"Baik ibu." Sungguh dia bersyukur di pertemukan dengan wanita ini, kerana wanita ini melayannya seperti anak sendiri. Seketika semuanya jeda fikirannya melayang kepada si ibunya, dia rindunya belaian lembut wanita itu.

Air matanya cuba ditahan dari jatuh mengalir membasahi pipi. Ibu, Husna rindukan ibu apa khabar ibu di sana? Husna harap ibu sihat sahaja.

"Husna." Puan Eryna menepuk lembut bahu gadis itu, nampak sangat gadis ini merindukan ibunya walaupun gadis itu tidak menceritakan tentang dirinya tetapi hati dia sebagai seorang ibu tahu akan isi hati tentang gadis ini.

Puan Eryna tersenyum nipis, tangan di depakan sebelum sekujur tubuh itu masuk ke dalam pelukan hangatnya. Gadis itu menangis teresak-esak di dalam pelukan itu, belakang tubuh itu digosok perlahan.

"Ibu?" Puan Eryna meliar mencari pemilik suara itu, rupanya pemilik suara itu ialah Irsyad. Jejaka itu tersenyum nipis kearahnya sebelum dia memandang kearah gadis di dalam pelukan ibunya keningnya terjongket sebelah.

Ibunya tersenyum nipis. Dia menepuk perlahan bahu anaknya, tanda dia mahukan anaknya memberi ruang untuk gadis itu melepaskan semuanya.

Jejaka itu tersenyum tipis sebelum kepalanya di jatuhkan sebagai jawapan. Dia tidak rasa dengki kerana layanan yang ibunya berikan pada gadis itu kerana dia tahu ibunya rindukan anak gadisnya.

Kemanalah dia pergi, jauh sekali langkahnya hinggakan dia tidak menoleh kebelakang lagi. Apakah gadis itu sudah lupa akan keluarga kecilnya?

Irsyad membongkokkan sedikit tubuhnya tanda hormat akan ibunya sebelum dia membuka langkah menaiki tangga, langkahnya terhenti apabila melihat wajah gadis di dalam pelukan ibunya.

Wajah itu sungguh mendung, bawah matanya juga gelap mungkin kerana kekurangan masa untuk tidur dan mata gadis itu juga merah kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now