˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 3˚➶ ⋆

1.7K 89 4
                                    

KERETA Porche Macan itu laju masuk ke dalam perkarangan rumah banglo itu, keretanya di parking di tempat yang sudah tersedia.

Pintu belah pemandu itu dibuka, baju kemeja putih yang berkedut itu digosok perlahan lengan baju itu di lipat hingga ke siku. Rambutnya yang tidak rapi itu dibetulkan.

Langkahnya diatur mendekati pintu rumah agam itu, baru sahaja tangannya ingin menolak daun pintu tersebut saat dia melihat ada dua kelibat di taman mini milik ibunya.

Dia tidak pula nampak, ibunya hanya nampak Kak Nah dan...

Husna Raihana? Tidak mungkin gadis itu berada di situ, tidak letihkah gadis itu bukankah ibunya melarang gadis itu membuat aktiviti yang berat tapi mengapa dia melihat gadis itu mengangkat semua barangan berat.

Dia membuka langkah mendekati mereka, Kak Nah yang nampak kelibat Irsyad lantas dia masuk ke dalam untuk menghidangkan minuman petang untuk Irsyad.

Irsyad tersenyum menyenget saat melihat peluh yang menitik membasahi wajah gadis itu. Alahai... Dah tahu berat gatal juga nak buat tak padan diri tu tak sihat.

"Hye... Awek, saya nampak benda tu macam berat nak saya tolong?" Husna yang terkejut dengan kehadiran jejaka itu bersebelahan dengan dirinya segera mengurut dada.

Mamat ni memang suka main cak cak ke, tibe je dah ada dekat sebelah orang dahlah duduk dekat-dekat. Nanti kalau ibu nampak memang dengan aku sekali kena cekup.

"Siapa awek awak?" Agak tajam tatapan gadis itu menikam anak mata amber milik jejaka itu. Lekas dia mengalihkan pandangannya memandang pokok bunga rose yang tidak jauh dari jarak dia berdiri.

'Alamak! Cantiknya bunga tu...' bisik hati kecil Husna, macam mana aku nak pergi sentuh bunga tu ye? Dia rasakan dirinya bagai di gam.

"Rose." Pendek sahaja jawapan dari jejaka itu tapi mampu membuatkan jantung Husna tidak normal. Alahai jantung janganlah sekarang awak terkeluar.

"Kenapa? Bunga rose tu memang cantik." Puji Husna pada bunga rose itu sungguh, cantik benar warnanya kalaulah dia dapat bouquet rose kan lawa memang dia simpan elok bouquet tu.

Irsyad tersengih. Lamanya awek sebelah ni berkhayal, apalah agaknya yang ada dalam fikirannya sekarang. Pasti untung.

"Rai, awak ada kawan lelaki?" Tibe sahaja soalan itu muncul di kotak mindanya, dalam banyak-banyak ayat kenapalah ayat tu juga yang keluar dari mulutnya.

"Kawan lelaki? Ayah saya tak benarkan saya berkawan dengan orang lain jantina." Dan sebab itulah dia di halau keluar dari rumah itu. Rapuh rasa hatinya dan dia tahu ini semua berpunca dari dirinya sendiri.

"Oh." Pendek sahaja balasan dari jejaka itu tetapi Husna menarik jua senyum tidak pelik pun apabila ada sesetengah keluarga yang mahukan terbaik untuk anaknya. Tetapi kenapa harus sampai menghalau dirinya keluar dari rumah itu.

"Awak nak dengar satu cerita?" Husna menarik dalam nafasnya sebelum menghembus perlahan. Dia perlukan kekuatan dan dia juga perlukan ketenangan sebab itulah dia membuat keputusan untuk meluah sedikit kisahnya.

Irsyad menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan, mulutnya dari tadi sudah terkunci apabila gadis itu mahu mulakan bercerita. Mungkin dia tidak boleh menjadi tempat sandaran untuk seorang gadis yang bernama Husna, tetapi dia cuba untuk menjadi seorang pendengar yang setia untuk Husna.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Место, где живут истории. Откройте их для себя