˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 25˚➶ ⋆

466 20 3
                                    

GADIS itu termenung memandang syiling, badan sudah penat kerana petang tadi dia ada tolong kakaknya membuat sedikit perkejaan tetapi entah kenapa matanya tidak terasa ingin tertutup.

'malam malam macam ni apa aku boleh buat, lainlah kalau ada orang nak temankan aku makan ke temankan aku main ke takdelah bosan.' Gadis itu mengeluh perlahan, perut pula minta diisi waktu waktu sebegini agak agaklah.

"Erh, perut kenapalah masa ni juga awak nak minta makanan lapar sangat ke?" Dah boleh pula gadis itu berbual dengan perutnya, bosan sangat sampai dengan perut pun boleh ajak berbual.

"Haduh, sabar tau perut saya takut nak turun malam malam ni kakak pun takde pergi mana minah tu pun saya tak tahu kalau tak boleh saya heret dia." Gadis itu bangun dan membuka sila. Tubuh disangdarkan ke kepala katil cuba untuk memejamkan matanya tetapi tidak boleh.

'biasanya senang je aku nak tidur, harini boleh pula buat masalah.' bisik hati gadis itu, ergh! Kalau macam ni hari hari penatlah sikit sikit nak makan je kau perut.

Nak taknak terpaksalah dia angkat kaki, turun ke bawah dengan terpaksa gadis itu bingkas bangun dan menuju kearah pintu bilik yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Perlahan daun pintu ditarik sebelum gadis itu mengeluarkan kepalanya dahulu untuk melihat sekeliling ruangan di situ, dahlah gelap macam manalah aku nak turun.

'lainlah kalau rumah ni kecil, memang takda aku nak takut takut.' mengeluh perlahan gadis itu, penatlah macam ni takkan aku nak tercegak dekat sini sampai esok pagi.

"Bismillah, aku pergi dengan selamat semoga balik nanti aku balik dengan selamat juga." Kuat budak ni kelentong, apalah minah ni buat setakat turun bawah apalah sangat bukannya suruh pergi main sukan lainlah.

Dengan perlahan, tubuh gadis itu mulai keluar dari bilik itu. Dadanya sudah berdegup kencang sabarlah sayang, kita belum sampai bawah lagi awak dah berdegup kencang macam nak terkeluar dari tempat awak duduk tu.

'Ya Allah, terangkanlah ruangan ni. Apalah nasib ku malam malam macam ni perut buat hal.' haih, perut juga jadi mangsa awaknya kenapalah sampai begitu.

"Mak!" Terjerit kuat gadis itu apabila ruangan itu tiba tiba bertukar menjadi terang, alahai janganlah ada sesiapa yang membuka suiz terkecuali manusia takut dia sampai menggeletar hebat tangan ni.

"What's are doing here, Mia Rosa?" Terjerit kecil gadis itu, apabila ada suara yang memecah dari belakang. Kalau aku terjatuh ke bawah tadi macam mana? Dahlah ada dekat tengah tengah tangga ni.

Terlopong mulut gadis itu melihat tubuh tegap jejaka itu berada betul betul dihadapannya, mak ni memang lagi seram dari hantu jika diberi pilihan untuk memilih antara hantu atau mamat ni memang sah aku pilih hantu.

'kenapalah dalam ramai ramai manusia dalam rumah ni, mamat poyo ni juga jadi hero untuk masalah aku kalini.' tajam anak mata amber itu menikam anak mata hazel milik gadis itu, buat apa minah ni malam malam turun bawah.

"Sorry. You don't hear my question?" Automatik lidah gadis itu terkelu untuk sesaat, Ya Allah apalah nasib hambamu ini kenapalah mamat ni tengok aku tajam semacam je.

"S-saya, nak m-makan perut ni buat hal." Gadis itu tersengih tak bersalah, harap tak kena halau dari rumah ni tapi kalau kena halau memang dia bersyukur juga takda dia hadap muka mamat poyo ni.

'nasib kau kacak bang, kalau tak memang dah lama aku lari dari rumah ni.' bisik hati gadis itu, eii kenapalah hati ni pergi puji mamat poyo ni pula dah takda kerja sangat ke sampai nak puji mamat poyo ni.

"Nak makan? Saya temankan, jangan risau awak duduk dekat meja makan saya duduk dekat ruang tamu. Boleh?" Jejaka itu menarik senyum jua, nanti kalau ketat sahaja mukanya mahu tak terkencing gadis ini kerana takut.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now