˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 9˚➶ ⋆

1K 59 2
                                    

GADIS itu tersenyum nipis saat jejaka itu memberikan dia satu kotak cincin, jiwanya terasa sempit seketika bagaimana jika jejaka ini sudah membuat pilihan yang salah?

"Jack, kita bukan seiman." Perlahan sahaja gadis itu berbicara namun bicaranya dapat di dengari juga oleh jejaka itu, jejaka itu tersenyum pahit.

"Saya akan masuk islam." Kata-kata yang keluar dari mulut jejaka itu, membuatkan gadis itu terkelu tubuhnya bagaikan beku seketika.

"Betulkan niat awak dulu Jack, kalau awak masuk islam hanya kerana cinta saya rasa lebih baik tidak perlu." Gadis itu tunduk memandang lantai dia buntu bagaimana dia harus bicara pada jejaka ini supaya jejaka ini menjauhi dirinya.

"Sekalipun begitu Adwa, pahala awak selalu mengalir kerana awak telah berjaya membawa saya kearah yang lebih baik." Jejaka itu menghela perlahan nafasnya dan menarik senyuman tipis.

"Saya tahu." Gadis itu masih tunduk memandang lantai enggan dia memandang anak mata hazel milik jejaka itu.

"Tapi sebenarnya, saya bukan masuk islam hanya kerana cinta manusia tetapi saya nak jujur yang setiap kali saya mendengar azan jiwa saya rasa tenang apatah lagi mendengar alunan selawat dan surah yang di bacakan sungguh tenang rasanya." Gadis itu sekali lagi terkelu.

Jejaka ini selalu menemaninya ke masjid untuk solat tetapi dia tidak tahu pula jejaka ini mendengar azan, alanun selawat dan sebagainya.

"Awak betul ke nak masuk islam?" Seketika semuanya jeda, hanya senyuman nipis yang terbit dari bibir merah jambu milik jejaka itu.

Gadis itu memandang pelik kearah jejaka itu sebelum mulutnya diam terkunci apabila tiada suara yang keluar dari mulut kedua-dua belah pihak.

•••

"KAU tak try cari instagram mamat tu ke?" Amelia yang sedang termenung itu tiba lamunannya mati saat ada suara yang memecahkan kesunyian.

"Aku dah cuba tapi tak jumpa, Cik Maya Adriana." Amelia memutarkan bola matanya, minah ni duduk satu rumah dengan aku tapi apa yang aku buat sikit pun dia tidak mahu menolong. Ada yang kena sekeh dengan aku nanti.

"Susah betul, takkanlah mamat tu takde phone kereta mahal tapi phone yang murah dari kereta dia tu pun tak boleh nak beli." Membebel je kerja minah ni, Amelia mendengar sahaja bebelan Cik Maya Adriana.

Yaya yang baru sahaja tiba di cafe itu sudah memutarkan bola matanya tangan naik menutup telinga kalau di dengar minah ni membebel memang cair taik telinga aku.

Amelia memandang sepi kearah Yaya yang sudah memboloskan dirinya ke ruangan dapur, adunan tepung belum buat lagi customer dah datang serbu.

Amelia yang melihat Yaya sudah mula membuat kerjanya, dia juga turut ikut membuat kerjanya. Maya menghela perlahan nafasnya bila aku mula bercakap je semua lari memang nak makan tendangan keras aku ni.

"Excuse me, can you give me some cup of coffee." Jejaka itu memandang tepat kearah anak mata gadis itu, spesis macam bos dia. Blur tak bertempat.

"Sorry." Gadis itu lantas menuju ke mesin membuat coffee, tangannya lincah membuat coffee itu.

Siapa yang ajar? Semestinya Cik Husna Raihana kita.

"Encik, ni coffee yang encik order tadi." Gadis itu menghulurkan secawan coffee yang jejaka itu order tadi.

"Thank you." Pembayaran dibuat dan selepas itu dia melangkah meninggalkan tempat itu, mujur penyamarannya berjaya takdelah kantoi.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now