˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 34˚➶ ⋆

429 22 7
                                    

LAMA gadis itu merenung bunga rose yang berada dihadapannya. Fikirannya masih melayang pada setiap perkataan yang keluar dari mulut jejaka itu. Entah mengapa hatinya terlalu berat untuk mengatakan 'iya' sahaja.

Padahal, jejaka itulah yang menjadi orang pertama berada di dalam doanya. Mungkin dihadapan jejaka itu dia terlihat agak malu dan segan, tetapi niscayalah dihadapan yang maha esa dia tidak malu untuk meminta jejaka itu.

Menjadi teman hidupnya, pedamping hidupnya untuk selamanya. Hingga ke akhirat kelak, tetapi mengaka hati ini terlalu berat untuk menerima lamaran itu. Dia tahu jejaka itu seorang insan yang baik tetapi...

"Rai?" Seketika hal yang berada di fikirannya terbang begitu sahaja apabila ada satu suara yang mencelah. Gadis itu memusingkan tubuhnya ke belakang mencari pemilik suara itu, dan kenyataannya itu adalah kakaknya.

"Kakak buat apa datang sini?" Berkerut seribu kening Nayla. Aik nak melawat bakal mak mertua dengan adik kesayangan sendiri pun tak boleh ke? Alahai budak ni kenapalah mood dia harini.

"Takkan nak jumpa adik kesayangan akak pun tak boleh ke?" Naik hairan pula dia pada si gadis ini. Mata bengkak semacam, muka merah dengan hidung hidup sekali merahnya. Something wrong. Pasti ada yang ganggu fikiran adiknya.

"Cakaplah nak jumpa bakal suami tu. Abang Kael takde dia keluar dengan Syad." Cuba menahan air matanya dari jatuh membasahi pipinya. Jejaka itu langsung tidak menegurnya selepas kejadian kelmarin berlaku. Betul apa kata jejaka itu, jejaka itu berikan dia masa untuk memikirkan tentang hal mereka.

"Ye akak tahu. Bukan pergi keluar tapi pergi..." Aduh dah terlanjur cakap pula dah, apalah mulut aku ni masin sangat. Betul apa kata orang tua dulu dulu terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata boleh buat apa? Mampu serahkan semuanya kepada Allah SWT sahajalah.

"Dia pergi mana?" Gadis itu cuba menahan nada suaranya agar tidak berkata kasar dengan kakaknya. Nak je dia pergi jerkah kakaknya apabila si Nayla terlihat seperti cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

"Takde pergi mana mana pun. Diorang pergi Mydin katanya nak cari amoi." Nayla tersengih tak bersalah, tipu sunat je takpelah. Dari dia kena marah dengan mamat tu sebab bagitahu Rai awal awal. Katanya taknak bagi adiknya tahu apa apa pun tentang misinya.

Tetapi dia sudah terlanjur berkata kata. Mulut ni pun satu tak boleh nak bertapis langsung, kalau cakap tu terus sampai dekat point dia. Masin sangatlah mulut dia ni agak agak boleh tak dia pergi tukar mulut lain.

"Akak? Akak nak masuk neraka ke sebab menipu, even tipu sunat sekalipun. Ingat tak berdosa ke ha?" Dia main dosa dosa pula sobak. Kalau budak ni bertukar jadi ustazah fuh memang padu dia bab bab menyindir sekali dengan nasihat lagi mantap.

"D-dia ada misi." Penuh debaran si Nayla apabila melontarkan kata kata itu. Buatnya gadis ini berlari pergi ke Airport tu mahu tak mengamuk mamat tu dekat tempat awam nanti.

Hampir luruh jantungnya mendengar perkataan dari si kakak. Jika itu adalah kenyataan yang benar bukan palsu bagaimana dia mahu menerima semua ini? Jawapan sudah tersedia tetapi sempatkah dia untuk mengakui itu.

"Kak... Dia ada dekat mana sekarang ni?" Jam di dinding di kerling sekilas, masih awal pasti jejaka itu belum berlepas. Dia yakin jejaka itu belum berlepas. Kenapa waktu begini juga nama jejaka itu yang naik untuk di hantar ke misi.

"Dekat Airport. Akak rasa diorang belum berlepas sebab baru saja tadi Kael datang ambil dia." Masih ada kesempatan. Tanpa membuang masa gadis itu mencapai kunci kereta tidak lupa dia mengambil beg tangannya. Langkah diatur laju mendekati kereta Honda Civic miliknya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum