˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 33˚➶ ⋆

472 21 8
                                    

TERCUNGAP cungap si gadis mencari nafas. Mamat ni memang cari pasal betul dengan dia pagi pagi ni, entah apalah masalah dia. Makin di marah makin menjadi jadi.

"Eii! Tolonglah jangan bawa kucing tu datang dekat." Gadis itu seakan mahu menangis, mengapalah jejaka ini tidak mahu berhenti mengusik dirinya. Penat nak pusing satu rumah ni.

"Eh! Kucing ni comel kenapa awak nak takut? Takkan awak nak takut dengan haiwan secomel ini, hm?" Jejaka itu tersengih tak bersalah. Budak tu dah nak nangis makin suka dia pergi usik.

"Kejamnya awak ni, saya harap takde keturunan macam awak lepas ni. Kalau ada memang nasib buruklah akan jadi dekat dia." Gadis itu mula bengang apabila si jejaka terkekek kekek mentertawakan dirinya. Dia ada buat lawak ke? Perasan dia marah tadi bukan buat lawak.

"Sekejam kejam saya, masih baik tau bagi awak tempat berteduh. Tempat untuk awak tinggal kalau tak duduk bawah jambatan agaknya awak sekarang." Jejaka itu menahan senyum apabila melihat gadis itu diam membisu. Terasa dengan kata kata dia tadi mungkin.

"Saya tahu, saya ni cuma menumpang kasih sayang orang lain. Tapi tak perlu pun sampai awak nak pergi sindir saya." Gadis itu mengeluh perlahan. Nak taknak dia kena telan juga kata kata jejaka itu biarpun pahit kerana itu adalah kenyataan.

"Apa yang saya cuba sampaikan ini bukanlah satu sindiran tapi itu adalah fakta." Jejaka itu masih suka mengusik si gadis, biarpun dia tahu gadis itu sudah cuba menahan air mata dari jatuh.

"Kalau saya boleh susun jalan hidup saya dah lama saya susun supaya kita tak dipertemukan tapi itulah. Saya bukan tuhan nak tentukan semuanya." Agak terasa dengan sindiran jejaka itu, bukan tidak menerima kenyataan tetapi dia juga ada hati dan perasaan.

"Tapi kalau saya pula, saya tak setuju dengan susunan hidup awak jika saya tidak ada di dalamnya. Rai, cuba awak fikirkan balik Allah buat semua ni bersebab bukan hanya sekedar mainan. Mungkin jodoh awak dengan saya manalah tahu." Jejaka itu tersenyum nipis, berani mati dia meluah perasaan yang dia pendam.

Tercengang gadis itu mendengar luahan hati si jejaka. Cuba mencari maksud disebalik ayat itu, apabila sudah mendapat jawapan automatik mulutnya terlopong luas.

"A-awak main main ke?" Penuh getaran nada suara itu. Mana tak dia main tembak hati kita macam tu je, penat penat kita buat roblox dia pergi ceroboh macam tu je.

"Tengok tu Jojo, mummy awak taknak percaya yang daddy nak ajak dia khawin. Orang dah bagi clue dia boleh pula jadi blur." Gadis itu cuba menahan diri dari tidak tersenyum melihat celoteh si jejaka.

"Jojo?" Lupa pula dia, jejaka ini dari tadi lagi duduk panggil 'Jojo' siapa Jojo tu? Kawan Didi yang dalam cerita kartun tu ke, atau lain.

"Nama kucing ni Jojo, itulah suruh pegang taknak. Bukannya kucing ni cakar awak pun sayang..." Mamat ni nak apa sebenarnya, tak habis habis dengan mulut manis dia tu. Last last kena tinggal juga nanti.

"Nama saya Husna Raihana, H-U-S-N-A susah sangat ke nak sebut Husna?" Sekali bertukar si gadis menjadi guru bahasa Melayu. Dah kalau cakap cara asal tanpa mengeja pun jejaka itu tetap tidak mendengar kata.

"Too long, so that's why I call you sayang or else cinta hati." Ternganga mulut si gadis. Husna Raihana berapa patah perkataan sahaja dia boleh cakap panjang. Harini hantu apa yang rasul dia agaknya ye? Hantu angau agaknya.

"Banyak songeh la awak ni. Nama saya tak panjang awak cakap panjang. Apa yang tak kena dengan awak ni Irsyad?" Tatapan mata hazel itu memerhati sahaja tingkah laku kucing di dalam dukungan si jejaka itu.

Nampak kucing tu macam selesa. Mungkin sebab beralas dengan six-pack kut? Eh! Yaallah, astagfirullah apa yang ada dalam fikiran kau ni Rai. Masyaallah otak kau dah tak suci macam dulu lagi.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now