˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 26˚➶ ⋆

376 20 1
                                    

LAMA gadis itu termenung menatap sekeliling rumah agam itu, tak berkedip mata sepet itu. Benarkah ini rumahnya? Tidak salah ke, tidak mengapa kita cuba kalau salah tinggal minta maaf apa susah.

"Err, nak pergi ke taknak." Gadis itu rasakan degupan jantungnya mulai kencang, tangan juga bergeletar hebat. Gadis itu terasa pitam lututnya seakan tidak kuat untuk terus berdiri.

Dengan kuat tubuh gadis itu tersungkur ke lantai di bawah sinaran mata hari yang terik membuatkan dia terasa pening, bukannya mengada tetapi itulah kenyataan bahawa dia mempunyai penyakit.

Seketika, kereta Mercedes AMG A45 tiba disitu yang dipandu oleh seseorang. Terbutang mata jejaka itu apabila melihat ada sekujur tubuh terbaring dihadapan gate rumah itu.

Kakinya perlahan mendekati tubuh itu, hatinya terasa berdebar sesaat. Tangan rasa menggeletar hebat, wajah gadis itu mulai kelihatan perlahan lahan sehingga langkahnya terhenti.

"Ya Allah!" Kuat jejaka itu menjerit sehingga pengawal di rumah itu kunjung tiba, dia punya berdebar bagaikan tidak dapat di gambarkan. Sungguh dia berasa sangat resah ditambah pula dengan melihat wajah gadis itu membuatkan dia rasa tidak senang duduk.

"Tuan, kenapa ni?" Pengawal itu mulai datang dekat dan membuatkan dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh di lantai itu, tidak perasan dia ada yang datang.

"Tolong, saya perlukan ambulans." Perlahan air mata jejaka itu jatuh membasahi pipinya, dia tidak mahu ada apa apa yang berlaku terhadap gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu pergi dahulu sebelum dia.

"Baik baik, Tuan." Segera pengawal itu mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket seluarnya dan menekan nombor 999 untuk meminta bantuan.

"Cepat sikit boleh?" Berdebar bukan main, jejaka itu diam berdiri disitu tangan setia memegang payung agar gadis itu tidak terkena sinaran matahari yang terik.

"Saya dah call." Pengawal itu menatap lama kearah anak mata majikannya, sungguh jika dia berada di tempat jejaka itupun belum tentu dia dapat menerima semua ini. Apatah lagi gadis itu seseorang yang kita cintai.

"Terima kasih." Perlahan jejaka itu mengeluarkan air matanya, dia tidak kisah orang mengatanya lemah kerana dia jujur jika gadis ini ditimpa sakit atau sebagainya dialah orang pertama yang lemah melihat gadis itu.

Tak lama, ambulans pun tiba di tempat kejadian pantas anggota mereka turun dari kenderaan dan berlari kearah mereka jika anggota mereka sahaja risau apatah lagi dia.

"Encik, kami akan bawa gadis ini ke hospital buat sementara waktu." Perlahan jejaka itu menjatuhkan kepalanya sebagai tanda setuju dan faham akan kerja mereka.

Tidak mengapa, yang penting gadis itu selamat dan segera sembuh.

•••

"EII... tak malu ke? Dengan muka macam ni ada hati dekat si Raihana tu. Kalau awak ada rupa takpelah juga ni rupa takda agama lagilah, hampeh." Jujur gadis itu, dia tidak takut dengan apa yang akan terjadi kerana suatu hari nanti dia juga bakal mati.

"Kau, memang nak tubuh kau lunyai ke kena pukul?" Naik hairan jejaka itu, seumur hidup dia menjadi seorang pembunuh tiada pula yang seberani gadis ini.

"Saya lebih rela mati dalam keadaan berdarah daripada mati dalam keadaan yang jijik, dan dalam keadaan saya kemiskinan ilmu agama." Satu tamparan hinggap di wajah gadis itu, tetapi gadis itu hanya mampu tersenyum.

Dia takut, tetapi apa yang dia boleh buat hanya berserah diri pada sang pencipta dia lebih tahu segalanya. Dia tahu dengan cara begini jejaka itu pasti akan merasa marah dan terus menerus memukul dirinya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now