˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 7˚➶ ⋆

1.2K 61 1
                                    

LANGKAHNYA diatur mendekati ruang tamu, kelihatan tiada sesiapa mungkin ibu sudah keluar pagi tadi tetapi dia tidak tahu kemana wanita itu ingin pergi.

Remote TV dicapai, sebelum dia membuka button berwana hijau seketika layar yang tadinya gelap kini berubah menjadi cerah.

Dia menghela perlahan nafasnya, tiada siaran yang menarik minatnya. Matanya meliar memandang sekitar rumah agam itu dia tidak pernah sekalipun berjalan ke tempat lain melainkan dapur dan juga balik tidur.

Gadis itu diam seketika fikirannya melayang kepada kedua orang gadis yang dia jumpai haritu, dia masih Cuba mengesan wajah itu tetapi setiap kali dia mencuba pasti kepalanya terasa sakit.

Jam di dinding dikerling, sekarang sudah masuk waktu asar dia bingkas bangun dari duduk dan mengatur langkah menaiki tangga. Kakinya perlahan-lahan berjalan sambil mata hazel itu meliar memandang sekililing.

Boleh tahan besar juga rumah ini tapi penduduknya tidak ramai. Setiap bilik yang dia lewati ada satu bilik yang menarik perhatiannya. Di depan pintu bilik itu ada tulisan 'no entry'

Keningnya berkerut dalam banyak-banyak bilik, hanya bilik ini sahaja yang ada tulisan pelik ini. Tangannya naik menyentuh tombol pintu.

Baru sahaja dia mahu memutarkan tombol pintu itu tetapi tindakkannya terhenti saat ada tangan yang menepis laju tangannya seketika tubuh itu ikut berundur ke belakang.

Mata hazel itu tajam memerhati anak mata amber milik jejaka itu, mamat poyo ni lagi dah takde muka lain ke aku nk tatap asyik muka mamat ni je keluar. Lainlah kalau artis Korea memang hari-hari aku tatap orang kata tak jemu memandang.

"How dare you to try, open this door." Matanya tajam menikam anak mata hazel itu, gadis itu tersengih. Don't be gelojoh men.

"Saja, saya bosan." Gadis itu tersengih lagi suka dia melihat wajah itu tegang sahaja, kalau dia mengamuk lari jelah apa nak takut.

"Ibu saya cakap kalau selalu marah nanti cepat tua, dahlah saya tengok muka awak ni macam orang yang dah berusia." Gadis itu tergelak kecil saat jejaka itu tersenyum menyenget kearahnya.

"Kalau saya tua, saya tak kisah ramai je yang beratur belakang tapi kalau awak yang tua. Faham-faham jelah." Jejaka itu tersengih sebelum dia melangkah meninggalkan tempat itu sempat dia melihat wajah gadis itu yang mahu melepaskan amarahnya.

Gadis itu menghela kuat nafasnya, kaki di hentakkan langkahnya diatur mendekati biliknya daun pintu di tarik dan pintu itu di tutup kuat.

Jejaka itu hanya memandang dari jauh setiap gerakkan yang gadis itu lakukan, jejaka itu tersenyum menyenget kalau ibu tahu memang kena bebel dengan wanita itu.

Tubuhnya di hempaskan ke tilam yang empuk itu, dia bergolek ke kiri dan juga ke kanan setelah dia puas membetulkan urat badannya dia bingkas bangun dan bersandar di kepala katil.

Telefon bimbit yang berada di meja kecil bersebelahan dengan katil itu dicapai sebelum dia membuka telefon bimbit itu.

Aplikasi WhatsApp dibuka, biasalah budak baru dalam phone. Phone lama entah kemana jadi dia memutuskan membeli telefon bimbit yang baharu.

Tetapi bukan dia melainkan ibu yang belanja untuk dirinya, kata wanita itu nanti kalau ada keperluan atau kecemasan bolehlah gunakan telefon bimbit ini.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now