˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 19˚➶ ⋆

488 24 3
                                    

GADIS itu tersenyum nipis setelah semua makanan sudah terhidang rapi, air tangannya. Dia meletakkan perlahan bekas tupperware yang berisi nasi goreng di atas meja sebelum meletakkan satu senduk di dalam.

'Harap sedaplah.' bisik hati gadis itu, dia berharap kenalah masakkannya dengan tekak Puan Eryna dan jejaka itu.

"Eh! Rai masak ke ni." Puan Eryna tersenyum manis, bau masakkan ini dari jauh sudah berbau bila dekat aromanya masuk ke dalam hidung memang sedap.

"Ha'ah ibu, Rai rasa bosan pula harini jadi Rai putuskan untuk masak nasi goreng." Gadis itu tersenyum nipis, bagi mereka di luar sana mungkin masakkan yang mudah tetapi baginya tidak.

'nasi goreng pun, nasi gorenglah Rai nak buat macam mana kau pun bukan pandai masak sangat.' Getus hati gadis itu, ya dia akui dia tidaklah setaraf dengan perempuan diluar sana bak katanya lavel dia rendah sahaja.

"Takpe, sekurang-kurangnya kamu mencuba. Yelah budak remaja sekarang ni mana nak menolong ibunya dekat dapur tahu makan tidur dan goyang kaki sahaja." Puan Eryna seakan memahami dari raut wajah gadis itu sahaja sudah dapat melihat yang gadis itu seakan mahu merendah diri.

Padahal gadis itu mempunyai banyak kelebihan, seperti agama. Gadis itu sangatlah memahami dalam bab agama jadi baginya jika agama baik, sekarang pun dia dah masuk meminang.

"Ibu makan dulu, Rai nak naik atas sekejap nak ambil barang." Gadis itu tersenyum nipis kearah Puan Eryna, wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Bayangan gadis itu juga kian menghilang dari pandangan mata amber miliknya, sebaliknya tanpa ia sedar bahawa nasi goreng di dalam pinggannya sudah habis seketika wanita itu tersenyum manis mungkin kerana terlalu sedap sampaikan tak perasan nasi dalam pinggan sudah habis di jamah.

"Aduh, mana pula aku letak benda alah tu." Gadis itu mula membebel seorang diri, cari barang yang tidak di jumpai juga mampu membuat mulutnya membebel.

"Tadi aku letak atas ni, sekarang mana perginya." Makin lama kesabaran gadis itu mula menurun, dia rasa tak lama lagi ada juga barang di campak sehingga pecah.

Gadis itu mengeluh perlahan, dia mengatur langkah mendekati katil punggung di henyakkan keatas tilam empuk itu.

"Mengucap Rai, mengucap." Sambil mengucap gadis itu menggosok dadanya agar dirinya kembali tenang.

"Astagfirullah." Gadis itu memejamkan matanya sebentar, niat untuk menjauhkan semua benda yang mengganggu fikirannya.

"Sabar Rai, tak elok marah marah. Nak cari barang mana boleh dalam keadaan marah." Seketika bibir merah jambu milik gadis itu tersenyum manis, akhirnya dia dapat menenangkan dirinya dari terus memaki dan memarahi segala barang yang berada di dalam ruangan ini.

"Awak cari ni ke?" Jejaka itu datang secara mengejut membuatkan gadis itu terperanjat. Mujur tidak tersungkur ke lantai.

"Eh? Mana awak dapat ni." Gadis itu melangkah mendekati jejaka itu tetapi dengan laju jejaka itu melangkah berundur ke belakang, terjongket sebelah kening gadis itu.

"Kenapa?" Gadis itu mula menyoal apabila melihat jejaka itu hanya berdiam dan membisukan diri sebaliknya tajam mata amber itu menikam mata hazel miliknya.

"Awak makan ubat ni?" Nada suara jejaka itu kian berubah dari lembut menjadi sedikit tegas, gadis itu nampak perubahan wajah jejaka itu yang kian memerah akibat menahan marah.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now