˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 13˚➶ ⋆

863 47 1
                                    

KETUKKAN pintu buat kali kedua juga dihiraukan, kepalanya disandarkan kepada kerusi yang berada di dalam bilik kerjanya.

Kepalanya yang terasa sedikit pening di urut perlahan, biasanya dia akan meminta tolong kepada ibunya untuk mengurut tetapi buat masa sekarang ibunya masih berada di Itali.

Wanita itu juga tidak tahu hari apa mereka akan tiba ke Malaysia kembali dalam jangkaan mungkin Minggu hadapan, jadi terpaksalah dia tidur di rumah rakannya buat sementara waktu.

Bunyi getaran telefon bimbit yang berada di atas meja kaca itu membuatkan jejaka itu berdecit perlahan baru sahaja dia mahu di jemput lena tetapi gagal saat ada yang mengganggu.

Telefon bimbit itu dicapai laju dan menekan button hijau, telefon bimbit itu diletakkan di tepi telinga membulat matanya apabila mendengar suara gadis itu.

"Elok sangat, orang datang nak bagi makanan dia tolak mentah-mentah sahaja." Bebel gadis itu seketika jejaka itu tersenyum nipis lelah yang tadinya bagaikan gunung berapi sekarang sudah mulai reda apabila mendengar suara pujaan hati.

Jejaka itu menamatkan panggilan itu dan segara bangun untuk keluar dari bilik itu, jika gadis itu yang datang memang dia akan berikan dengan penuh ikhlas tetapi jika wanita lain datang jangan mimpi akan dapat layanan sebegitu.

Jejaka itu tersenyum nipis, saat melihat wajah gadis itu dapat juga dia menghilangkan rindu pada si gadis simpan untuk beberapa minggu akan datang dia juga sudah lama tidak bertemu dengan gadis itu.

"Kenapa datang?" Soalan itu terbit dari mulut jejaka itu, mata amber miliknya menikam lembut anak mata hazel milik si gadis masalahnya kenapa ayat tu mesti keluar dari mulut.

"Kenapa? Tak boleh ke atau awak dah tak suka dengan masakkan saya?" Tajam anak mata hazel itu menikam anak mata amber milik jejaka itu, jejaka itu diam membisukan dirinya kalau mak singa ni mengamuk singa betul pun terkejut tengok.

"Awak masak apa?" Dengan sepantas kilat jejaka itu ingin mengatur balik ayatnya yang tadinya hampir tersalah ayat tetapi memang salah pun.

"Ayam masak merah khas untuk mamat poyo." Gadis itu memutarkan bola matanya apabila jejaka itu hanya tersengih tak bersalah, ada yang aku hantar pergi hospital sakit jiwa kalau macam ni pengakhirannya.

"Thank you, Mia Rosa." Jejaka itu membongkokkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat, effort tu mahal hanya boleh dilakukan oleh orang yang tertentu sahaja.

"Tak perlu buat sebegitu, cukuplah awak dah buktikan pada saya yang awak sentiasa menjaga saya dalam diam tetapi saya hanya buat tak endah." Gadis itu tersenyum nipis, tidaklah sampai begitu dia juga tidak kejam.

Jejaka itu tersenyum nipis, diperbuat dari apalah agaknya hati si gadis itu bukan sebarang mungkin ianya diperbuat daripada batu permata yang sungguh indah.

"Awak balik sekarang?" Jejaka itu meletakkan kembali sudu ke dalam bekas tupperware apabila gadis itu diam membisu sendiri.

"Mungkin, sebab saya nak jumpa seseorang." Gadis itu tunduk memandang lantai apabila mata amber itu tidak lengkang memandang dirinya atas bawah.

'mana pula silap dia kalini.' bisik hati kecil gadis itu, tubuhnya terkaku sendiri apabila jejaka itu tersenyum menyenget kearahnya.

"Siapa 'seseorang' tu." Suara itu seakan ingin menyisirnya tetapi dia hanya buat tak endah, apa sahajalah mungkin tatapan jejaka itu padanya begitu oleh kerana dia tersalah cakap mungkin.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now