˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 37˚➶ ⋆

762 29 6
                                    

PERLAHAN lahan mata hazel itu mula terbuka. Gadis itu menggosok perlahan matanya, cuba mencapai telefon bimbit yang berada disebelahnya. Setelah dia dapat mencapai telefon bimbit miliknya.

Lantas button on ditekan sebelum skrin handphone itu terhias dengan wajah kacak Irsyad Mikael. Gadis itu tersenyum nipis, tengok depan depan lagi kacak. Rindunya dekat awak.

"Lambat lagi ke awak nak balik, Syad? Saya dah rindu sangat sangat dekat awak ni ha." Gadis itu tersenyum nipis. Rindu dia pada jejaka itu amatlah banyak sehinggakan tidak terkira. Apalah yang mamat tu buat sampaikan aku boleh angau macam ni.

Gadis itu bingkas bangun dari pembaringan. Kepalanya yang terasa pening itu diurut perlahan. Dari semalam lagi dia rasa tak sedap badan, mungkin sebab tak makan.

Setelah selesai gadis itu mengikat rambutnya. Dia mengemaskan pula bahagian katil, selimut yang berkedut itu dikibas sebelum meletaknya dengan penuh berhati hati. Itulah rutin dia setiap kali dia terjaga dari tidur.

Lain kalau dah ada suami nanti. Kalau dah ada suami nanti pasti hidupnya akan berubah 100%. Tetapi dia juga tidak mengeluh akan hal itu. Melainkan dia berasa sangat bahagia apabila dipertemukan dengan lelaki yang baik.

Siapa sahaja yang tidak mahu lelaki baik dan tidak baran, pandai hormat isteri pula tu. Kan comel kalau ada pasangan macam tu. Alahai.. Rai, jauh betul kau berangan. Tidak mengapa, berangan tu percuma tak perlu bayar.

Gadis itu mengeluh nafas perlahan. Mata dipejamkan sesaat sebelum mata hazel itu kembali terbuka. Cuba untuk singkirkan semua perkara yang selalu mengganggu fikirannya.

Bibir merah delima itu tidak pernah berhenti berzikir. Tapak tangannya dengan perlahan mula basah. Mungkin kerana rasa berdebar di dada. Entah mengapa rasa itu datang secara tiba tiba.

'Yaallah, kau berikanlah ketenangan untukku. Jauhkan semua perkara yang buruk itu dariku, jauhilah semua perkara yang mengganggu fikiranku itu.' bisik hati kecil gadis itu. Kepala yang pening itu dipegang sebelum diurut perlahan.

Gadis itu menghela nafas lega apabila dirinya sudah kembali tenang. Alhamdulillah, dia sudah dapat mengawal emosinya untuk kalini. Biar dia seorang sahaja yang tahu betapa sakitnya menahan semua ini dengan seorang diri.

Berdiri diatas kaki sendiri, sakitnya menahan semua ini. Bilakah semua ini akan berakhir. Pada ayahnya.. apakah ayahnya sudah lupakan semua tentangnya? Sakit sangat. Sakit.

'Tidak mengapa Rai, kau kena buktikan pada mereka semua. Yang engkau bukan seorang gadis yang lemah.' ayat itu selalu berulang kali bermain di fikirannya setiap kali dia ingin berputus asa.

TOK!

TOK!

TOK!

Lamunan gadis itu sekelip mata mati, apabila telinganya terdengar bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali. Tidak lupa namanya juga disebut. Tak lain tak bukan itu pasti ibu, Puan Eryna.

"Kejap ibu! Rai tengah cari barang." Gadis itu mencapai tudung sarung berwarna biru laut yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Lantas gadis itu mengatur langkah mendekati pintu.

Daun pintu ditarik perlahan, dan terpaparkan wajah cantik Puan Eryna. Sudah dia katakan, pasti ibunya. Jika bukan Puan Eryna siapa lagi? Mana ada orang dalam rumah ni melainkan Kak Nah.

"Maaf buat ibu menunggu. Rai cari tudung tadi tak jumpa." Puan Eryna tersenyum nipis. Ala.. lambat beberapa minit sahaja gadis ini sudah gelabah macam sudah terlepas berjam jam.

"Takpe sayang.. ibu tak marah pun jangan risau." Gadis itu tersengih, segan pula rasanya biarpun dia tahu Puan Eryna tidak ambil hati pun tentang ini. Tetapi mungkin dia jadi segan sedikit kalini.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now