˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 17˚➶ ⋆

555 26 1
                                    

PUAN ERYNA berjalan keliling rumah mencari gadis itu, dari pagi tadi kelibat gadis itu tidak jumpai takkan masih tidur? Gadis itu kebiasaannya akan bangun lebih awal dari dirinya.

Kelibat anak lelakinya pula menjadi tatapan mata amber wanita itu, ni lagi sorang balik lewat tu bagitahu lain kali takdelah dia ni duduk menunggu budak ni sampai depan pintu.

"Irsyad, kamu ada nampak Rai?" Wanita itu tersenyum nipis, jejaka itu sedang termenung rupanya agaknya apalah yang bermain di fikiran jejaka itu sampai panggil berkali-kali pun tiada sahutan.

"Irsyad, apa yang bermain di fikiran kamu sampaikan ibu panggil tak bersahut." Wanita itu memekul lembut bahu jejaka itu, dah kalau panggil pun tidak dengar terpaksalah.

"Irsyad tengah fikir macam mana nak pulihkan ingatan, si Rai." Jejaka itu mengeluh perlahan, otaknya sudah mahu pecah memikirkan cara agar gadis itu mengingatkan kembali memorinya.

Wanita itu tersenyum nipis, anaknya tidak pernah berputus asa untuk membahagiakan gadis itu.

"Cubalah kamu bagi dia masa dulu." Puan Eryna memaut lengan jejaka itu, sebelum bibir merah jambu itu tersenyum nipis cepat betul masa berlalu dulu dia yang menjaga gadis itu tidak mungkin sekarang jejaka itu mahu mengembalikan gadis itu.

"Bukan Syad taknak bagi dia masa cuma, Syad tak boleh tengok kawan Rai muram je sebab dia ingat kawan diorang ni hilangkan diri." Jejaka itu mengeluh perlahan sukar untuk dia memberitahu ibunya tentang hal ini.

"Syad... Kalau kamu sayangkan Rai tolong bagi dia masa untuk cuba ingat kembali semua memori lamanya." Wanita itu tersenyum nipis, harap jejaka itu faham mengapa dia tidak membenarkan gadis itu pulang.

"Atau Syad nak tengok Rai kena pukul, maki dan kena tendang sebab ayah dia yang tak tentu arah tu." Puan Eryna mengeluh perlahan, bagaimana dia mahu memberitahu jejaka itu.

"Ibu, Syad tahu ayah Rai takkan sanggup buat Rai macam tu." Jejaka itu dalam mood marah tetapi cuba di kawal agar tidak meninggikan suaranya pada wanita itu.

"Ye, ibu tahu... Tapi ibu takut." Wanita itu bagaikan tidak tahu mengapa dirinya begitu takut apabila gadis itu balik ke pangkuan keluarga gadis itu sendiri.

Kerana dia dapat rasakan ada hal yang tidak di ingini akan berlaku, dia risaukan tentang kesihatan gadis itu yang tidak menentu sekejap sihat sekejap sakit.

"Ibu... Walau macam mana sekalipun akhir nanti Rai akan ingat juga semuanya." Jejaka itu menggosok perlahan bahu ibunya, niat ingin menenangkan wanita itu dari berasa resah dan risau.

Kepala wanita itu dilentokkan pada dada bidang jejaka itu, seketika jejaka itu tersenyum nipis suka dia apabila ibunya berkelakuan manja dengannya.

"Ibu dulu macam ni ke dengan arwah ayah." Jejaka itu tersenyum manis saat wanita itu mencuit sixpack miliknya.

"Kalau Syad nak tahu, ibu lebih dari ni dengan arwah ayah kamu." Wanita itu tersenyum seketika apabila mengingat kembali memori dia bersama suami tersayang.

"Ibu ni... Ada-ada je tapikan mesti arwah ayah tu kacak macam Syad kan?" Jejaka itu tergelak nipis tetapi tidak dengan ibunya sudah tergelak besar apabila anaknya bercakap sebegitu.

Sudah tentu anaknya mewarisi arwah suaminya, sudahlah jejaka itu kacak seperti suaminya pandai pun pandai. Apatah lagi perangai memang semuanya ikut jejak arwah suaminya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now