˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 5˚➶ ⋆

1.1K 56 0
                                    

KERETA Porche Macan itu rapi terletak di tempat parking yang disediakan, cafe dihadapannya ditatap lama. Bersediakah rakannya melihat keadaan Cik Husna mereka?

Jejaka itu laju membuka seatbelt tangannya membuka pintu kereta belah pemandu itu kaki kanannya di keluarkan terlebih dahulu dan seterusnya kaki kirinya.

Dia mengatur langkah menuju kearah pintu kereta belah penumpang pintu itu di buka terpampar wajah gadis itu lena dalam tidurnya.

"Hye..." Ayat itu sahaja yang keluar dari mulutnya tetapi sudah mampu membuatkan gadis itu terjaga dari lenanya, jejaka itu tersenyum menyenget.

Kelopak mata gadis itu perlahan-lahan terbuka matanya meliar memandang sekeliling tatapan pertamanya melekat di kedai hadapannya, cafe itu di tatap lama.

Jejaka itu tersenyum nipis, mungkin gadis itu mahu mencari memori yang tersemat di cafe ini.

"What are you looking for, Mia Rosa?" Jejaka itu masih tegak berdiri memandang wajah gadis itu, seketika mata hazel milik gadis itu menatap tepat kearahnya.

Gadis itu melangkah keluar dari kereta itu, langkah diatur mendekati pintu masuk cafe itu, jejaka itu hanya mengikuti langkahnya tiada niat sedikit pun ingin mengganggu biarlah Cik Husna kita ni memulihkan sendiri memorinya.

Husna dengan perlahan melangkah masuk ke dalam cafe itu, matanya meliar memandang sekeliling cafe itu tatapannya terhenti saat melihat kedua orang gadis tepat melihat kearahnya.

Mata mereka merah seakan menahan air mata dari mengalir, mengapa begitu?

"Husna..." Salah seorang gadis itu berlari memeluk dirinya, Husna masih terpinga-pinga kenapa mereka memeluk dirinya apakah mereka saling mengenali.

"Sorry. But who are you?" Ketika soalan itu keluar dari mulut gadis itu ia bagaikan peluru yang tepat kena sasarannya sungguh Amelia rasa sedih.
Mengapa kawannya jadi begini?

Seketika semuanya jeda, gadis itu memusingkan kepalanya memandang Jejaka yang berdiri tegak di sebelahnya. Jejaka itu diam berdiri di tempatnya kenapa jejaka itu membawa dia ke sini dan siapakah gadis di hadapannya sekarang adalah gadis itu mengenali dirinya.

"That's your friend, Mia Rosa." Husna tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut jejaka itu, kawan? Dia ada kawan ke?

"Kawan?" Husna memusingkan kepalanya memandang wajah gadis yang berada di hadapannya cuba untuk mengesan wajah ini tetapi dia tidak boleh kepalanya menjadi pening seketika.

"Cik Husna?" Maya yang sedang berjalan mendekati Husna itu melakukan langkahnya apabila melihat gadis itu memegang kepalanya kelihatan seperti pening.

"Rai?" Jejaka itu naik risau memandang gadis itu takkan aku nak cepung dia bawa balik rumah.

"Saya perlukan ruang, tolong bagi saya ruang." Tubuh itu jatuh tersungkur ke lantai wajah itu pucat, jejaka itu laju mengcepung gadis itu membawa masuk ke dalam kereta.

Kedua orang kawannya mengikuti langkah jejaka itu.

"Encik nak bawa dia pergi mana?" Akhirnya pertanyaan yang berada di dalam fikirannya keluar juga dari mulut, jejaka ini bukankah yang menanyakan tentang Husna minggu lepas?

"Syurga." Pendek sahaja balasan dari jejaka itu, sebelum dia memboloskan dirinya masuk ke kereta miliknya.

Maya menghela perlahan nafasnya, dia risau akan kesihatan rakannya bagaimana gadis itu boleh di timpa sakit? Apa yang berlaku sebenarnya.

"Aku rasa nak pergi rumah family Husna kejap nak tanya kenapa anak dia keluar dengan lelaki tu." Amelia berlari anak masuk ke dalam cafe dan mencapai beg tangannya tidak lupa beg tangan milik Maya juga diambil.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now