˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 6˚➶ ⋆

1.3K 71 0
                                    

JEJAKA itu menarik nafas sedalam-dalamnya setelah mendengar perbualan antara kawan adiknya dan juga ibunya.

Ayahnya buat hal lagi, dan kalini mungkin dia tidak dapat memaafkan orang tua itu dia sudah merasakan kehilangan adiknya dahulu tapi mengapa sekarang dia harus merasakan itu lagi.

Langkahnya diatur mendekati ibunya rakan adiknya sudah lama balik sejak nampak kelibat dia, mungkin.

"Ibu." Jejaka itu memanggil ibunya dengan tutur suara yang lembut, bukan salah ibunya jadi mengapa dia harus melepaskan amarahnya pada wanita ini.

"Ye, Azrael." Wanita itu tersenyum nipis kearah anaknya kini tinggal jejaka ini sahajalah anaknya kedua orang anaknya sudah hilang membawa diri.

Dan mereka berdua dapat nasib yang sama, jika di tanya adakah dia menyesal berkhawin dengan jejaka itu. Jawapannya cuma satu iaitu tidak mengapa? Kerana ini semua bukan salah suaminya ini semua berpunca apabila dia melakukan perkara yang sepatutnya dia tidak lakukan.

Dan sejak hari itu dia menyesal akan perbuatannya jika masa boleh di ulang dia mahu memperbaiki semuanya dia juga mahu kedua orang anaknya kembali ke dalam pelukan hangatnya.

"Ayah memang tak rasa bersalah ke dengan apa yang dia buat keatas anak perempuannya." Wajah jejaka itu merah menahan marah jika dia mampu dia mahu melepaskan semua amarahnya tetapi dia cuba menahan dari melepaskan.

Wajah wanita itu mendung seketika dia tahu lambat macam mana sekalipun jejaka ini pasti akan tahu tentang ini, apalah sangat buat apa dia merahsiakan hal ini pada anaknya.

Kerana jejaka itu ada hak keatas kedua orang adiknya, kerana dia hanya mempunyai dua orang adik sahaja. Jadi bila dia kehilangan salah seorang bagaikan dia hilang sebelah sayap untuk teruskan hidup.

Tetapi kalini dia kehilangan kedua-duanya jadi apa yang harus jejaka itu buat, kekuatannya kini hanyalah ibu. Hanya ibunya yang ada sekarang.

"Rael, menyesal sebab tak lindungi Rai dan Nay." Sungguh dia menyesal pada hari kejadian dia tiada di sisi kedua orang adiknya dia tidak dapat melindungi mereka sungguh dia menyesal.

"Rael... Tak baik cakap macam tu, kita kena banyakkan berdoa supaya mereka dalam keadaan selamat dan cepat balik." Rambut jejaka itu yang kusut di betulkan agar rapi.

Jejaka itu memeluk erat tubuh ibunya dan ibunya membalas pelukan itu dengan erat.

•••

CAFE itu kembali suram, sejak gadis itu tidak melangkah ke sini banyak yang berubah terumanya customer yang datang sudah tidak seperti dahulu.

Maya yang melihat rakannya termenung itu, dia juga buntu tidak dapat melakukan apa-apa kali terakhir dia melihat Husna ialah waktu dia jejak kaki ke sini bersama seorang jejaka.

Ye! Jejaka itu kemanalah jejaka itu pergi jika waktu boleh di ulang dia mahu sangat menanyakan satu soalan kepada jejaka itu mengapa dia bertanya tentang Husna.

Dan pada hari itu juga mereka datang bersama dan balik bersama sejak dari saat itu dia sudah tidak nampak batang hidung jejaka itu padahal dialah orang yang selalu datang sini.

"Maya, kau boleh tolong aku ambilkan order dekat meja nombor 12." Yaya meminta pertolongan kepada gadis itu kerana dia tergesa-gesa mahu ke tandas.

"Oh, okey." Maya mengatur langkah mendekati seorang jenaka di meja nombor 12 itu, membulat matanya melihat wajah jejaka itu.

Ye! Inilah jejaka itu.

Dalam hatinya sudah melompat gembira, haraplah jejaka ini memberi jawapan yang betul bukanlah gurauan.

"Encik, boleh saya tanya soalan." Maya menjongketkan sebeleh keningnya apabila jejaka itu hanya memandangnya atas bawah sebelum dia menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now