1

6.1K 103 2
                                    

"Ivy lepasni nak pergi mana pula?" Tanya Dato Aqhar.

Ivy menggeleng, "Ivy nak balik rumah terus lah daddy, my social battery dah habis ni and i'm very-very tired layan kawan-kawan daddy dengan mummy dekat event tadi."

Datin Inara yang berada di sebelah Dato Aqhar tersenyum "Betul ni Ivy? Bukan selalu tau kita keluar sama-sama macam ni."

"Betul lah mummy." Ivy memejamkan matanya, benar-benar terasa berat. Ya lah, event tu mula pada pukul 10 pagi dan habis pada pukul 6 petang, gila tidak berasa penat!

Tak ikut kan dikata pula anak tunggal Dato Aqhar dan Datin Inara ni penyombong malas bergaul dengan orang, nanti tak sedap pula telinga daddy dan mummy nya mendengar.

"Ivy perlu bergaul dengan orang juga nanti siapa nak handle company daddy?"

"Ivy tahu lah daddy tapi tak ke awal sangat daddy nak suruh Ivy handle company daddy?"

"Awal apanya Ivy, Ivy dah umur 25 tahun belajar pun dah habis silap-silap boleh kahwin dah ni."

"Ya lah daddy ya." Ivy menoleh ke arah cermin belakang. Ivy perasan yang ada satu kereta mula mengikuti kereta mereka. Ivy menoleh sekali lagi untuk memastikan apa yang difikirkan olehnya itu benar.

Dato Aqhar memusing ke arah kanan, kereta tersebut juga memusing ke arah yang sama. Dato Aqhar mengambil lorong dibahagian kiri juga dia berada di bahagian yang sama.

"Daddy Ivy rasa kereta belakang ni follow kita lah."

Dato Aqhar mengerutkan dahinya. "Follow kita? Ish Ivy salah tengok kut."

Dato Aqhar memang sudah lama perasan yang kereta belakang memang mengikuti mereka namun Dato Aqhar saja ingin menenangkan Ivy dan Datin Inara.

Datin Inara mula risau, "Awak laju sikit lah nanti cepat kita sampai rumah." Tangan Datin Inara memegang bahu belah kiri Dato Aqhar.

Dato Aqhar senyum kepada Datin Inara lalu berkata, "Kenapa nak laju-laju pula?Bukan ke nanti lagi bahaya, tak apa tak ada apa pun jadi, sayang jangan risau ya." Tangan mencapai tangan Datin Inara yang berada dibahunya lalu mengenggam tangan Datin Inara.

Sejuk, ya itu yang dirasakan oleh Dato Aqhar apabila menggenggam tangan istrinya, Datin Inara benar-benar risau hal yang buruk mungkin terjadi kepada mereka.

Ivy yang berada di belakang mula tak senang duduk asyik menoleh ke cermin belakang bagi memastikan kereta itu tidak mengkuti mereka lagi namun hampa, kereta tersebut masih lagi mengikuti mereka malah semakin hampir dengan kereta mereka.

'No Ivy don't think about it bukan macam apa yang kau tengah fikir sekarang ni bukan.' Desis hati Ivy.

Ivy memeluk erat sling bag ysl yang berwarna hitam dan memejamkan matanya, perutnya mula berasa seperti ada yang mencucuk cucuk, dahinya pula berpeluh panas walaupun suhu didalam kereta sejuk, sejuk hingga ke tulang.

Tiba-tiba kereta yang mengikuti mereka tadi merempuh kereta mereka.

"Ya allah abang macam mana ni!" Jerit Datin Inara tangannya masih menggengam tangan Dato Aqhar.

Sesekali mata Dato Aqhar memerhati kereta belakang menggunakan side mirror.

"Ivy, sayang okey tak?" Tanya Datin Inara

"Ivy okey mummy." Kepalanya berasa sedikit pening akibat terhantuk pada pintu kereta tadi.

Dato Aqhar mula menekan pedal minyak kereta mereka mula laju menjauhi kereta 'misteri' tersebut dan sekali lagi hampa kerana ada kereta lain pula yang muncul dan merempuh bahagian kanan kereta mereka.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now