38

1.2K 44 0
                                    

"Bosannya!" Ivy menghempaskan badannya ke atas sofa rumahnya. Sudah lah dia ditinggalkan seorang diri di rumah. Baik duduk rumah umi je macam ni.

Telefonnya pun berdering. Nama encik suami tertera di telefon. Terus naik senyuman Ivy, macam tahu-tahu je tengah fikir pasal dia.

"Asalamualaikum." Suara Tengku Ayyash kedengaran di sebalik corong telefon.

"Waalaikumusalam, kenapa abang call ni?"

"Opah telefon abang tadi. Dia suruh bawak sayang jumpa dia. Dah lah haritu opah tak sempat nak datang majlis kita."

"Sayang tolong kemas kan baju abang sekali tau, kita balik empat hari je dekat sana. Abang balik nanti kita terus gerak."

"Okey abang! Ivy letak dulu tau, bye love you. Miss you!" Tengku Ayyash ketawa di hujung talian. Ada-ada sahaja Ivy ni.

Lama Ivy menunggu Tengku Ayyash untuk pulang ke rumah, sempat dia menukar gaya tudung sambil menunggu Tengku Ayyash untuk sampai. Kata lepas zohor nak balik, ini nak dekat asar dah ni.

"Lama tau Ivy tunggu abang!" Tengku Ayyash hanya menayangkan senyuman kepada Ivy.

"Sorry sayang, tadi ada orang accident, abang pun tolong lah dia dulu sebelum balik." Tak jadi Ivy nak marah.

"Sayang pakai tudung?" Ivy tunggu je Tengku Ayyash untuk perasan. Ivy mengangguk dan terus keluar daripada rumah, Tengku Ayyash pula yang mengangkat beg-beg untuk dimasukkan ke dalam bonet.

Ivy ambil keputusan untuk mula bertudung, dari dulu dia dah pasang niat untuk bertudung cuma tak ada keyakinan diri. Datin Inara dan Dato Aqhar pun tak memaksa dirinya untuk bertudung, janji jangan pakai baju yang terbuka sudah.

"Cantik." Gumam Tengku Ayyash perlahan. Entah lah agak nya kalau Ivy ni pakai tudung saji pun memang tetap cantik dimata nya. Biasa lah dah di angau cinta kan.

"Sayang tidur lah dulu, lambat lagi kita nak sampai ni."

"Nanti abang sunyi, abang tak mengantuk ke? Ya lah balik-balik kerja terus bertolak."

"Sebab abang tak mengantuk lah abang boleh drive ni."

"Tapi ada satu ubat untuk hilangkan mengantuk abang." Tengku Ayyash mencapai tangan Ivy dan merapatkan jari tangannya dengan jari Ivy. Dicium belakang tangan Ivy sebelum diletakkan di atas paha Tengku Ayyash.

"Ish abang ni, ada-ada je lah." Ivy memalingkan wajahnya memandang tingkap untuk menyembunyikan wajahnya yang dah merah padam.

Selepas 4 jam perjalanan dari kuala lumpur ke alor setar, akhirnya mereka pun tiba di rumah Hajah Halimah dan Haji Hisham, iaitu opah dan tok abah kepada Tengku Ayyash.

"Nyenyak betul tidur, tadi kata tak nak tidur, sayang bangun kita dah sampai ni." Tengku Ayyash mengejut Ivy dengan lemah lembut.

Ivy membuka mata dan menggosok matanya. Dia meregangkan bahunya yang berasa letih. Kalah orang yang bawak kereta Ivy ni.

Tengku Ayyash keluar daripada kereta dahulu, dia pun membukakan pintu untuk Ivy, Ivy masih lagi termenung. Tengah mengumpul nyawa.

"Dah sampai pun! Puas opah tunggu." Hajah Halimah menuruni tangga dan terus ke kereta Tengku Ayyash. Tengku Ayyash dah bersiap sedia dah ingin dipeluk oleh Hajah Halimah, tapi hampa Hajah Halimah pergi memeluk Ivy daripada memeluk Tengku Ayyash.

"Cucu menantu opah dah sampai!" Hajah Halimah memeluk Ivy dengan erat. Ivy juga membalas pelukkan wanita tua itu.

"Opah sihat?"

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن