15

1.4K 42 4
                                    

"Ikut kau lah.. umi, abi, Ayyash pergi office dulu." Tengku Ayyash bangun untuk menyalam Puan Hanani Dan Tengku Ardan. Tengku Aysha menarik nafas lega.

"Elok-elok bawak kereta tu," pesan Puan Hanani. Tengku Ayyash hanya mengangguk dan melangkahkan kakinya menuju ke pintu untuk keluar. Keluar sahaja Tengku Ayyash daripada rumahnya itu, dia terus menuju ke keretanya.

Apabila dia membuka sahaja pintu keretanya, dia kedengaran seperti ada seseorang menyanyi dari arah taman bunga milik Puan Hanani, lalu Tengku Ayyash menutup kembali pintu keretanya dan menuju ke arah suara tersebut.

"Jangankan gunung fujiyama... puncak himalaya ku ikut kamuu.. jangankan ke kemboja ke ethiophia, ku ikut kamu.." Ivy yang sedang menyiram pokok-pokok bunga Puan Hanani rancak menyanyi tanpa menghiraukan kehadiran Tengku Ayyash yang berada di belakangnya.

Tengku Ayyash geli hati melihat Ivy yang masih lagi asyik menyanyi itu.

"Kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara, aku ikut kamu walau ke hujung duniaa.." Ivy memusingkan badannya kebelakang dan terus terkejut dengan kelibat Tengku Ayyash, secara tidak sengaja wayar air yang ditangan Ivy disemburkan kepada Tengku Ayyash. Habis baju kemeja Tengku Ayyash yang berwarna putih itu kuyup.

"Astaghfirullah hal azim sorry awak...." Ivy cepat-cepat melepaskan wayar tersebut dan bergegas mengambil tuala yang tersangkut di ampaian. Ivy menghulur kain tersebut kepada Tengku Ayyash.

Tengku Ayyash mengambil tuala daripada tangan Ivy dan mengelap baju kemejanya yang basah "Lain kali kalau nak buat kerja tu peka dengan keadaan sekeliling, kalau orang jahat ada dekat sini lepastu nak culik kau macam mana? Kau tak takut?"

"Sorry awak..." Sekali lagi Ivy meminta maaf kepada Tengku Ayyash.

"Sorry sorry, sorry naik lori lah." Tengku Ayyash mencampak tuala tersebut ke arah Ivy, nasib tak terkena pada mukanya. Tengku Ayyash terus bergerak ke keretanya.

"Dasar mamat.. Ya allah, sabar Ivy sabar orang comel kena banyak bersabar." Ivy menarik nafas lalu menghembus.

" 'Peka keadaan sekeliling' konon, dia yang datang tak bagi salam tiba-tiba muncul macam hantu, siapa je tak terkejut!" Kereta yang dipandu oleh Tengku Ayyash pun meluncur keluar dari perkarangan banglo itu.

"Wait.. Sejak bila dia ada dekat sini eh?Dari awal aku nyanyi sampai habis ke? Eeeee malunyaaa, kau ni pun Ivy yang tiba-tiba nak nyanyi lagu tu apa pasal kan dah mendapat malunya!" Ivy menekup wajahnya sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Morning Tuan... Awal Tuan berenang harini, baru pukul 9:00 ni." Daniel menegur Tengku Ayyash yang dalam perjalanan untuk pergi ke officenya. Tengku Ayyash menatap Daniel dengan lama. Dia tahu lelaki itu sedang memerlinya "Mana budak dua ekor tu?" Soal Tengku Ayyash kepada Daniel.

"Ha tu diaorang... Panjang umur dah sampai pun." Daniel menunjukkan jari telunjuknya ke arah Khair dan Hazeem yang baru tiba.

"Selamat pagi Tuan!" Khair menyapa Tengku Ayyash terlebih dahulu.

"Korang apa pasal lambat? Nak kena potong gaji ke?" Khair memandang ke arah Daniel yang gaya berlagak seperti Tengku Ayyash... Eh Tengku Ayyash pun tak buat gaya macam tu lah, dengan cekak pingangnya, berianya lelaki ni.

"Sebab bo.." Tak sempat Khair ingin menghabiskan perkataannya, Hazeem terlebih dahulu menekup mulut sahabatnya itu dan terus menariknya menuju ke lif, kalau dibiarkan Khair menghabiskan perkataanya itu, mahu Tengku Ayyash mengamuk disitu juga kerana sudah muak melayan Daniel dan Khair yang asyik bergaduh setiap kali bertemu.

Tengku Ayyash hanya menggeleng melihat gelagat anak anak buahnya itu, wajib setiap pagi bikin drama.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Bosannyaaaaaaaaa!" Tiara menghempaskan badan ke atas katil empuk miliknya itu.

"Sapu belakang rumah.. done, mop lantai.. done, sidai kain..done... semua kerja dah siap, jadi sekarang kau nak buat apa Tiara Afrina?"

Nak sambung menonton kdrama? Malas. Nak baca novel-novel tak terusik yang tersusun elok di atas rak? Malas juga, tak ada mood nak membaca.

Sejak dia berhenti kerja daripada kafe Dyanz ni, dia hanya menganggur dirumah. Kalau tidak sebab Puan Raisya menyuruhnya untuk berhenti daripada kafe itu memang tidak lah Tiara nak berhenti. Bebelan Puan Raisya tempoh hari masih lagi kedengaran di telinganya.

"Adelia dah tak kerja kan dekat sana, baik Tiara cari kerja lain je," tangan Puan Raisya ligat membasuh pinggan kotor.

Tiara memuncungkan mulutnya. "Alaa bonda, kalau Tiara berhenti Tiara nak cari kerja dekat mana?"

"Cari lah kerja yang elok sikit, Tiara Afrina... ni kerja kafe, bonda dengan abah hantar Tiara belajar pandai-pandai bukan untuk jadi kuli dekat kafe ya."

"Ish bonda hina orang yang kerja kafe ke? Sampai hati bonda..." Haih Tiara kalau dah merajuk memang susah lah nak pujuk.

"Bukan macam tu sayang, Tiara cari lah kerja dekat pejabat ke, at least bonda tak ada lah risau je dekat Tiara, kalau Tiara kerja dekat kafe tu, bahaya macam macam boleh berlaku."

"Mana-mana boleh je berlaku benda yang bahaya kalau tak jaga diri betul-betul bonda..." Tiara masih dengan pendiriannya iaitu ingin berkerja di kafe Dyanz lagi.

"Jangan lah lawan apa yang bonda cakap tu adik." Tuah akhtar, abang ketiga Tiara yang baru pulang menyampuk.

"Akh jangan nak masuk campur ya, sibuk aje!" Jeling Tiara kepada Tuah.

"Betul lah apa yang Akh cakap tu adik, nak melawan saja kerjanya!" Sampuk abang keduanya pula Tariq Afnan

Tuah baru sahaja pulang daripada kem tentera, manakala Tariq pula baru sahaja pulang daripada menjalankan misinya di sepadan antara Sabah dan Indonesia.

"Ya lah ya lah, adik ikut cakap bonda..." Sebelum abang sulungnya pula tiba-tiba muncul, lebih baik dia mengalah sahaja.

"Rindunya Liaa... call dia lah, tapi dia busy ke tak eh?.. Ala tak apa lah cuba je call." Tiara mencapai telefon yang terletak di atas meja soleknya dan terus mencari nombor telefon Ivy.

Sebaik sahaja panggilannya diangkat, terus Tiara menjerit "Asalamualaikum ucuk acamkuuu sayangkuu I miss you so much!"

"Walaikumusalam... Kau ni sakitlah telinga aku boleh pekak tau aku ni!" Marah Ivy disebalik telefon.

"Kita rindu awak tau takk... Kau sibuk ke weh?"

"Tak ada lah aku tengah duduk tepi kolam ikan ni, tengah makan makanan ikan." Perli Ivy kepada Tiara. Tiara berdecit sambil menjelingkan bebola matanya ke atas. Ivy memang tak berubah, tak pernah nak serious kalau ditanya.

"Eh kau call aku ni, kau tak kerja ke?" Ivy menyoal Tiara pula.

"Aku dah berhenti kerja dah weh, bonda suruh... Sekarang aku jadi penganggur."

"Ish ish ish, kau tak cari kerja ke?"

"Aku dah apply satu kerja ni, kerja dekat syarikat apa tah, jadi Personal Asistant, esok aku kena pergi interview... Wish me luck cinterrr."

"Goodluck tayang titeee semoga awak dapat lah ya kerjanya.. Okaylah weh aku kena letak ni.. Ada orang panggil aku pulak, bye."

Ivy terus memutuskan panggilan, tak sempat Tiara nak membalas. Tiara memutuskan untuk tidur sahaja, daripada dia tak buat apa-apa, baik tidur kan?

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now