42

1.2K 39 2
                                    

"Hati-hati bawak kereta tu Ayyash, jangan paksa diri kalau penat. Berhenti rnr dulu rehat ke apa nanti." Sekejap je rasa Tengku Ayyash dan Ivy berada di rumah Hajah Halimah dan Haji Hisham. Rasanya kena ambil cuti sebulan baru puas duduk dekat kampung.

"Opah jangan lah risau. Ed, kau balik bila?" Tangan Tengku Ayyash ligat menyusun barang ke dalam bonet kereta. Balik kampung barang sikit je, bila nak balik sana terus bonet full. Puan Hanani sibuk nak kirim itu ini.

"Petang esok baru aku balik."

"Haih bila lagi lah cucu-cucu opah nak balik sini lagi nanti. Tinggallah opah dengan tok abah je dekat sini..." Mula dah drama Hajah Halimah. Serba salah anak-anak, cucu-cucu dibuatnya bila nak balik rumah masing-masing.

"Nanti cuti panjang Lia dengan Ayyash balik lagi opah." Ivy menghulur tangan kepada Hajah Halimah untuk menyalam tangan wanita tua itu. Hajah Halimah menyambut lalu menarik Ivy ke dalam pelukan.

"Nanti balik sini, makesure balik bertiga ya?" Hajah Halimah ni tak habis-habis lagi sebut pasal cicit!

"Insyallah opah, doakan ya hehehe." Ivy tersenyum nakal ke arah Tengku Ayyash. Tengku Ayyash sudah menggeleng-gelengkan kepala. Seram lah Ivy Adelia ni.

"Opah, tok abah. Ayyash dengan Lia gerak dulu lah, takut jem pulak nanti." Selesai menyusun barang di dalam bonet kereta Tengku Ayyash menghulur tangan menyalam Hajah Halimah dan Haji Hisham.

"Bye opah, tok abah, Dyana!" Kepala Ivy dikeluarkan dari tingkap kereta dan melambai mereka. Keluar sahaja mereka dari perkarangan rumah Hajah Halimah dah Haji Hisham, Ivy memasukkan kembali kepalanya ke dalam kereta.

"Nanti Ivy tinggal seorang-seorang dekat rumah." Ivy memuncungkan mulutnya dan memeluk tubuh. Tengku Ayyash mengerling sekilas Ivy di sebelahnya.

"Sayang kalau bosan dekat rumah, sayang pergi lah rumah umi."

"Kalau pergi pun bukan ada orang pun!"

"Cik Mah?" Ivy menekup mulutnya. Lupa pulak dengan Cik Mah kesayangan kite. Ini kalau Cik Mah tahu yang Ivy lupa pasal dia, mahu merajuk dengan Ivy setahun.

"Tapi bosan lah Cik Mah bukan kaki gossip pun, Aysha sekarang busy dengan class, umi busy dekat butik, Tiara pulak dah lama tak dengar khabar, entah gua mana dia bertapa!" Dah lama Tiara tak menelefon atau mesej Ivy, selalu hari-hari ada saja ceritanya.

"Eh Ivy baru teringat! Abang tahu tak, ada satu food fest dengan fun fair dekat jugak lah dengan rumah kita." Teruja Ivy memberitahu kepada Tengku Ayyash.

"Sampai bila?" Tanya Tengku Ayyash.

"Sampai harini je, esok abang kerja kan? Tak boleh lah pergi hm...." Ivy membuat muka sedih pula. Dia nak pergi festival tu, tapi dalam masa yang sama dia kesian dengan Tengku Ayyash, dah penat drive lepastu esok kerja pulak.

"Kita pergi lepas isyak nanti." Naik senyuman di bibir Ivy. "Betul ke ni?" Soal Ivy dengan nada dan riak yang teruja.

"Hm." Terus Ivy bersorak gembira. Tak sabarnya Ivy nak makan semua benda. Segala jenis makanan mula bermain dan berlari di fikiran Ivy, Ivy menepuk-nepuk perutnya. Sabar sikit eh perutkuu, malam nanti akan ku belanjamu dengan makanan yang sedap-sedap!
.
.
.
.
.
.
.

"Ish asyik kalah je! Fade up lah, tak nak main dah!" Tengku Aysha bengang, dah dekat dua kali dia main game ni, tapi asyik kalah je! Hazeem yang berada di sebelah Tengku Aysha sudah tersenyum.

"Cepatnya give up Cik adik, tak nak ke hadiah-hadiah tu?" Perli pekerja lelaki yang menjaga bahagian permainan itu. Dia ni cabar Tengku Aysha ke apa?!

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ