17

1.3K 52 2
                                    

Suasana di dalam wad yang menempatkan Tengku Aysha itu sungguh sunyi, Puan Hanani entah pergi kemana. Hanya tinggal Hazeem dan Tengku Aysha sahaja di dalam wad tersebut.

Tengku Aysha yang masih terbaring di atas katil memusingkan tubuhnya menghadap ke sofa di sebelah kanannya. Hazeem yang duduk di atas sofa tersebut sedang tidur sambil bertongkatkan tangannya, dipandang lama oleh Tengku Aysha.

Lama dia menilik wajah Hazeem, baru dia sedar betapa kacaknya lelaki itu. Mula daripada matanya yang agak sepet sedikit, kening yang lerletak elok, hidung yang mancung dan bentuk bibir yang tidak nipis tidak tebal. Senang cerita semuanya sempurna lah!

Hazeem berasa tidak selesa, rasa seperti ada orang memerhatinya, dia membuka mata perlahan lahan dan terus nampak gadis yang berada di atas katil itu memandang tepat ke arahnya.

"Cik Aysha? Cik Aysha dah sedar?" Pantas Hazeem bangun daripada sofa dan terus pergi ke arah katil Tengku Aysha bagi memeriksa keadaannya.

"Awak ke yang selamatkan saya Hazeem?" Hazeem terkelu seketika sebelum mengangguk dengan perlahan. Hazeem melihat pula leher Tengku Aysha yang masih lagi mempunyai kesan merah akibat dicengkam oleh Harraz semalam. Rasa serba salah Hazeem semakin membuak buak...

"Thankyou Hazeem, you saved my life again..." Ucap Tengku Aysha seraya dengan ketawa yang perlahan. Hazeem tersenyum melihat Tengku Aysha. Sebelum memanggil doktor dan Puan Hanani bagi memaklumkan yang Tengku Aysha sudah sedarkan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ivy duduk di tepi kolam renang sambil menatap bulan dan juga bintang-bintang yang berkilau menghiasi langit pada malam itu.

Sejuk. Angin pada malam itu sungguh sejuk. Nasib dia memakai baju lengan panjang. Lama juga Ivy menatap langit, sehingga kan Tengku Ayyash berada di belakangnya dia juga masih tidak sadar.

"Kau tak tidur lagi?" Tengku Ayyash juga duduk bersila di sebelahnya.

"Tak, saya tak mengantuk lagi, awak pulak? Esok bukan awak kerja ke, kenapa tak tidur lagi?" Tengku Ayyash menghiraukan pertanyaan Ivy. Dia lebih fokus menatap langit.

Ivy menjegilkan matanya. Ivy menghiraukan sahaja Tengku Ayyash, buat sakit hati sahaja. Dia menyambung menatap langit sambil menikmati angin yang ditampar ke wajahnya.

"Kau ada something yang kau pendam ke Ivy?" Tiba-tiba soalan itu ditanya oleh Tengku Ayyash. Ivy terdiam sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak ada lah, nak pendam apa?" Tengku Ayyash ni memang betul ada guna ilmu ni. Suka muncul tiba-tiba eh lepastu boleh baca isi hati orang pulak ke?!

"You lied, nampak sangat dekat muka kau tu kau macam pendam sesuatu, Ivy Adelia binti Aqhar Qayyed."

"Jangan lah pendam seorang-seorang Ivy, kalau boleh kau kena share masalah itu dengan orang lain jugak.."

Ivy menundukkan pandangannya. "Saya boleh hadap tu seorang diri... Ayyash"

"Tsk hadap seorang-seorang konon, malam semalam yang kau nangis tu apa? menangis gembira ke Ivy?" Bukan Tengku Ayyash tak perasan, Pagi-pagi mata sembab lepastu pergi tuam pulak
dengan air batu, siapa je tak syak sesuatu.

Ini pun dia terdetik nak tanya kepada Ivy selepas Cik Mah sendiri yang menegur Tengku Ayyash untuk memeriksa keadaan Ivy.

Malam semalam sebelum Ivy tidur, dia akui yang memang dia ada menangis. Tapi tak ada lah menangis sampai mata sembab teruk... Cuma terkantoi pagi tadi yang dia ada amik air batu untuk redakan matanya itu. Ivy memang buat kerja tak clean ya.

"Ayyash.. Saya nak tanya awak sesuatu dulu, kalau awak jawab baru saya beritahu semua benda yang dah terbuku di hati ni." Ivy memandang ke arah Tengku Ayyash yang berada di sebelahnya...

"Tanya apa?"

"Malam selepas barbeque party dekat kafe tu, awak ke yang upah orang untuk ekori saya? Sampai ke rumah saya... Ayyash?" Jantung Ivy berdegup laju sambil menunggu Tengku Ayyash untuk menjawab pertanyaan itu.

"Bukan aku... Aku tak pernah upah siapa siapa untuk ekori kau, sebenarnya Ivy... ada seseorang tengah perhatikan kau sekarang." Ivy mengerutkan dahi selepas mendengar jawapan daripada soalannya itu.

"Ada orang tengah perhatikan saya? siapa, and kenapa?"

"I don't know who tapi aku rasa orang tu ada something, something berkaitan dengan Dato Aqhar, your dad."

"Jadi awak cuba untuk selamatkan saya daripada orang tu ke sekarang ni?" Tengku Ayyash mengangguk.

"Actually Ivy, aku nak berterus terang, Dato Aqhar tak pernah pun berhutang dengan aku, aku reka cerita supaya kau percaya." Jujur Tengku Ayyash. Ivy tergamam seketika. Sampainya hati Tengku Ayyash, sanggup menipu dirinya. Dia sangat yakin 100% yang ayahnya itu tidak akan berhutang sebanyak macam tu, dia kenal sangat perangai ayahnya itu, tidak suka berhutang dengan orang, malah orang yang berhutang dengannya sebenarnya!

"Tapi aku buat semua ni untuk tolong kau." Jelas Tengku Ayyash setelah melihat wajah Ivy yang sedikit kecewa tambahan dengan marah.

"Kenapa awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" Suara Ivy bergetar.

"Sebab aku dah diberi tanggungjawab,
tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." Tengku Ayyash manayangkan wajah serius kepada Ivy. Air mata Ivy yang sudah bergenang dari tadi akhirnya jatuh ke pipi.

"Sorry Ivy, aku tak bermaksud nak buat kau sedih tapi..."

"Saya masuk tidur dulu ya... Goodnight Ayyash." Ivy menyeka air matanya yang berada di pipi dan terus bangun meninggalkan Tengku Ayyash berseorangan di swimming pool tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ya allah nervousnya akuuu." Tiara memegang erat fail dokumen peribadinya. Dia sekarang sedang menunggu giliran untuk di temu duga.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tibalah gilirannya, Tiara bangun lalu memasuki bilik temu duga itu. Tak lupa sebelum masuk ke dalam bilik tersebut sempat Tiara membetulkan tudungnya. Biasalah perempuan kan kalau nampak benda bercermin je mesti nak betulkan tudung, biarlah tudung tu masih terletak elok je.

"Cik Tiara Afrina? Silakan duduk." Tiara menarik kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu dan melabuhkan punggungnya.

"Nama saya Alif Farhan, boleh saja panggil saya Encik Alif." Alif terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

Tiara mengangguk sambil tersenyum. Lelaki yang berada di hadapannya itu pun menyambung sesi temu duga tersebut.

"Cik Tiara pernah ada pengalaman menjadi personal asistant ke sebelum ni?"

Tiara menggelengkan kepalanya. Alif mengangguk lalu menanda borang yang berada ditangannya.

"Cik Tiara mudah berinteraksi dengan orang?" Tiara mengangguk dengan laju.

"Saya tiada masalah tentang comunicate, saya dulu johan tau untuk pertandingan berdebat masa sekolah menengah dulu." Alif ketawa. Details sungguh Tiara ni.

"Cik Tiara boleh uruskan jadual? Lebih lebih lagi jadual yang padat?"

"Boleh, saya memang pandai uruskan bab-bab jadual ni"

"Okay last questions, ini soalan yang betul-betul serius..."

"Baik, apa soalannya?"

"Cik Tiara ada kesabaran yang tinggi tak?" Muka Alif yang tadi ceria bertukar menjadi tegang. Nampaknya soalan ini memang memainkan peranan yang penting ya. Tiara diam seketika sebelum menganggukkan kepalanya. Biarlah sebenarnya dia mempunyai kesabaran senipis kulit bawang pun!

"Saya memang jenis orang yang penyabar!" Bohong Tiara. Alif mengangguk lalu mengeluarkan sehelai borang untuk diberi kepada Tiara.

"Baik, kalau macam tu Cik Tiara boleh tanda tangan dekat borang ni. Esok Cik Tiara dah boleh mula kerja." Tiara terus menandatangani borang tersebut.

Namun dia hairan, mengapa senang sekali dia diterima kerja. Macam ada sesuatu yang tak diingini akan berlaku nanti.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now