65 ( end )

1.8K 44 6
                                    

Datin Inara merenung lama pada kaca lut sinar berhadapan dengannya. Pintu di sebalik kaca lut sinar itu dibuka. Kelihatan seorang lelaki berbaju biru tua keluar daripada pintu tersebut bersama seorang warden penjara. Haiqal memandang Inara sebelum duduk berhadapan dengannya.

Datin Inara mengambil telefon yang tersedia di meja tersebut terlebih dahulu. Haiqal juga turut melakukan hal yang sama selepas melihat Datin Inara meletakkan telefon tersebut di telinganya.

"Kenapa kau datang sini tiba-tiba?" Haiqal menyoal Datin Inara. Datin Inara masih lagi merenung Haiqal.

"Salah ke aku nak melawat kawan sendiri?" Balas Datin Inara.

Haiqal tersenyum senget sambil menunduk ke bawah.

"Nara... Maafkan aku..." rayu Haiqal. Datin Inara masih sama, tiada respon, hanya merenung Haiqal sambil meletakkan telefon di telinganya.

"Maafkan aku sebab hampir hancurkan keluarga kau..." Sambung Haiqal lagi.

"Aku dah maafkan kau, semua dah maafkan kau. Tapi untuk lupa apa yang kau dah buat pada kami, kami tak pernah lupa Haiqal, benda tu dah terpahat dalam hati." Balas Datin Inara dengan nada suara yang dingin dan tidak berperasaan.

"Aku rasa berdosa sangat Nara, aku berdendam sangat dengan Aqhar, dia dapat lebih daripada aku... Dia dapat kau... Aku terikutkan kata hati aku sampai aku sanggup buat kerja terkutuk macam tu."

"Aku bunuh anak dan istri aku sendiri Nara... Aku memang tak layak digelar manusia." Haiqal tersenyum pahit.

"Kau tahu Haiqal, dulu masa kau menghilang lepas aku cakap yang aku nak kahwin, aku gigih cari kau, merata aku cari... Kau je satu-satunya kawan yang paling aku rapat masa tu, aku tak pernah sangka pun yang aku akan kehilangan kau." Haiqal mengangkat wajahnya memandang Datin Inara yang berada di sebalik kaca lut sinar itu. Mata Datin Inara mula berkaca.

"Aku tak tahu apa salah aku sampai kau nak menghilangkan diri daripada aku,"

"After ten years, we finally meet again, tapi aku still rasa yang kau jauh daripada aku, macam bukan Haiqal Huzair yang aku kenal."

"Kita dah kenal lama Haiqal, dari kita sekolah menengah lagi sampai lah kita masuk universiti sama-sama, ikutkan persahabatan kita sekarang ni dah 38 tahun sekarang, but you're betrayed me, you betrayed our friendship Haiqal Huzair. Aku tak kisah kau nak hancurkan hidup 'kawan baik' kau ni, tapi kenapa kena libatkan anak aku?" Kening Datin Inara terjongket semasa menyoal Haiqal. Sumpah dia tak kisah langsung jika Haiqal mahu menghancurkan hidupnya jika itu yang dia mahu, tapi mengapa perlu libatkan hidup anaknya sekali?

"Muka anak kau... Muka dia sama macam kau Nara..."

"Tapi dia bukan aku Haiqal, dia bukan aku. Ivy Adelia tak akan pernah sama macam Inara Alisa. Aku nak beritahu kau satu benda sebelum aku balik ni."

"Inara Alisa is forever belongs to Aqhar Qayyed and Ivy Adelia is forever belongs to Tengku Ayyash Hakimi, you'll need to remember that. Kau tak boleh ubah apa yang Allah dah aturkan." Baru sahaja Datin Inara ingin meletakkan telefon, Haiqal membuka mulut kembali.

"Maafkan aku Nara..." rayu Haiqal sekali lagi. Air mata di pipi Haiqal mula deras mengalir.

"Minta maaf dekat Allah, Haiqal. Aku doakan semoga kau insaf atas perbuatan kau sebelum ni, aku harap kau dapat lebih dekatkan diri dengan Allah dekat dalam tu. Aku pergi dulu, asalamualaikum." Datin Inara meletakkan telefon dan terus bangun daripada kerusi. Datin Inara laju memapak kaki ke pintu keluar, sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang semula.

Haiqal memerhati kelibat Datin Inara melalui kaca lut sinar sehingga ia hilang dari pandangannya. Ya allah, aku memohon padamu, ampunkan aku ya allah.

Sebaik sahaja Datin Inara keluar daripada pintu tersebut, Dato Aqhar bangun daripada kerusi. Datin Inara mengelap air mata yang jatuh ke pipinya.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now