48

1K 30 0
                                    

"Hiks... Kenapa cerita ni sedih sangat?" Tiara menghembus hingusnya pada tisu.

"Scene sedih tu dah lepas Tiara Afrina, kau nangis sebab apa pulak ni?" Ivy menyuap kerepek kentang ke dalam mulut.

"Aku nak move on dah tau, kenapa dia muncul pulak tadi... Huwaaa!" Tiara menekup mukanya menggunakan bantal pula.

"Siapa? Rayden? Padan muka kau hahahaha." Ivy ni tak support dia langsung!

"Tu lah kau, orang dah nak kau, kau pulak buat masalah. Nak menyesal tak guna dah?" Tengku Ayyash dan menceritakan semua dah dari A sampai lah Z, memang betul lah Tiara sendiri yang salah dalam masalah diaorang tu.

"Salah aku sebab libatkan family dia dalam hal kitaorang... Salah aku sebab aku terbawak-bawak perangai budak-budak aku tu dalam relay kitaorang... Salah aku sebab suka paksa dia..." Tiara memejamkan matanya. Sorry Rayden, saya mintak maaf sangat-sangat.

Ivy tersenyum kecil memandang Tiara. "Kau dah tahu salah kau sekarang, kau nak dia lagi tak?"

"Aku nak dia... Tapi... Entah lah." Kalini senyum Ivy semakin lebar.

"Aku sayang dia Lia, aku nak jadi isteri dia, aku nak dia jadi milik aku..."

"Tapi pada masa yang sama aku takut. Aku takut kalau aku tak dapat jadi yang terbaik untuk dia. Kau tengok je lah, belum kahwin lagi, kitaorang dah macam ni." Tiara mengeluh.

"Tiara, kau kena yakin dengan diri kau, mana boleh mindset kau terus macam ni. Kau kena berubah jugak, kalau tidak bukan setakat Rayden, lelaki lain pun tak nak dekat kau."

"Ish jahatnya kau! Sampai lelaki lain tak nak dekat aku!" Tiara memeluk tubuh. Geram dengan nasihat Ivy.

"Betul lah aku kan kawan yang baik?" Ivy menyuap lagi kerepek kentang ke dalam mulut. Dia membelek pula plastik kerepek kentang itu untuk memeriksa tarikh luput.

"Dah nak habis dah kerepek tu, baru nak check expired ke?"

"Lambat lagi expired masalahnya, asal aku rasa macam nak muntah pulak makan benda ni?" Ivy menghulur plastik tersebut ke arah Tiara.

"Cuba kau rasa?" Tiara mengambil plastik dari tangan Ivy dan menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Okey je?" Tiara menghulur kembali plastik itu ke Ivy. Ivy menolaknya, "Aku tak nak lah, kau habiskan tau. Kepala aku pening pulak. Aku naik atas dulu." Ivy bangun lalu meninggalkan Tiara yang masih duduk di atas sofa.

"Lia entah-entah betul kau dah..." Laju Ivy berlari menaiki tangga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ada latest collection tak?" Pekerja wanita itu mengangguk.

"Ada miss, sekejap ya saya ambil." Madihah juga mengangguk.

"Dihah, okey tak beg ni dengan mama?" Puan Shazira menunjukkan beg tangan berjenama dior itu ke arah Madihah.

"Cantik lah mama, sesuai sangat dengan mama!" Madihah mencicip jus oren yang tersedia di atas meja bersebelahan dengan kerusinya.

Pfttt

Hampir sahaja tersembur jus oren dari mulut Madihah, nasib dia sempat menutup mulutnya menggunakan tangan.

"Madihah Sharmila! You nak pergi mana tu?" Soal Puan Shazira apabila melihat Madihah laju ingin keluar dari butik.

"Wait mama, Madihah sakit perut pulak, nak pergi toilet kejap. I'll be back!"

Mata Madihah meliar mencari kelibat orang yang dia temui tadi.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now