56

950 33 0
                                    

"Kau kalah!" Tengku Asyraf ketawa sebaik sahaja Tengku Ayyash kalah dalam permainan catur.

"Tahniah, akhirnya menang jugak lepas kalah dengan aku lima kali," kaki Tengku Ayyash disilang, jam di tangan dipandang sekilas olehnya. Mana Tengku Aysha ni, nak dekat pukul enam tak reti-reti nak balik lagi ke?

"Rilek lah Ayyash, kejap lagi balik lah budak tu." Santai betul nada Tengku Asyraf. Orang tengah serius dia boleh lagi tenang macam tak ada apa-apa berlaku.

Tengku Ayyash menghela nafas berat. Dia fikir nak balik ke rumahnya je sekarang ni.

"Ara nak dapat adik nanti." Tengku Ayyash terus mengangkat wajahnya memandang Tengku Asyraf.

"Mel mengandung, dah tiga bulan..." Tengku Ayyash mengangguk. Kejap, kenapa Tengku Asyraf macam tak gembira langsung.

"Pastu kenapa muka kau macam tu?" Soal Tengku Ayyash. Cawan kopi dibawa ke mulut.

"Lepasni aku ada saingan lagi!..." Tengku Asyraf merengek. Lah itu je ke?

"Umi dengan abi dah tahu ke?" Tengku Asyraf mengangguk.

Pintu pagar dibuka, Tengku Ayyash dan Tengku Asyraf terus berpaling pada pagar. Kelihatan kereta Tengku Aysha sedang bergerak ke parking.

Tengku Aysha keluar dari kereta, matanya terus bertembung dengan anak mata milik Tengku Ayyash. Tengku Ayyash sedang merenung tepat ke arahnya. Berbeza pula dengan Tengku Asyraf yang duduk di belakang Tengku Ayyash, dia memandang Tengku Aysha dengan tatapan yang biasa. Tengku Aysha menarik dan mengembus nafas sebelum berjalan ke arah kedua abangnya.

"Aysha pergi mana?" Tanya Tengku Asyraf. Tengku Aysha diam sebelum membalas, "Pergi rumah Madihah." Untuk ke sekian kalinya, Madihah menjadi alasannya untuk menipu.

"Aysha ingat abang nak percaya?" Tengku Asyraf bangun daripada kerusi. Tangan disilang pada dada. Wajah Tengku Aysha dipandang lama oleh Tengku Asyraf.

"Betul lah. Dah lah Aysha nak masuk dulu, Aysha penat baru lepas habis buat assignment..." Baru sahaja Tengku Aysha ingin menyambung perjalanannya ke dalam rumah, pergelangan tangan dipegang oleh Tengku Ayyash. Pergelangan tangan Tengku Aysha dicengkam oleh Tengku Ayyash.

"Apa abang Ayyash ni?! Sakit lah!" Tengku Aysha ingin menepis tangan Tengku Ayyash dari pergelangannya, Tengku Ayyash makin menguatkan cengkaman.

"Kau pergi mana? Orang tanya elok-elok cuba jawab elok-elok!" Tengking Tengku Ayyash. Bahu Tengku Aysha terenjut. Tengku Ayyash mula hilang sabar dengan sikap selamba Tengku Aysha. Makin menjadi-jadi dia ni.

"Kenapa abang Ayyash tanya? Bukannya Aysha pergi buat benda buruk pun..." Balas Tengku Aysha perlahan. Kepala ditunduk ke bawah.

"Dah kalau orang tanya pergi mana, cuba jawab betul-betul. Abang tak kisah pun kau nak pergi buat benda buruk ke benda itu ke, cuba fahamkan soalan sikit, Tengku Aysha Hanisah." Marah Tengku Ayyash.

"Sampai bila nak tipu Aysha? Kau ingat aku tak tahu? Madihah datang sini jumpa dengan umi haritu. Dia dah bagitahu semua benda dekat umi. Sampai hati kau buat umi macam tu eh Aysha? Sejak bila kau berubah jadi macam ni?!"

"Aysha, apa lagi yang tak cukup. Apa lagi yang kurang, kitaorang dah bagi yang terbaik dah untuk Aysha, tapi kenapa Aysha balas macam ni dekat kitaorang?" Tengku Aysha mengetap bibir. Nada Tengku Asyraf menyoal Tengku Aysha begitu lembut, memang berbeza sangat dengan cara abang keduanya.

"Aysha jumpa kawan Aysha..." Akhirnya pertanyaan Tengku Asyraf dan Tengku Ayyash dijawab oleh Tengku Asyraf.

"Kawan yang mana?" Nada Tengku Ayyash masih lagi dingin menyoal Tengku Aysha.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now