25

1.2K 50 2
                                    

Baru sahaja Ivy ingin menuangkan ubat pada cotton pad untuk disapu pada lehernya itu, pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

"Lia, Lia ada dekat dalam tak?" Kedengaran suara Puan Hanani disebalik pintu.

"Lia ada dekat dalam ni, umi." Balas Ivy.

"Boleh umi masuk?"

"Masuklah umi." Pintu bilik Ivy pun dibuka perlahan lahan oleh Puan Hanani. Ivy yang sedang duduk di atas katil dipandang lama berserta senyuman manis di bibirnya.

"Kenapa ni umi?" Puan Hanani mengambil tempat di sebelah Ivy. Cotton pad dan ubat yang berada ditangan Ivy diambil oleh Puan Hanani.

"Umi nak bagitahu Lia sesuatu ni, boleh kan?" Tangan Puan Hanani pula sibuk menuangkan ubat cecair itu ke cotton pad  yang akan disapu pada leher Ivy. Ivy menganggukkan kepalanya.

"Umi dah fikir masak-masak... And dah bincang dah dengan abi. Umi ingat umi nak masuk minang kamu untuk Ayyash." Cotton pad itu disapu perlahan-lahan pada leher Ivy.

Ivy terdiam sejenak sebelum membuka mulut. "Kenapa tiba-tiba je umi nak masuk minang Lia?" Puan Hanani tersenyum.

"Kenapa salah ke Lia... ke Lia tak setuju?..." Pantas Ivy membantah,

"Eh bukan macam tu umi... Lia dah banyak menyusahkan Ayyash, menyusahkan keluarga ni..." Puan Hanani mengeluh dengan perlahan.

"Mana ada Lia menyusahkan kami." Tangan Puan Hanani membuka plastik plaster yang akan ditampal pula pada leher Ivy.

"Kalau Lia kahwin dengan Ayyash, Lia akan bahayakan nyawa dia, kalau tiba tiba orang yang serang Lia tu dia serang Ayyash pulak macam mana?"

"Orang tu mesti nak Lia mati... kalau macam tu biar je Lia seorang yang kena, Lia tak nak babitkan orang luar pulak.." Puan Hanani pun mengusap wajah Ivy. Puan Hanani menggeleng.

"Lia tak boleh cakap macam tu, Lia umi dah anggap macam keluarga sendiri, kenapa Lia cakap orang luar pulak?"

"Umi dah anggap kamu macam anak umi sendiri, jadi jangan pernah anggap kami ni sebagai orang luar untuk Lia." Air mata Ivy yang tadi bergenang jatuh menitis ke pipi. Puan Hanani mengelap air mata Ivy yang sudah membasahi pipinya itu.

"Umi... Umi boleh bagi Lia masa kan?.." Puan Hanani mengangguk.

"Ambillah sebanyak masa yang Lia nak untuk fikir, umi akan tunggu jawapan Lia." Ivy memeluk Puan Hanani.

"Dah Lia, janganlah nangis, nanti tak comel." Ivy pun ketawa, ada-ada saja Puan Hanani ni.
.
.
.
.
.
.
"Iya uncle, nanti Eriq sampai." Baru sahaja dia ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang.

"Encik Megat Eriq kan?" Megat Eriq pun mengangguk.

"Sila ikut kami ke balai." Dahi Megat Eriq berkerut. "Kenapa saya kena pergi balai pulak?"

"Encik ditahan atas kesalahan pengubahan wang haram dan juga penyalahgunaan bahan terlarang." Ujar pegawai polis itu.

Megat Eriq menggeleng "Saya rasa Encik dah salah orang ni, saya tak buat benda-benda macam tu!" Tangannya telah digari oleh pegawai polis.

"Kami ada bukti yang kukuh." Seorang lagi pegawai polis menunjukkan sekeping gambar dimana Megat Eriq sedang membeli barang terlarang itu. Terus pucat muka Megat Eriq.

"Itu bukan saya! Mesti pelanduk dua serupa." Haih Megat Eriq ni cuba jadi bijak sikit, mana ada benang yang basah boleh tegak?

"Pelanduk dua serupa ke, telinga kucing serupa ke. Kita selesaikan dekat balai ya Encik Megat Eriq, dekat sana Encik boleh bagi keterangan lanjut." Megat Eriq dibawa ke masuk ke dalam kereta polis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tuan, harini jadual Tuan sikit je. Tuan ada lunch meeting dengan Encik Haiqal lepas zohor nanti... Tuan dengar tak?" Tengku Ayyash sibuk mengelamun, entah dengar atau tidak apa yang diujarkan oleh Daniel tadi.

"Aku dengar, teruskan." Daniel meletakkan semula ipad yang berada ditangannya tadi ke atas meja Tengku Ayyash.

"Tuan tahu kan Megat Eriq tu dah kena tangkap, apa yang Tuan risau lagi?"

Tengku Ayyash yang melaporkan Megat Eriq kepada pihak polis, bukti dah memang ada ditangannya jadi siasatan tu boleh berjalan dengan lancar.

"Tak, bukan tu." Daniel mengeluh. Kenapa kebelakangan ni Tengku Ayyash suka mengelamun? Sebelum ni tidak pun. Ke dia tengah angau bercinta? Eh tak kan lah angau bercinta sampai macam ni. Pelbagai soalan bermain dan berlari di fikiran Daniel.

"Aku tak rasa Megat Eriq yang buat semua benda ni..." Terus tersedar lamunan Daniel. Tadi dia beria menegur Tuan Ayyash duk termenung. Dia pun sama naik saja!

"Apa maksud Tuan?" Tengku Ayyash bangun daripada kerusinya dan duduk di atas sofa pula.

"Bila budak tu cakap Megat Eriq yang buat... Seorang lagi tu nampak macam lega? Maybe dia ingat member dia tu akan jawab jawapan yang betul... Tapi member dia bagi kita jawapan yang, salah." Bukan Tengku Ayyash tidak perasan semalam. Lelaki itu menghembus nafas lega selepas kawannya itu menjawab pertanyaan Tengku Ayyash.

"Itulah saya pun pelik. Kenapa senang sangat kita dapat jawapannya..." Daniel juga turut mengambil tempat di hadapan Tengku Ayyash.

"Dah lah, aku pergi meeting tu dulu, kau tak payah ikut lah." Daniel mengangguk. Tengku Ayyash bangun daripada sofa dan terus menolak pintu untuk keluar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tengku Ayyash mencicip secawan americano sementara menunggu Encik Haiqal untuk sampai.

"Sorry Ayyash, uncle lambat, dah lama ke kamu tunggu?" Tengku Ayyash menggeleng sambil tersenyum.

"Takde lah uncle, Ayyash pun baru je sampai ni. Duduklah uncle." Haiqal mengambil tempat berhadapan dengan Tengku Ayyash.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Rasanya dah nak dekat 13 tahun dah... Masa tu pun Ayyash baru je habis sekolah. Tengoklah sekarang, dah sado dah. Kalah uncle." Tengku Ayyash dan Haiqal ketawa.

"Itulah, uncle pun makin tua makin hensem." Puji Tengku Ayyash pula. Tapi kalau ditilik wajah Haiqal, dia macam ada seiras dengan seseorang, tapi otak Tengku Ayyash tidak dapat mentafsir siapa yang seiras dengan Haiqal.

"Ada ada je lah kamu ni Ayyash... Abi kamu sihat? Asyraf dah ada anak kan? Aysha pulak sekarang sambung belajar dekat mana?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Tengku Ayyash.

"Abi sihat je, sekarang abi tengah sibuk dengan resort baru dia tu, Haah Asyraf dah ada anak dah, perempuan. Aysha pulak sambung belajar dekat-dekat sini je, dekat UM and ambil kos pentadbiran perniagaan." Haiqal mengangguk faham.

"Ivy pulak macam mana?" Tengku Ayyash pun terhenti daripada mencicip kopinya itu. Dia memberi pandangan keliru kepada Haiqal.

"Oh, uncle saja tanya sebab haritu masa majlis Mr Aurclair, uncle ada nampak Ivy dengan Ayyash sama-sama, uncle ingat dia girlfriend kamu."

"Ivy, baik-baik je uncle... Sebenarnya kenapa uncle nak jumpa dengan Ayyash ni? Pasal hal kerja ke?"

"Sebenarnya uncle saja nak jumpa kamu. Susah tau uncle nak ajak kamu berjumpa macam ni." Tengku Ayyash mula merasakan firasat yang buruk.

"Uncle boleh je datang rumah atau call Ayyash sendiri." Haiqal tersenyum.

"Dah pesan makanan ke?" Tengku Ayyash menggeleng.

"Kalau macam tu pesanlah, uncle belanja. Waiter!" Panggil Haiqal.

Tengku Ayyash merenung lama lelaki tua itu. Mungkin perasaan kau je kut yang over Ayyash.

Dia pun menghabiskan kopinya itu.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ