40

1.3K 40 1
                                    

Suasana pada malam hari di rumah Hajah Halimah dan Haji Hisham sungguh meriah. Ni belum campur kesemua cucu ni. Kalau semua cucunya balik auto meriah rumah. Ivy, Hajah Halimah dan Dyana sibuk membawang di dapur. Haji Hisham pula sibuk menonton tazkirah di ruang tamu. Tengku Ayyash dan Edrian macam biasa lah sibuk berbual di luar rumah.

Dareeq menghela berat nafasnya. Telefonnya itu dimatikan lalu dimasukkan ke dalam poket seluar track. Baik dia ambil angin di luar.

Edrian mengambil tempat jauh sedikit daripada Tengku Ayyash dan Edrian. Dia mahu bersendirian seketika. Kotak rokok dikeluarkan dan dia mengambil sebatang. Fikirannya mula kusut dengan pelbagai masalah. Sedar tak sedar dia dah habiskan tiga batang rokok dah. Teruk sangat ni masalahnya.

"Gila lah Dareeq, nak dekat empat batang dah kau hisap ni!" Dareeq hanya mengendahkan teguran Edrian. Tengku Ayyash merampas lighter di tangan Dareeq. Tak sempat dia nak membakar.

"Kau nak apa Ayyash? Jangan acah caring lah." Tengku Ayyash mencampak lighter tersebut jauh daripada Dareeq. Semoga tak kena dekat kepala orang je lah.

"Aku tak nak opah sedih kalau kau mati awal." Eleh bitter lah Tengku Ayyash ni. Cakap je lah yang kau risau dekat Dareeq.

"Kau kalau ada masalah share lah dengan kitaorang Dareeq, dari dekat dusun tadi aku tengok kau duk buat muka ketat tu." Edrian mengambil tempat di sebelah Dareeq. Tengku Ayyash juga sama.

"Nak share dekat dia ni?" Dareeq menjeling sekilas Tengku Ayyash.

"Share je lah. Mana tahu aku boleh tolong ke?"

"Aku tak tahu nak share macam mana..." Dareeq menunduk kepalanya memandang tanah. Edrian dan Tengku Ayyash berpandangan antara satu sama lain sebelum Edrian membuka mulut.

"Kau gaduh dengan tunang kau ke Dareeq?" Riak Dareeq mula berubah sejak Edrian menyebut tentang tunangnya tadi. Dareeq mengangguk perlahan.

"Aku tak faham dia nak apa lagi weh. Aku rasa dah cukup dah kut apa yang aku dah bagi dekat dia. Dia nak itu aku belikan, dia nak ni aku buat. Tapi masih lagi tak cukup dekat mata dia."

"Aku dah penat weh asyik gaduh dengan dia. Sampai aku rasa macam dah bosan dengan dia."

"Perempuan ni senang je Dareeq, dia tak nak pun hadiah-hadiah mahal atau berjenama sebenarnya. Dia just nak kau luangkan masa dengan dia. Kau luang tak masa dengan dia?" Soal Edrian sambil memandang ke arah Dareeq. Dareeq menggeleng. Dia memang betul-betul sibuk sampai tak boleh luangkan masa bersama Selena. Mungkin lama-lama wanita itu boleh tawar hati dengannya.

"Tapi love language dia bukannya quality time pun..."

Pap

Belakang kepala Dareeq dipukul oleh Tengku Ayyash. Penat dah dia tengok kebodohan seorang Dareeq ni. Orang nak bertunang, dia pun sibuk nak jugak. Tapi tak pernah nak ambil tahu macam mana nak jaga perasaan orang.

"Kau ni apa pasal Ayyash?!" Dareeq menggosok belakang kepalanya yang baru dipukul oleh Tengku Ayyash.

"Biar otak kau okay sikit. Perempuan semua suka quality time. Mulut je cakap tak nak, tapi hati kata lain. Patutlah kau banyak kali putus dengan perempuan!"

"Call dia. Kitaorang nak dengar kau pujuk dia macam mana." Dah gila agaknya Tengku Ayyash ni. Privasi orang ni!

"Ah kau tak kan aku nak call dia depan kauorang?!"

"Buat je lah Dareeq, kau tak nak kitaorang tolong ke?" Edrian memicit kelopak matanya.

Dareeq akur lalu dia mengeluarkan telefon dan mencari nombor Selena. Dia pandang lama nombor wanita itu. Kenapa lah dia ambil angin dekat luar ni? Tahu-tahu dia tidur saja tadi. Jarinya mula menekan nombor Selena. Pembesar suara dibuka agar dapat didengari oleh Edrian dan Tengku Ayyash.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now