3

2K 55 6
                                    

Sebaik sahaja Ivy membuka pintu biliknya, hidungnya menangkap bau perfume kegemaran Datin Inara.

"Mummy, Ivy tak tahu lah nak pilih yang mana cuba mummy pilihkan."

"I think this one, this smell really suit with you baby, bau bau soft vanilla lepastu campur dengan mint, favourite mummy ni, so wangi!" Datin Inara menghulur botol perfume yang berwarna pink itu kepada Ivy.

"Alright, Ivy amik yang ni lah, jom kita bayar." Ivy menarik lengan Datin Inara dan terus pergi ke kaunter untuk membayar.

Lama Ivy menatap bingkai gambar yang terletak di atas meja di sebelah katilnya. Gambar yang diambil ketika hari graduasinya tahun lepas. Bahagia sungguh dia di dalam gambar tersebut.

"Daddy dengan mummy ajar Ivy cara untuk berdikari, tapi daddy dengan mummy tak ajar Ivy cara untuk hidup tanpa daddy dengan mummy..." Ivy mengambil bingkai gambar yang berhabuk tersebut lalu mengusapnya.

Ivy merebahkan badannya ke atas tilam empuknya dia masih lagi tidak melepaskan bingkai gambar, malah dia memeluk erat bingkai gambar tersebut. Ivy memejamkan matanya lalu dia dibuai mimpi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ivy turun ke bawah dari tingkat atas untuk bersarapan, sejujurnya dia tidak ada pun selera untuk makan, tapi dia takut maksunya terasa pula jika dia hanya terperap sahaja di dalam bilik.

"Ivy dah bangun? Meh sini breakfast sekali." Panggil Uwais. Ivy menarik kerusi berhadapan dengan Uwais lalu melabuhkan punggungnya.

Atirah pula sedang mencedok nasi goreng ayam kedalam pinggan untuk diberikan kepada Ivy.

"Mak su letak sikit je, Ivy takut tak habis pula."

"Semalam Ivy tak makan apa apa kan? Katrina beritahu dekat mak su yang Ivy minum air je tak jamah pun makanan dekat hospital tu."

Ivy hanya diam memandang pinggan yang berisi nasi goreng ayam itu. Dia memang lapar, lebih-lebih lagi apabila dia melihat makanan kegemarannya itu namun dia tak boleh, setiap kali dia makan dia akan mengeluarkannya kembali seolah-olah dia sudah kenyang padahal perutnya masih kosong.

Ivy menyuap nasi goreng ayam itu kedalam mulutnya. Dia rasa berselera pula, perutnya itu memang memilih ya! Atirah dan Uwais tersenyum melihat Ivy mempuyai selera untuk makan.

"Ivy, lusa mak su dengan pak su dah kena balik toronto..." Ujar Atirah

Ivy mengangkat wajahnya memandang Atirah. Ivy menunggu Atirah untuk menghabiskan percakapannya.

"Mak su dengan pak su ingat nak ajak Ivy ikut kami sekali tinggal dekat sana."

"Mak su dengan pak su takut Ivy duduk seorang seorang dekat sini ke? Mak su dengan pak su janganlah risau Ivy okay je lah duduk seorang dekat sini. Ivy nak berdikari dekat sini, Lagi pun daddy memang nak Ivy berdikari, Ivy tak nak susahkan orang lain." Ivy menolak permintaan Atirah dan Uwais untuk tinggal bersama mereka di toronto.

"Ivy yakin Ivy boleh tinggal seorang diri dekat sini?" Tanya Uwais pula.

Ivy senyum "Pak Su janganlah risau, Ivy yakin 100% i can take care of myself."

Atirah dan Uwais saling berpandangan. "Ivy please ikut lah kami tinggal dekat sana." Atirah terus memujuk Ivy.

"Sayang, janganlah paksa kalau Ivy tak nak, Ivy mesti ada cita-cita sendiri dekat sini." Atirah mengeluh.

"Sorry mak su, betul cakap pak su tu Ivy nak jaga company daddy dekat sini." Ivy menyentuh tangan Atirah yang masih memegang sudu.

"It's okay Ivy, mak su faham... Dah-dah sambung makan tu cepat nanti Cik Ila nak kemas pulak ni." Mereka semua pun sambung menjamu selera.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Boss, perempuan tu dah keluar hospital semalam."

"Dah keluar? Jadi perempuan tu dekat rumah dia lah kan sekarang?"

Lelaki itu menganggukkan kepalanya. "Jadi, boss nak buat apa sekarang?"

"Tengok je dulu selama mana dia boleh bertahan."

"Ha lagi satu boss, mayat dia masih lagi tak jumpa sampai sekarang."

"Aku tahu, Kau tak payah nak jelaskan dengan details, aku tak rasa dia dengan bini dia tu dah mati, pasti dia sembunyi dimana-mana."

"Dah kau boleh keluar kut, sakit mata aku tengok kau berdiri dekat situ lama-lama." Lelaki itu mengangguk dan keluar setelah mendengar arahan tuannya.

"Aqhar, Aqhar hahahaha pandai kau nak menyorok ya kau fikir aku bodoh ke? Tengok je lah apa aku akan buat, anak kau boleh jatuh dalam tangan aku bila-bila masa je lah Aqhar." Dia membuka laci mejanya lalu mengeluarkan sekeping gambar seorang wanita.

"Ivy Adelia such a beautiful name with a beautiful face, also... Beautiful brain." Lelaki itu kembali menyimpan gambar Ivy kedalam laci mejanya.
.
.
.
.
.
.
.
.

📍 KLIA

"Ivy betul ke Ivy boleh stay dekat sini seorang seorang?" Atirah benar-benar risau akan anak saudaranya seorang itu.

"Mak su ni! Ivy dah 25 years old lah, don't worry Ivy boleh handle semua ni." Uwais tersenyum mendengar perbualan dua beranak ni.

"Ish tapi mak su nak jugak Ivy ikut kitaorang pergi toronto dekat sana tu banyak art gallery tau. Mak su nak bawak Ivy jalan-jalan dekat sana nak harapkan pak su kamu ni asyik kerja je!" Atirah menjeling Uwais yang berada disebelahnya.

"Next time lah mak su, Ivy pergi toronto lepastu kita jalan-jalan dekat sana dengan baby A." Ivy menggosok perut Atirah yang masih lagi kempis. "Ya lah Ivy ya" Mereka berdua pun berpelukan.

"Sayang, tu flight dah memanggil, Ivy pak su dengan mak su pergi dulu ya, makesure Ivy jaga diri elok-elok ya dekat sini." Ivy mengangguk kepalanya. Ivy bersyukur sekurang-kurangnya masih ada lagi orang yang menyayanginya.

"Bye, Ivy!" Lambai Atirah dan Uwais. Ivy membalas lambaian mereka sehinggalah sosok tubuh mereka hilang dari pandangan Ivy.

"Jom Ivy, kita balik."

"Cik Kat, sekarang Ivy dah boleh pergi kubur mummy and daddy kan?"

Katrina terdiam seketika. Macam mana dia nak menjelaskan kepada Ivy bahawa sebenarnya mayat Dato Aqhar dan Datin Inara masih lagi tidak dijumpai. Rafael lah ni lantang sahaja mulutnya mereka cerita. Tengok lah siapa sekarang yang nak kena cover?!

"Ivy, sebenarnya I pun tak tahu dekat mana kubur Tuan dengan Puan... Sorry Ivy, masa Ivy accident, I dengan Rafael dekat Thailand that time bila kami dapat je call from Uwais, dia beritahu apa yang dah jadi kitaorang pun rushing nak balik Malaysia but Rafael salah beli ticket so I tak sempat nak jumpa dengan diaorang...."

"Tak apa lah Cik Kat, kita balik je lah terus." Jelas terpapar wajah kekecewaan Ivy. Katrina menghebus nafas lega, nasib baik alasannya munasabah dan diterima oleh Ivy walaupun nampak Ivy kecewa.

'Sorry Ivy I have to do this...' Ucap Katrina dengan kesal didalam hatinya.

Mereka berjalan ke parking kereta dan menuju untuk pulang ke rumah.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now