41

1.3K 36 0
                                    

Tiara menatap lama pada siling biliknya yang penuh dengan pelekat-pelekat bintang glow in the dark. Matahari dah tegak atas kepala dah tapi dia masih lagi tak berganjak dari katilnya. Kalau Puan Raisya ada dekat rumah ni memang pagi-pagi lagi Tiara dah berperang di dapur.

Dekat luar macam riuh, padahal cuma ada Tuah dengan Tiara sahaja di rumah. Encik Tahir dan Puan Raisya pula balik ke kampung Encik Tahir. Dia dengan Tuah malas nak ikut, diaorang tak rapat sangat dengan belah sana.

Tiara bangun daripada katilnya. Baju tidur kelawar dibetulkan sebelum dia mengambil kain tuala serta baju dan berjalan ke arah pintu. Kain tuala disangkut ke atas kepala.

"Akh, asal bising sangat ni? Kacau je orang nak tidur!" Tiara melibas kepala Tuah yang masih ralit bermain ps5 menggunakan bajunya.

"Eh kau dah bangun dah Tiara?" Tuah yang baru keluar dari dapur dengan membawa dua gelas di tangan menegur Tiara. Tiara menggosok-gosok matanya. Kalau Tuah dekat situ, siapa yang dia libas tadi?

Tiara laju menunduk memandang orang yang turut memandangnya. "Rayden?!"

"Tiara... Rambut kau!" Tiara tersedar yang kain tuala tadi hanya menutup separuh kepalanya sahaja. Rayden sudah menundukkan pandangannya dah. Cepat-cepat Tiara menarik kain tuala agar menutupi keseluruh kepala dan berlari menuju ke tandas. Dasar abang tak guna. Kenapa pulak tiba-tiba Rayden ada dekat rumah dia ni!

Hubungan Tiara dengan Rayden pun masih lagi tidak baik. Dekat seminggu jugak lah Tiara mendiamkan diri. Tak bertegur langsung dengan Rayden. Semua pujuk rayu Rayden hanya sia-sia. Tak di endahkan langsung oleh Tiara. Silap besar lah buat hati seorang Tiara kecewa.

Selesai membersihkan diri, Tiara melilitkan kain tuala pada kepala sebelum keluar dari tandas. Nasib baik dia terdetik hati nak pakai baju berlengan panjang. Ikut kan jarang lah Tiara nak pakai baju lengan panjang kalau duduk dekat rumah kecuali kalau ada tetamu je, baru dia pakai.

Bukak sahaja pintu tandas, terus dia nampak kelibat Rayden yang duduk di atas kerusi dapur. Rayden tunggu dia sampai habis mandi ke? Perasan akan pintu tandas yang dibuka, Rayden bangun daripada kerusi.

"Tiara boleh kita cakap sekejap?"

"Saya nak pergi bilik saya sekejap... Awak tunggu lah dekat luar rumah. Kita cakap dekat sana." Tiara langsung tidak memandang wajah Rayden. Rayden hanya mengangguk faham dan terus keluar daripada dapur.

"Kenapa awak datang sini Rayden? Kalau awak datang sini sebab nak pujuk saya, baik awak balik je." Tiara keluar dari rumah dengan bertudung sarung.

"Saya dah lama tak jumpa dengan Tuah. Itu yang saya datang ni..." Sempat dia memikirkan alasan apa yang sesuai untuk diberikan kepada Tiara.

"Tiara, awak betul-betul taknak kahwin dengan saya ke?" Jelas sangat wajah Rayden kerisauan. Tiara pun apa lagi, mestilah ada idea nakal terbit di fikirannya.

"Tak nak." Balas Tiara dengan sepatah. Tangan disilang pada dada. Tiara masih lagi tidak memandang wajah Rayden.

"Habistu macam mana dengan family kita?"

"Tak apa lah awak cakap je lah jodoh kita tak ada dekat family awak. Nanti abah dengan bonda pandai-pandai lah saya uruskan." Tiara masih ego.

"Nanti saya slow-slow lah terima mama Lin dalam hidup saya. Kenapa awak sampai nak batalkan perkahwinan kita pulak?" Tiara memusingkan tubuhnya menghadap Rayden.

"Sebab bo...." Tiara tolong jadi serius sikit. Tak jadi dia nak menyambung apabila melihat wajah Rayden yang sudah menukar menjadi serius. "Awak dah kecewakan saya, saya paling tak suka kalau orang kecewakan hati saya" Rayden meraup rambutnya ke belakang.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now