31

1.4K 57 5
                                    

Majlis pernikahan dan persandingan Tengku Ayyash dan Ivy berlangsung secara tertutup, hanya kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja yang menghadiri.

Tengku Ayyash awal-awal sudah memesan kepada uminya supaya jangan menjemput ramai orang, lebih-lebih lagi sekarang ni banyak mata-mata yang memerhati Ivy.

"Tiara, kalau aku nak lari boleh tak?" Tiara yang sedang sibuk membetulkan tudung Ivy pun memukul bahunya perlahan.

"Kepala otak kau, remember Ivy Adelia, kau bukan kahwin paksa tau. Kau ikhlas tak, nak kahwin ni sebenarnya?" Ivy mengangguk.

"Aku takut lah!" Tiara mengambil tangan Ivy. Sejuk itu yang dirasakan olehnya. Memang wanita itu benar benar gementar sekarang.

"Ivy Adelia, look at me, kau boleh buat, dah jangan fikirkan sangat perasaan kau tu."

"Haah Lia, Lia kena be confident hari ni!" Melisa juga turut memberi kata-kata semangat kepada Ivy.

"Lia... Ya allah cantiknya menantu umi ni!" Tidak sempat Ivy nak buat drama air mata bersama Tiara.

"Belum jadi menantu umi lagi..." Balas Ivy. Puan Hanani terus ketawa kecil.

"Lagi lima minit je, dah siap kan semua ni?" Tiara dan seorang lagi MUA pun mengangguk.

"Jom, kita turun, Tiara ikut sekali meh." Tiara mengambil tempat di belakang Ivy bagi memegang veil. Puan Hanani pula memimpin Ivy untuk berjalan ke pelamin.

Mereka berhenti di hadapan dewan hotel, Puan Hanani memandang sekilas Ivy, wanita itu masih lagi menayangkan wajah yang risau.

"Lia, Lia tengok umi... Senyum macam ni tau." Puan Hanani menayangkan senyuman yang manis. Ivy pun ikut senyum sama seperti Puan Hanani.

Mereka berjalan masuk ke dalam dewan itu.

Semua mata di dalam terpukau melihat wajah Ivy yang berseri-seri. Dikenakan pula dengan baju kurung pahang berwarna putih. Ivy suka baju yang simple-simple je.

Ivy dan Puan Hanani duduk di atas pelamin. Sementara menunggu Tengku Ayyash untuk sampai ke dewan, mulut Ivy tak berhenti berselawat dan zikir bagi menenangkan hatinya.

Akhirnya, pengantin lelaki kita dah sampai. Tengku Ayyash berjalan di atas karpet merah diiringi dengan Rayden dan Tengku Asyraf di belakangnya. Dari jauh je dah nampak betapa segaknya Tengku Ayyash berbaju melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok.

Rayden menarikkan kerusi untuk Tengku Ayyash duduk, memang function teruk Rayden hari ni. Dia juga mengambil tempat di sebelah Tengku Asyraf iaitu di belakang Tengku Ayyash.

"Dah bersedia dah?" Soal Tok kadi yang berhadapan dengan Tengku Ayyash. Tengku Ayyash menganggukkan kepalanya. Tengku Ardan yang berada di sebelah Tok kadi sudah pun menayangkan senyuman.

"Tengku Ayyash Hakimi Bin Tengku Ardan Fakhri."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dan kahwinkan engkau dengan Ivy Adelia Binti Aqhar Qayyed dengan mas kahwin sebanyak 8000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Ivy Adelia Binti Aqhar Qayyed dengan mas kahwin sebanyak 8000 ringgit tunai."

"Sah? Sah?" Tanya Tok kadi kepada semua saksi. Apabila semua saksi mengangguk maka Ivy Adelia selamat bergelar isteri kepada Tengku Ayyash Hakimi dengan sekali lafaz.

"Alhamdullilah." Tok kadi mula membacakan doa.

Selesai membaca dan mengaminkan doa, tok kadi pun meminta Tengku Ayyash untuk membacakan lafaz taklik.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now