16

1.3K 48 1
                                    

"Ya Cik Mah, kenapa panggil Lia?" Cik Mah menoleh ke arah Ivy yang baru tiba di dapur.

"Ha ni Lia, Cik Mah nak suruh Lia rasa kuah laksam ni, Cik Mah tak boleh nak rasa, Cik Mah makan ubat tadi jadi pahit mulut." Ivy mengambil sudu lalu merasa kuah laksam itu.

"Sedaplah Cik Mah, tapi kenapa tak rasa apa tuu aaa ha belacan, Cik Mah tak letak belacan ke?" Cik Mah pun menggeleng.

"Yang ini untuk Ayyash.. dia tak makan belacan jadi Cik Mah nak asingkan dulu untuk dia." Cik Mah mengambil satu periuk kaca yang kecil lalu meletakkan kuah laksam itu kedalam periuk tersebut. Ivy mengerutkan dahinya "Ayyash tak makan belacan ke?"

"Tak... Ayyash seorang sahaja yang tak makan belacan dalam rumah ni, dari kecil lagi dia memang tak gemar belacan," ujar Cik Mah.

"Ruginya tak makan belacan, belacan sedap apa?" Cerewet betul si Ayyash ni.

"Tekak masing-masing kan... Lia nanti tolong tambahkan belacan ya dalam kuah tu lepastu tutup terus api, Cik Mah nak pergi solat asar dulu." Ivy mengangguk dan Cik Mah pun terus keluar daripada dapur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sunyinya rumah ni!" Ivy berjalan-jalan di dalam sekitar rumah sehingga lah ke luar rumah.

"Eh ada kucing lahh!" Ivy segera menuju ke arah sangkar kucing yang agak besar berdekatan dengan taman mini Puan Hanani.

Ivy melihat ada dua ekor kucing yang berada di dalam sangkar tersebut. Kedua dua ekor kucing itu sungguh gebu dan gemuk-gemuk, jadi geram Ivy dibuatnya.

"Kalau Lia nak main dengan dia, keluarkan lah dia" Ivy memandang ke arah Puan Hanani yang baru sahaja pulang daripada butiknya.

"Ini kucing siapa umi?" Ivy mengeluarkan seekor kucing yang berwarna putih lalu menggosok gosok kucing tersebut.

"Kucing Ayyash... Umi tak bagi dia lepaskan dekat dalam rumah sebab Aysha tu takut kucing hahahaha." Pecinta kucing rupanya Tengku Ayyash ni ya.

"Umi masuk dulu ya Lia, nanti masukkan balik dalam sangkar tu." Puan Hanani beredar dari tempat itu dan menuju ke pintu masuk rumah.

"Eeee comelnya dia ni... Nama awak siapa?" Ivy mengangkat kucing tersebut dan memeluknya dengan erat. Ivy pernah meminta izin kepada Dato Aqhar dahulu yang dia ingin membela kucing, tapi dihalang keras oleh Datin Inara. Datin Inara juga sama seperti Tengku Aysha takut akan makhluk bulus itu.

"Nama dia berry," Tengku Ayyash mendekati Ivy bersama kucing yang berada di dalam dakapannya itu.

"Yang itu pulak coco." Jari Tengku Ayyash menunjukkan pula ke arah seekor lagi kucing yang berwarna kelabu. Pelik betul Tengku Ayyash ni kucing kelabu nama coco.

Ivy pula hanya menganggukkan kepalanya. Lucu juga Tengku Ayyash ni ya, namakan kucing peliharaannya dengan nama makanan.

"Bukan aku yang letak. Aysha yang beria nak letak nama kucing aku macam tu."

"Awak dah habis kerja ke? Saya rasa macam awal je lagi ni?" Awal betul Tengku Ayyash pulang.

"Lupa ke harini hari apa? Harini kan hari sabtu so aku balik awal." Tengku Ayyash meninggalkan Ivy yang masih lagi mendakap kucing tersebut.

"Orang tanya elok-elok tak boleh ke nak balas elok-elok jugak." Jeling Ivy lalu dimasukkan kembali kucing yang berada dalam berada dalam dakapannya tadi ke dalam sangkar dan pantas Ivy mengejar langkah Tengku Ayyash yang dalam perjalanan untuk masuk ke dalam rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kau ada nak beli apa apa lagi tak Aysha?" Tanya Madihah sharmila, sahabat baik Tengku Aysha.

Tengku Aysha pun menggelengkan kepalanya "Dah pukul 2:00 ni jom lah kita balik"

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now