13

1.3K 48 1
                                    

Ivy membuka matanya dengan perlahan lahan, sekali lagi dia berada di tempat yang sama. Dia hanya mampu menatap siling bilik itu dengan kosong sebelum perlahan lahan bangun. Pintu dibuka oleh seseorang, terpaparlah sosok Tengku Ayyash masuk ke dalam bilik tersebut

"Dah bangun dah?" Tengku Ayyash datang ke arahnya dengan membawa secawan kopi, yang pasti bukan untuknya.

Ivy hanya diam memandang Ayyash, dia masih lagi duduk di atas katil.

"Kenapa awak buat semua ni?" Perlahan suara Ivy menyoal Tengku Ayyash. Tengku Ayyash memberikan senyuman senget kepada Ivy sebelum membalas.

"Dato Aqhar... Dia ayah kau kan?" Tengku Ayyash melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dengan katil yang diduduki Ivy. Ivy pun menangguk "Kenapa dengan daddy saya?"

"Well dia ada hutang dengan aku,"

Hutang? Lagi sekali? Berapa banyak hutang sebenarnya yang ayahnya ada?

"Bukan semua hutang, Tan sri Arman dah lunaskan ke?" Setahu dia Tan Sri Arman yang mengurus semua hal berkaitan hutang hutang di syarikat ayahnya itu.

"Bukan hutang antara syarikat,ni hutang personal, just between me and him."

"Jadi settel lah personal, itu bukan urusan saya." Ivy bangkit daripada katil tersebut dan menuju ke pintu. Dia ingin memulas tombol pintu tetapi tidak boleh, Tengku Ayyash terlebih dahulu sudah menguncinya.

"Dia dah meninggal, macam mana aku nak settel dengan dia?" Tengku Ayyash bangun daripada kerusi yang dia duduk tadi, cawan kopi diletakkan di atas meja solek yang berada di dalam bilik itu, Tengku Ayyash perlahan-lahan mendekati Ivy yang masih kaku dihadapan pintu.

"Berapa dia hutang dengan awak? Saya boleh bayar lah!" Ivy masih lagi ada simpanan, mungkin cukup untuk membayar hutang ayahnya itu.

"Five hundred thousand, dia hutang dengan aku lima ratus ribu, are you sure you gonna pay for it?" Sinis Tengku Ayyash.

"Ayah saya takkan pinjam duit sebanyak macam tu, you must be lying rigth?" Ivy memberikan Tengku Ayyash senyuman yang palsu.

"Tak ada masa aku nak menipu sekarang ni," wajah Tengku Ayyash bertukar menjadi serius dan membuatkan perasaan Ivy semakin takut.

"Aku ada satu offer untuk kau, and offer tu boleh lunaskan hutang lima ratus ribu ayah kau."

"Offer apa?"

"Berhenti kerja dekat kafe tu, jadi Maid dekat rumah aku selama 5 bulan and hutang antara ayah kau dengan aku kira paid off."

"Jadi orang gaji dekat rumah ni ke?" Tak mungkin lah dekat rumah ni, rumah ni tak ada lah sebesar mana sampai nak upah jadi orang gaji dekat sini.

"Bukan dekat sini tapi dekat.... Rumah family aku." Bisik Tengku Ayyash ditelinga Ivy.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Wait whattt?! Kau kena jadi bibik dekat rumah family Ayyash? Wow kenapa tiba-tiba je weh?" Tiara memang betul betul tak sangka apa yang jadi kepada Ivy. Ivy yang sedang mengemas barang-barangnya yang berada di dalam loker kafe hanya diam.

"Siapa nak temankan aku lepasni makan maggi cup depan kafe weh..." Tiara mencebikkan mulutnya seperti itik.

"Aku sebenarnya memang taknak terima tawaran dia tu tapi... Bila pulak hutang ayah aku tu nak habis, bukan sikit weh, tapi banyak." Nada suara Ivy kedengaran seperti sayu. Terus Tiara memeluk sahabatnya itu, bukan Ivy yang menangis tapi Tiara yang menangis, teresak esak pulak tu menangisnya.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now