60

1.1K 41 3
                                    

Ivy duduk di atas buaian yang berada di halaman rumahnya itu. Fikirannya berat memikirkan tentang Tengku Ayyash, apa yang lelaki tu sedang buat, dia dah makan ke? Kenapa dia tak ada telefon atau mesej pun? Dekat empat hari dah dia tak dengar khabar Tengku Ayyash.

Lamunannya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil seseorang.

"Ivy!" Ivy berpaling ke belakang untuk melihat gerangan orang yang memanggil namanya. Kelihatan Atirah bersama Katrina mendekati dirinya. Senyuman nipis dilemparkan kepada kedua wanita itu. Atirah dan Katrina mengambil tempat di sisi Ivy, Atirah di sebelah kanan dan Katrina di sebelah kiri.

"Ivy okey?..." Tanya Atirah perlahan. Ivy mengangguk dengan lemah. Okay lah sikit. Sikit je.

"Mak su dengan Cik Kat pun tahu ke pasal benda ni?..." Kedua wanita itu pantas menggeleng.

"Mak su sumpah tak tahu Ivy, mula-mula pun mak su macam Ivy jugak, tak boleh nak percaya. Lagi mak su geram, pak su kamu tu tahu pasal benda ni dari awal lagi! Dekat sebulan jugak lah mak su merajuk dengan diaorang!" Atirah menayangkan reaksi kurang berpuas hati. Siapa je tak kecewa atau geram?

"I pun Ivy, you tahu tak?! Rafael rahsiakan benda ni dari I! I geram gila dekat dia tu! Bila I dapat tahu je pasal berita ni, I terus jumpa dia dekat Milan. Memang dia kena bantai lah dengan I." Katrina juga sama seperti Atirah. Ivy hanya ketawa kecil apabila mendengar balasan dari mereka berdua. Nampaknya bukan dia seorang sahaja lah yang ditipu selama ni.

"Mana Umairah, mak su?" Tanya Ivy. Tak kan lah Atirah datang seorang sahaja ke sini.

"Ada dengan daddy dia." Balas Atirah sambil menjuih mulut ke dalam rumah. Ivy mengangguk faham.

"Eh Ivy you dah berapa bulan eh? You tak bagitahu pun dekat I pasal ni! I nak merajuk lah!" Katrina memeluk tubuh lalu memandang ke tempat lain.

Atirah hanya menayangkan reaksi menyampah, Katrina dan drama memang berpisah tiada.

"Cukup-cukup lah tu drama Katrina, tak pernah nak berubah ya?"

Ivy ketawa lagi sebelum membalas pertanyaan Katrina. "Dah lapan bulan dah Cik Kat, boy." Katrina terus berpaling pada Ivy balik. Matanya terbuntang luas dan mulutnya melopong.

"Boy? Omg, tak sabarnya nak tengok dia lahir nanti. Mesti comel macam Ivy!" Katrina mencubit kedua belah pipi tembak Ivy.

"Cik Kat bila nak kahwin? Umur dah masuk 35 dah tu?" Eh sejak bila Ivy ni jadi macam makcik-makcik bawang?

"Actually..." Katrina mengangkat tangan kirinya. Jari manis yang disarung cincin perak berbatu permata kecil dipamer olehnya. Katrina tersenyum riak.

"Cik Kat nak kahwin?! Dengan siapa?!" Teruja Ivy apabila melihat Katrina akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya.

"You rasa dengan siapa?"

"Pael?" Teka Ivy. Memang Rafael sahaja yang dipikir oleh Ivy. Rafael dan Katrina dah lama mengenali antara satu sama lain, dua-dua pun masih bujang, tak pernah bercinta pulak tu, dia tak terkejut pun kalau mereka berdua tu tiba-tiba bercinta.

"Hm, dia propose I dua bulan lepas. Tapi serious tak romantik langsung cara dia propose I!" Apa lagi yang Katrina tak puas hati ni? Nak kahwin ke tidak?

"Macam mana Pael propose Cik Kat?" Tanya Ivy. Katrina menarik nafas panjang-panjang sebelum menceritakan segalanya kepada Ivy.

"That time I ada business trip dekat Milan, boleh pulak dia bagi cincin ni dekat one of kawan kerja I, yang lagi malu tu, dah lah orang yang dia past cincin ni pernah confess dekat I! Tapi I reject dia, malu gila I masa tu!" Katrina menekup mukanya menggunakan kedua belah tangan. Ivy dan Atirah ketawa. Lucu juga ya cara Rafael melamar Katrina.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now