26

1.2K 46 3
                                    

Pertama kali Ivy menjejakkan kaki ke tempat kerja Tengku Ayyash, setiap sudut di dalam bangunan itu dipandang lama oleh Ivy, ini kalau sesat ni memang mati kau Ivy nak cari jalan keluar, dah lah besar tempatnya!

Ivy terus memapak kaki ke kaunter receptionist, terdapat seorang wanita yang sibuk menjawab panggilan di kaunter itu. Perasan akan kehadiran Ivy, wanita itu pun meletakkan panggilannya.

"Ya Cik apa yang boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa dengan Tengku Ayyash, dia ada dekat pejabat dia tak?" Wanita itu pun mengangguk.

"Cik boleh guna lif, naik tingkat tujuh, lepastu Cik boleh belok kanan. Nanti ada kerani dekat situ, Cik boleh tanya lebih lanjut lah dekat sana."

"Terima kasih." Ucap Ivy. Baru sahaja dia ingin menekan punat lif, lif itu terlebih dahulu dibuka. Terdapat dua orang wanita di dalam lif itu. Ivy masuk dan menekan tingkat tujuh.

"Cik ni nak jumpa siapa?" Tanya wanita pertama kepada Ivy.

"Saya nak jumpa Tengku Ayyash." Wanita itu pun mengangguk faham.

"Eh tapi bukan ke Cik Aurora ada dekat dalam bilik Tuan Ayya..." Pantas wanita pertama itu menepuk lengan rakannya. Dahi Ivy berkerut, dia tidak dengar dengan jelas sangat apa yang dikatakan oleh wanita itu tadi. Pintu lif dibuka dan dia pun terus keluar.

"Saya nak jumpa dengan Tengku Ayyash."

"Kenapa Cik nak jumpa dengan dia?" Ivy pun mengangkat bag kertas yang berada ditangannya.

"Saya nak bagi bekal dekat dia."

"Cik ni siapa ya?" Pantas Ivy menjawab. Matanya memandang Ivy atas bawah. Kenapa salah ke orang pakai seluar kotak kotak dengan cardigan biasa je?

"Saya pembantu rumah dia." Kerani itu mengangguk.

"Cik boleh masuk." Dia memberikan pas pelawat kepada Ivy. Ketat betul prosedur dekat sini, sampai pintu pun kena sentuh kad pelawat baru boleh bukak. Masuk sahaja dia ke pejabat Tengku Ayyash, matanya berasa tenang sahaja apabila melihat design pejabat itu.

Dari jauh dia sudah nampak pintu yang tertera nama Tengku Ayyash. Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu, kedengaran suara seorang wanita bergelak tawa di dalam. Ivy menarik semula tangannya, tirai tingkap yang berada di sebelah pintu dipandang oleh Ivy sebelum dia mengintai sedikit.

Ivy terkaku, beg kertas ditangannya dipegang kemas.

Aurora sedang duduk di atas meja sambil memegang tali leher Tengku Ayyash. Dada Ivy naik turun melihat adengan itu. Ivy keluar semula daripada pejabat Tengku Ayyash, dia meletakkan kad pelawat dan bag kertas ke atas meja kerani.

"Boleh tak awak tolong bagi dekat Tengku Ayyash? Saya nak bagi tadi tapi nampak macam dia tengah sibuk je." Kerani itu mengambil dan menganggukkan kepalanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sementara menunggu Pak Halim untuk sampai, Ivy menyinggah dahulu di restoran berdekatan dengan pejabat Tengku Ayyash.

Ivy termenung ke luar tingkap restoran, dia masih lagi memikirkan benda yang dia nampak tadi. Strawberry milkshake dihadapannya itu dipandang kosong.

Kalau lah dia tidak setuju untuk menghantarkan bekal untuk Tengku Ayyash, pasti dia tidak overthinking begini.

"Tapi dia tu bukannya siapa-siapa pun bagi kau, kenapa kau nak sakit hati pulak?" Ivy menyedut airnya itu menggunakan straw.

"Ivy!" Suara garau itu agak familiar baginya. Ivy menoleh ke arah punca suara itu dan ya, tekaan dia benar. Lelaki melangkah ke arah Ivy.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now