57

1K 37 1
                                    

"Asalamualaikum nenek," Hazeem memberi salam kepada Puan Ros sebaik sahaja panggilannya diangkat.

"Walaikumusalam, baru nak ingat ada nenek ke ni?" Perli Puan Ros. Hazeem ketawa kecil. Biasalah neneknya ni suka sangat beri perlian manja.

"Ish nenek ni, Hazeem mintak maaf sebab dah lama tak call nenek... nenek sihat? Atuk tengah buat apa?"

"Alhamdullilah sihat je lagi ni. Atuk kamu tu buat apa lagi, dekat malaysia ke, dekat Melbourne ke sama aje perangainya, suka sangat melepak dengan jiran-jiran.." Hazeem tersenyum, syukur lah kalau kehidupan Puan Ros dan Encik Hayati di Melbourne baik-baik sahaja.

"Hazeem sihat tak dekat sana? Makan macam mana? Cukup tak?" Soal Puan Ros dengan nada yang risau.

"Hazeem sihat nek, makan pun alhamdullilah cukup je, nenek jangan lah risau pasal Hazeem dekat sini." Tangan diseluk ke dalam poket, batu kecil yang berada di hadapannya di sepak oleh kaki.

"Kamu tu jangan lah kerja keras sangat. Nenek suruh kamu jaga syarikat atuk kamu tu kamu tak nak! Sibuk suruh orang lain jagakan dulu!" Hazeem ketawa. Rindu betul dia nak dengar bebelan Puan Ros.

"Eh boleh pulak dia gelak!" Marah Puan Ros di dalam talian.

"Hazeem nak balas budi Abang Ayyash dulu nek, dia kan dah banyak tolong masa Hazeem belajar dulu."

"Nenek tahu lah Ayyash tu dah banyak tolong kamu dulu tapi bukan dia sendiri ke pernah suruh kamu ambil alih syarikat atuk kamu tu?" Bukan Puan Ros tak tahu, berbuih dah mulut dia ni, ingatkan kalau Tengku Ayyash arah, dia ikut. Nampak gayanya memang tidak jalan juga. Budak Hazeem ni memang keras kepala! Terkenang pula dia akan perangai Hasya.

"Kamu dengan mama kamu tu sama aje! Tak suka dengar cakap orang! Geram nenek dibuatnya." Hazeem ketawa lagi.

"Nenek, Hazeem sayang nenek" Puan Ros terdiam di sebalik talian sebelum kembali membuka mulut.

"Nenek tahu, nenek pun sayang dekat cucu nenek seorang ni. Kamu tak ada niat nak sambung master pulak ke?"

"Ada tu ada nek... Tapi entah lah, Hazeem rasa macam tak cukup masa je nak sambung balik..."

"Kalau kamu nak sambung master, bagitahu nenek. Nenek boleh suruh atuk kamu carikan universiti dekat sini, boleh nenek spend time dengan kamu."

"Hazeem pun rindu nak spend time dengan nenek, entah bila kita dapat jumpa nenek, Hazeem takut kita tak sempat jumpa je hahaha," Puan Ros terdiam di sebalik talian.

"Apa Hazeem cakap ni, kenapa tak sempat pulak? Hazeem jangan macam-macam ya," Hazeem ketawa.

"Hazeem dah jumpa dah dia nek..." Puan Ros terdiam lagi.

"Dia cam Hazeem ke?"

"Tak, dia tak cam langsung siapa Hazeem, tapi Harraz cam Hazeem."

"Hazeem ingat kan pesan mama Hazeem?" Hazeem tersenyum. Dia selalu ingat, dan tidak akan pernah lupa. Itu lah pesanan terakhir mamanya kepada dirinya.

"Ingat nek, jangan risau Hazeem akan buat dia merana nanti nek, walaupun nyawa Hazeem jadi taruhan, asalkan Hazeem dapat tunaikan permintaan terakhir mama."

"Apa pulak libatkan nyawa ni?! Hazeem, hukum dia secara undang-undang ya, jangan dengan cara lain."

"Hazeem sanggup buat kedua-dua cara nek, asalkan dia merana." Putung rokok dibuang ke atas lantai. Terdengar keluhan Puan Ros di sebalik talian.

"Hazeem letak dulu ya nek, Hazeem ada kerja ni, Hazeem sayang nenek dengan atuk. Asalamualaikum." Hazeem terus menutup panggilan. Kotak rokok dikeluarkan lagi dari poket.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن