12

1.4K 57 0
                                    

"Bye Adelia, ambo kelik dulu deh." Ivy yang sedang menyarungkan cardigan berwarna beige ke tubuhnya itu menganggukkan sahaja kepalanya ke Tiara.

Tiara terus keluar daripada kafe. Begini lah rutin Ivy setiap hari, dia sendiri yang sukarela untuk menutup kafe setiap malam. Bukan apa dia kesian dengan staff lain, ada yang dah berkeluarga, ada yang duduk jauh dan ada juga yang tengah menjaga ahli keluarga yang sakit.

Kadang-kadang Aizat temankan Ivy untuk tutup kafe bersama, kalau dia tak ada maksudnya dia sibuk dengan assignment, Aizat ni kerja part time je sebenarnya dekat kafe dyanz alang alang nak cari duit poket sebelum habis belajar katanya.

Kadang-kadang pula dengan Tiara tapi Tiara ni susah sikit nak balik lambat, abang abang dia over protective dengan dia, maklumlah dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya, anak bongsu pulak tu.

Selalunya dengan Ayyash lah, yang akan menemani dia untuk menutup kafe, tapi semenjak dua menjak ni Ayyash jarang masuk kafe, termasuklah harini. Jadi kesimpulannya harini Ivy berseorangan menutup kafe, Ivy nak takut? Pura-pura berani je lah yang penting dia pandai seni bela diri.

Sungguh sunyi di kawasan luar kafe Dyanz, membuatkan perasaan takut Ivy membuak buak. Tiba-tiba terlintas di fikirannya semasa mengunci pintu kafe

"Apa jadi kalau 'orang' haritu ada dekat dekat sini?" Kepalanya mula menoleh ke kanan dan kiri bagi memastikan apa yang terlintas di fikirannya itu hanyalah banyangan. Ivy meletakkan kunci kafe ke dalam bag silangnya, setiap pekerja kafe dyanz memang diberikan kunci kafe jadi senanglah siapa yang datang awal tak perlu nak tunggu orang yang pegang kunci untuk sampai ke kafe.

Ivy berjalan ke sebelah kafe kerana dia meletakkan motornya di sana. Telefonnya pun berdering

Dia mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya, nama Pak su tertera pada telefonnya.

"Asalamualaikum pak su, kenapa call Ivy ni?"

"Waalaikumsalam Ivy, ni pak su telefon kamu ni nak beritahu yang mak su kamu dah selamat bersalin.... Baby girl," jelas suara Uwais kedengaran teruja menyambut kelahiran anak sulungnya itu

"Ya ke?! Alhamdullilah, tahniah pak su, mak su. Tak sabarnya Ivy nak jumpa dengan baby, mak su macam mana pak su?" Tanya Ivy yang turut teruja mendengar khabar kembira itu

"Dia tengah berehat dekat dalam... Eh Ivy tak tidur lagi ke, dekat sana mesti dah pukul 11 malam kan?" Uwais pula bertanya kepada Ivy

"Ivy baru nak balik dari kafe ni pak su macam mana nak tidur, takkan nak tidur atas motor kut." Ujar Ivy sambil tertawa. Uwais juga turut ketawa mendengar balasan Ivy.

"Okaylah Ivy pak su letak dulu ya, hati hati bawak motor, jangan bawak motor laju-laju pulak tak pasal pasal mak su kamu ni suruh cari tiket paling cepat balik ke Malaysia." Pesan Uwais kepada anak buahnya seorang itu

"Baik pak su, byee." Ivy kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar jenis cargo itu. Tiba sahaja dia di motornya, dia pun ingin menghidupkan motornya namun dia perasan yang tayar motornya itu telah pancit.

"Dugaan apa lagi ni, dah lah aku seorang je ni." Ivy mengeluarkan telefonnya kembali untuk memesan grab.

"Hai Cik adik, sorang je ke tu?" Tegur seorang lelaki berpakaian serba hitam termasuklah topeng mulut. Ivy memandang kearahnya lalu terkejut. Sah orang yang mengekori dia haritu.

Ivy tak mengecam pun mukanya bagaimana, tapi entah dia berasa orang yang berada dihadapannya itu seperti orang yang sama mengekori dia haritu. Terus Ivy ingin membuka langkah untuk melarikan diri daripada lelaki itu. Namun semua itu sia-sia kerana dia telah pun dikepung oleh seorang lagi lelaki.

"Korang nak apa lagi, aku tak ada duit pun kalau korang nak!" Jerit Ivy, ini kalau Ivy pukul lelaki-lelaki itu pun memang tak lepas!

"Kitaorang taknak duit tapi nak...." Sempat lelaki itu nak menghabiskan perkataannya, seorang lagi terus menekup mulut Ivy menggunakan kain dan terus Ivy rebah ke lantai.

"Haih bagi lah aku habis cakap dulu bongok!" Marah Khair.

"Kau tu yang lambat, dah bukak pintu kereta tu aku nak masukkan dia ni" Hazeem mengangkat tubuh Ivy lalu dibawa ke dalam kereta.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ivy membuka mata, kepala terasa berat dan berdenyut, dia memerhati keadaan sekelilingnya.

"Aku dekat mana ni?" Ivy bangun daripada katil dan terus pergi ke arah pintu untuk keluar daripada bilik yang dia berada itu. Pelik, kalau dia diculik sepatutnya dia diikat di kerusi sekarang ni ataupun duduk pula dekat bilik yang gelap dan sempit bukannya duduk di dalam bilik yang selesa?

Tiada satu orang pun yang berada di dalam penthouse itu, Ivy meneruskan langkahnya itu dengan perlahan lahan sehingga ke tangga bawah. Sama juga, tiada orang berada di bawah.

"Dahaga lah pulak," Ivy menuju ke dapur pula. Ivy membuka pintu peti ais, dia melihat ada beberapa botol air mineral. Tanpa berfikir panjang terus dia mengambil sebotol air mineral itu dan meneguknya dengan rakus. Dia terdengar pintu penthouse itu dibuka oleh seseorang cepat-cepat dia bersembunyi disebalik table top berwarna hitam.

Sebelum dia bersembunyi sempat dia mencapai sebilah pisau kecil yang berada di atas table top.

"Dia ada dekat atas ke? Pergi periksa dia macam mana." Arah seorang lelaki.

"Baik Tuan," lelaki tersebut pun pergi ke atas untuk memeriksa keadaan Ivy. Ivy terdengar pula suara tapak kaki yang seperti menuju ke arah dapur.

'Mati kau Ivy, mati!' Jerit Ivy di dalam hatinya. Lelaki itu berhenti di depan peti ais, Ivy mengangkat kepalanya untuk memandang ke arah wajah lelaki tersebut.

Lelaki itu... Ayyash, Ayyash yang menculik dirinya? Tapi mengapa?

"Ayyash?" Ivy keluar daripada tempat persembunyiannya.

"Ivy? Bukan kau dekat atas ke?" Tengku Ayyash mengerutkan dahinya.

"Kenapa awak buat semua ni? Apa motif awak bawak saya dekat sini?" Bergetar suara Ivy menyoal Ayyash. Tangannya masih lagi memegang pisau.

"Ivy letak dulu pisau tu..." Tengku Ayyash perlahan-lahan mendekati Ivy.

"Jangan dekat!" Jerit Ivy, pisau yang berada ditangannya itu dihala ke arah Ayyash.

"Okay, aku tak dekat tapi please letak dulu pisau tu."

"Jadi awak yang upah orang untuk intip saya haritu? Awak nak apa dari saya sebenarnya!" Ivy sungguh kecewa dengan Ayyash. Tak sangka lelaki itu sanggup buat sebegini kepadanya.

Tengku Ayyash cepat-cepat mendekati Ivy, dan secara tidak sengaja pisau itu tergores pada bahu Tengku Ayyash.

Kepala Ivy berasa pening sekali lagi, telinganya berdesing, pisau yang berada di tangannya itu dilepaskan.

"Tuan, dia tak ad...... Tuan, Tuan okey tak?" Khair berlari ke arah Tengku Ayyash. Ivy rebah sekali lagi ke atas lantai.

Khair pula terkejut dengan apa yang telah terjadi, tak sampai lima minit dia pergi ke atas untuk memeriksa Ivy, tak sangka pula wanita itu sudah pun berada dibawah, malah hampir membunuh Tengku Ayyash!

"Tak payah risau dekat Aku,luka ni tak seberapa pun, kecik je." Tengku Ayyash mendekati Ivy yang sudah pun terlantar di atas lantai lalu dia mengangkat tubuh kecil Ivy dan terus menaiki tangga untuk naik ke bilik atas. Hazeem yang baru tiba memandang pelik dengan apa yang telah jadi.

"Apahal weh?" Tanya Hazeem kepada Khair yang masih kaku berdiri.

"Perempuan tu ada kuasa apa bai, macam mana dia ada dekat bawah pulak pastu hampir nak tikam Tuan..." Khair sungguh tidak sangka perkara sebegini akan berlaku.

Hazeem lagi bertambah keliru, soalannya tadi langsung tak diendahkan oleh Khair.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | Cजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें