7

1.4K 53 0
                                    

"Aduh sakitnya!" Jerit Ivy. Ayyash tidak menghiraukan Ivy malah dia meninggalkan Ivy yang masih duduk di atas lantai lalu pergi membuang sampah yang dari tadi dia pegang.

"Tsk memang dia tak reti nak mintak maaf ke dasar tak berhati perut betul!" Bebel Ivy seorang diri.

"Aduh.. duh sakitnya." Ivy bangun sambil berpaut pada table top.
.
.
.
.
.
.

Selesai mengunci pintu kafe, Ivy cepat-cepat memakai helmetnya yang berwarna ungu muda lalu menghidupkan enjin motor skuternya.

"Tolong-tolong..." Semasa dalam perjalanan untuk pulang ke apartment nya, Ivy mendengar seperti ada seseorang wanita yang meminta pertolongan, dia memberhentikan motornya lalu mencari dari mana punca suara tersebut.

Suara itu datang dari arah lorong yang berada di sebelahnya, tanpa basa-basi Ivy menurunkan tongkat motor dan membuka helmet tak lupa juga dia mencabut kunci motor dan meletakkan ke dalam poket hoddie.

Perlahan lahan Ivy memapak kakinya sehinggalah kakinya berhenti setelah ternampak satu sosok tubuh wanita yang sedang bersembunyi di sebelah tong sampah yang besar. Wanita itu tidak lagi menyedari kehadiran Ivy di belakangnya.

Ivy menyentuh bahu wanita tersebut, wanita itu terkejut dan hampir menjerit namun dengan pantas tangan Ivy menutup mulutnya.

"Kenapa ni awak apa dah jadi?" Perlahan suara Ivy menyoal wanita tersebut. Daripada menjawab pertanyaan Ivy, wanita tersebut memeluk Ivy dengan erat.

Ivy tercengang sebentar, Ivy menggosok gosok belakang wanita itu supaya wanita itu bertenang.

"Tolong... Tolong bawak saya lari..." Wanita itu pun meleraikan pelukannya.

"Kejap-kejap apa nama awak? Apa yang dah jadi dekat awak?" Ivy menyoal wanita itu sekali lagi. Sejujurnya, Ivy juga takut dengan wanita itu yelah dengan rambut panjang terjuntai, baju pula baju gaun berwarna putih silap-silap bukan orang yang berada dengannya sekarang ini!

"Nama saya Adra, Adra Falisha, saya tak boleh nak cerita sekarang ni, kita tak ada masa bila-bila je orang tu boleh tangkap saya sekarang ni!" Balas Adra. Ivy menganggukkan sahaja kepalanya lalu dia membantu Adra untuk bangun.

"Woi, mana kau nak lari ha?!" Satu suara garau menegur dari belakang mereka. Reflek kepala Ivy dan Adra berpaling ke belakang, kelihatan tiga orang lelaki yang berbadan besar.

"Lelaki tu... Awak kita kena lari sekarang!"

Lelaki tersebut berlari ke arah mereka, jarak antara mereka masih lagi jauh. Ivy memandang lelaki tersebut kakinya berasa lemah, tak mampu nak bergerak.

Adra terlebih dahulu menarik tangan Ivy untuk berlari. Mereka melarikan diri daripada lelaki-lelaki tersebut. Tetapi nasib tak menyebelahi mereka, kaki Ivy dan Adra tersadung pada batu dan mereka jatuh tersembam pada jalan tar.

"Aduh apa nasib aku harini asyik jatuh saja!" Jerit Ivy. Mereka ingin berlari lagi tapi tidak sempat kerana lelaki-lelaki tadi telah pun berada di hadapan mereka.

"Alololo kesiannya dia dah lari tapi jatuh pulak itulah sepandai pandai berlari ke tanah akhirnya tupai jatuh juga." Kata lelaki 1. Adra cepat-cepat bersembunyi di belakang Ivy.

"Pakcik dulu SPM mesti tak dapat sijil kan? Gagal bahasa melayu." Gelak Ivy sepuas hati, Adra membeliakkan matanya memandang ke Ivy yang masih sakan gelak dihadapannya.

'Berani betul dia ni.' Desis Adra di dalam hati.

"Kurang ajar punya budak! Kau panggil aku pakcik? Lagi satu kau siapa nak ajar aku?"

"Pst pst bos sepatutnya sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" Bisik lelaki 2 pula.

"Heh diamlah aku tahu lah kau buat aku ni macam bodoh sangat ke?" Marah lelaki 1 lagi.

"Apa-apa je lah. Ha sekarang ni kau nak lari mana? Dah tak ada jalan dah nak lari hahahaha." Giliran lelaki 1 itu pula ketawa

Ivy baru sadar yang mereka tersalah jalan sepatutnya mereka pusing ke arah kiri kerana motornya berada disitu eh mereka malah pusing ke arah kanan pula.

"Pakcik, kita boleh settel elok-elok kan jom kita slow talk eh pakcik saya belanja pakcik kopi." Gurau Ivy. Jujur, Ivy juga takut sebenarnya cuma dia berpura-pura berani.

"Talk kepala kau lah, kau tak payah nak masuk campur urusan aku dengan betina ni!"

"Ewah-ewah, kau panggil aku betina pulak eh!" Adra bersuara kemudian bersembunyi lagi di belakang Ivy.

"Eh kau diam lah!" Lelaki tersebut mengacukan pisau ke arah Adra.

"Wo-wo pakcik, tak payah kut sampai pisau bagai tu, saya boleh bagi dia dekat pakcik tapi pakcik kena ikut syarat saya." Adra dibelakang Ivy mula cemas, Ivy benar benar maksudkannya? Dia nak lari ke mana lagi, Ivy sahaja satu-satu harapannya untuk bebas daripada lelaki-lelaki tersebut.

"Apa syarat dia?" Tanya lelaki tersebut.

"Pakcik letak dulu pisau tu, meh sini saya nak bisik." Sambil tangannya memanggil lelaki itu untuk kemari.

Lelaki itu datang kepadanya, kepala lelaki itu ditundukkan sedikit agar sama paras dengan ketinggian Ivy.

Baru sahaja Ivy ingin membisik, kaki Ivy mula menyepak pada bahagian sensitif lelaki tersebut dengan sekuat hati. Lelaki itu meringis kesakitan manakala yang kedua lagi cemas melihat bossnya berada dalam kesakitan. Senang betul lelaki tu percayakan Ivy Adelia!

Inilah peluang keemasan buat Ivy dan Adra, tanpa melengahkan masa mereka pun cabut lari.

"Woi pergi kejar dia lah setan!" Arah lelaki 1. Kedua lelaki itu pun mengejar Ivy dan Adra.

Sampai sahaja Ivy dan Adra di motor Ivy, "Nah pakai ni," Ivy menghulur helmetnya kepada Adra.

"Habistu kalau saya pakai ni awak nak pakai apa?" Tangannya memegang helmet Ivy.

"Saya? Awak tak payah risau saya takut awak je jatuh dari motor kalau naik dengan saya ni." Dengan selamba Ivy membalas. Ivy menyeluk poket hoddie untuk mencari kunci.

Eh asal tak ada pulak ni? Ivy cuba mengingat kembali dimana dia letak kunci motornya. Sah, kuncinya jatuh di tempat tadi!

'Alahai carelessnya kau ni Ivy!' Jerit Ivy didalam hati sambil mengetuk kepalanya berkali-kali.

Adra keliru dengan tindakan Ivy lalu menyoal lagi "Mana kuncinya? Jangan cakap kunci motor awak dah jatuh time kita terjatuh tadi."

Ivy tersenyum pahit kearah Adra lalu perlahan kepalanya mengangguk. Adra mengeluh "Habistu macam mana ni?"

"Ha jumpa pun korang!"

'Ya allah janganlah lagi sekali kakiku memang dah tak larat nak lari ni.' Bisik hati Ivy.

"Kau perempuan kalau tak masuk campur urusan kitaorang dengan dia ni kau boleh je terlepas tadi. Oh By the way kau cari kunci ni ke?" Lelaki 2 itu mengangkat kunci motor Ivy sambil menggoyang-goyangkan kunci tersebut.

"Weh tolong lah lepaskan je lah kitaorang, kau nak apa sebenarnya aku boleh bagi asalkan lepaskan kitaorang." Rayu Ivy. Ivy memang malas sungguh mahu berdebat dengan jantan tak guna tu.

"Boleh kau kena bagi duit tebusan 100,000 lepastu kitaorang boleh lepaskan kauorang!" Balas lelaki 3 pula

Hampir melopong mulut Ivy, seratus ribu... ribu tau bukan ratus je...

"Ivy!?"

Yess finally the heroes is arrived!!

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now