5

1.6K 63 1
                                    

Hampir seminggu Katrina pergi ke Paris dan Ivy pula hanya menganggur di rumah, kalau tabiatnya ni berterusan boleh kering duit, kalau dulu tak apa lah ada daddy nya sekarang dia kenalah berdikari cari duit sendiri.

"Haish nak kerja malas, tapi tak boleh bermalas-malasan Ivy Adelia kau kena jugak cari kerja." Ivy membuka macbook nya. Dia hanya merenung skrin laptopnya itu, jarinya kaku tak boleh nak menaip apa-apa kerana tiada apa pun yang terlintas di fikirannya.

"Haih." Keluh Ivy sekali lagi.

"Laparnyaaaa... Makan dekat luar lah lepastu jalan-jalan sekali mana lah tahu boleh cari kerja sekali kan?" Ivy bangun dari sofa dan terus bersiap-siap untuk keluar mencari makan.

Sementara menunggu grab untuk sampai, mata Ivy melilau lilau ke kawasan apartment. Apartmentnya itu sungguh mempunyai banyak kemudahan seperti dobi, kedai serbaneka 24 jam, kolam renang dan tak lupa juga ada tasik di sebelah apartment itu, boleh lah petang petang nak beriadah ataupun jogging.

Sampainya Ivy di mall, kakinya pantas menuju ke kedai ayam gepuk. Semenjak dua menjak ni instagramnya penuh pasal ayam gepuk tiba-tiba Ivy jadi craving dibuatnya.

Selepas menjamu selera, Ivy terus keluar daripada mall tersebut. Mata Ivy tertancap pada sebuah kafe yang nak dikatakan meriah tak lah meriah sangat cuma ada lah juga dua tiga orang berada di dalam kafe tersebut.

"Daddy, nah Ivy buatkan americano untuk daddy." Ivy meletakkan secawan kopi Americano yang dibuatnya ke atas meja.

"Wahh, ya ke Ivy buat entah-entah Cik Ila yang buatkan?" Cawan itu pun dibawa ke mulut Dato Aqhar lalu Dato Aqhar pun menghirup kopi tersebut.

"Betul lah Ivy buat kalau daddy tak percaya tu pergi tanya sendiri Cik Ila tu!!" Jeling Ivy. "Sedap tak daddy?"

"Urmm..." Muka Dato Aqhar menunjukkan reaksi yang kurang memuaskan.

"Sedap!" Pandai betul Dato Aqhar berlakon tadi saja je nak kenakan Ivy.

"Ish daddy ni Ivy ingat tak sedap tau tadi."

"Ivy dah boleh ni bukak kafe, eh tapi tak payah lah bukak kafe nanti siapa nak jaga syarikat daddy." Dato Aqhar pun meletakkan cawan yang kosong ke atas meja

"Daddy ni tak habis-habis dengan syarikat daddy tu, tak lari pun lah syarikat daddy tu!" Perli Ivy sambil menyilangkan tangannya ke dada. Dato Aqhar pun ketawa melihat Ivy yang bermasam muka.

"Barista diperlukan dengan segera?" Omong Ivy sendiri apabila melihat satu helaian kertas yang ditampal pada sebelah pintu kafe tersebut.

Ivy cepat-cepat mengeluarkan telefon daripada begnya lalu mengambil gambar helaian kertas tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Nak ke taknak?" Tanya Ivy sendiri.

"Eh Ivy kau belajar business tau bukannya belajar nak buat kopi, tak apa cari dulu kerja lain kalau dah tak ada kerja baru kau pergi interview dekat situ." Nak kerja dekat 'bekas' syarikat daddy nya? Sudah tentulah taknak! Sudah lah dia baru sahaja menengking Tan Sri Arman lepastu nak tunjukkan muka dekat sana memang tak lah buat malu je.

Naik pula satu notifikasi emel di telefon bimbitnya.

— Anda ingin mencari kerja? bijak dalam semua urusan perniagaan? Boleh berinteraksi dengan orang? Sertai kami sekarang sila balas jika anda berminat!

"Eh dia ni macam tahu tahu je aku tengah cari kerja." Tanpa membuang masa Ivy terus membalas pesanan tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah hampir setengah jam Ivy menunggu giliran untuk di temu duga.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now