27

1.2K 52 0
                                    

Nak dekat seminggu Ivy dan Tengku Ayyash tidak bertegur. Ivy pun selalu mengelak daripada terserempak dengan Tengku Ayyash.

Bila waktu makan malam sahaja Ivy pasti tidak duduk sekali di meja, alasannya dia sudah kenyang. Lebih-lebih lagi sekarang ni Puan Hanani dan Tengku Ardan jarang berada di rumah kerana mereka menginap di resort milik Tengku Ardan. Tengku Aysha juga sudah dua hari menginap di rumah Madihah, katanya mereka ada assignment yang nak diselesaikan.

Tengku Ayyash selalu balik lewat sekarang, mungkin dia juga mahu mengelak daripada berjumpa dengan Ivy. Dua-dua ego taknak mintak maaf dulu.

Tapi harini Tengku Ayyash agak lewat pulang berbanding dengan hari-hari sebelum ni, Ivy ada lah risau sedikit.

Dia mengerling jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 10:30 malam namun kelibat kereta Tengku Ayyash masih lagi tiada.

Ivy memutuskan untuk masuk tidur dahulu, entah pukul berapa pula Tengku Ayyash nak sampai.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tuan tak nak balik lagi ke?" Daniel yang sudah siap menyusun kertas-kertas yang dah disemak oleh Tengku Ayyash pun bangun daripada sofa.

"Kau balik lah dulu." Mata Tengku Ayyash masih lagi fokus pada komputer dihadapannya itu.

"Tapi ni dah lewat dah ni Tuan." Tengku Ayyash pun meletakkan cawan kopi panas yang kosong ke atas mejanya.

"Aku nak siapkan benda ni, sikit je lagi. Kau balik lah dulu Daniel." Daniel mengangguk dan terus keluar daripada bilik Tengku Ayyash.

Hampir setengah jam dia menghadap komputer, kepalanya mula berasa pening. Dia memicit kepalanya yang mula merasa berdenyut denyut.

Tengku Ayyash mematikan komputernya itu dan terus keluar daripada pejabatnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ya allah!" Pantas Ivy menggosok-gosok dadanya. Mimpinya tadi tu dah macam realiti. Dahinya berpeluh, biarlah suhu penghawa dingin telah mencecah suhu yang paling sejuk pun.

Baru sahaja dia ingin menuruni katilnya, telefonnya pun berdering dengan laju.

15 missed call from Ayyash.

1h - 4 messaged from Ayyash.

3 new messaged from Umi💞.

Ivy membuka telefonnya dan melihat apa yang dihantar oleh Tengku Ayyash dan Puan Hanani. Dia menekan mesej daripada Tengku Ayyash dahulu.

                          Ayyash
Lia, ni Rayden.
📍 Shared location
Can you came here as soon as possible?
Ayyash dia accident, sekarang dia ada dalam dewan bedah.

Lama Ivy ingin menangkap apa yang dimaksudkan oleh Rayden. Dia membuka pula mesej daripada Puan Hanani.

                      Umi 💞
Lia, lia dah tidur ke?
Umi dengan abi dah otw nak balik KL.
Umi dah call Pak Halim suruh hantarkan Lia ke hospital, Rayden dah chat kamu kan?

Okay Ivy dah dapat menangkap sekarang, cepat-cepat dia menukar baju dan turun ke bawah.

"Cik Mah! Cik Mah!" Jerit Ivy. Laju Cik Mah keluar daripada biliknya.

"Ada apa ni Lia?"

"Ayyash... Ayyash accident!" Terkejut Cik Mah apabila mendengar perkataan 'accident' yang keluar daripada mulut Ivy.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now