9

1.4K 66 2
                                    

"Macam mana dengan Adra tu eh?" Tanya Ivy sendiri sambil memandang siling biliknya.

"Nombor mamat tu dah ada nak chat segan pulak," Ivy melihat nombor telefon Ayyash didalam telefonnya. Tanpa Ivy sedari, dia tidak sengaja menekan butang untuk menelefon Ayyash.

"Eh.. eh apa pasal telefon aku ni?" Ivy cepat-cepat menghentikan panggilan tersebut.

"Ivy, Ivy kau ni dah kenapa pergi call pulak dia tu?!" Ivy menyebamkan mukanya ke bantal. "Malunya... Maluuuu"

Telefon Ivy berdering. Tolong jangan cakap Ayyash menelefonnya kembali. Takut-takut Ivy untuk melihat nama siapa yang tertera pada iphone 13 nya yang berwarna pink itu.

"Mati aku, mati kau Ivy!" Jerit Ivy. Dia menyebamkan mukanya kembali ke bantal.

Ivy mengangkat mukanya dan menarik nafas lalu menghembus bagi menenangkan dirinya yang hampir gila itu. Ivy mengangkat panggilan Tengku Ayyash.

"Urmm... Hello, asalamualaikum ni Ayyash ke?" Ivy terlebih dahulu memulakan perbualan.

"Waalaikummusalam, hm kenapa?" Suara Ayyash yang serak-serak basah kedengaran. Pasti dia baru bangun daripada tidurnya.

"Saya kacau Awak ke?" Ivy benar-benar malu sekarang ni sudahlah pagi-pagi buta macam ni dia pergi telefon Ayyash.

"Tak ada... Tak kacau pun kenapa?" Bohong Ayyash walhal dia baru sahaja bangun daripada tidur akibat terdengar telefonnya berdering. Kalau tak pasal dia balik lewat semalam daripada rumah mak ngahnya semasa menghantar Adra pulang pasti sekarang ini dia dah ada di gym bersama dengan Rayden, sahabat baiknya.

Hati Ivy mula berdegup dengan kencang.

"Saya just nak tanya pasal Adra, dia dah selamat sampai rumah dia ke? Awak dah pergi buat report dengan dia? Apa family dia cakap?" Bertubi-tubi Ivy memberi soalan kepada Tengku Ayyash. Kedengaran suara Ayyash ketawa kecil di sebalik telefonnya.

"Dah dia dah selamat sampai dah rumah dia, report? Rasanya dia buat kut, family dia pulak? Family dia nak berterima kasih dengan kau sebab selamatkan anak diaorang daripada penjahat-penjahat tu." Balas Ayyash

Lucu sungguh Ivy ni, dia memang risau betul dengan keadaan Tengku Adra sehingga banyak soalan diajukan olehnya.

"Oh syukurlah kalau macam tu... Okaylah saya letak dulu ya, sorry kacau awak tengah tidur." Ivy terlebih dahulu memutuskan panggilan.

Ayyash tersengih lebar sehingga menampakkan lesung pipit yang hanya ada dibahagian pipi kanan selepas Ivy menamatkan panggilan.

Jelas sangat yang Ivy malu semasa Dia mengangkat panggilannya tadi. Ayyash menyambung tidurnya kembali.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Good morning my usyuk asyamkuuu." Sapa Tiara sebaik sahaja dia sampai ke kafe Dyanz.

"Kau asal tak datang semalam?" Tanya Ivy sambil mencekak pinggang.

"Hehehehe, semalam makcik aku buat kenduri dekat rumah dia sebabtu lah aku tak datang."

"Lepastu kenapa tak inform dekat aku?" Ivy masih lagi mencekak pinggangnya.

"Weh aku dekat sana busy nak mati weh layan tetamu lah, jaga anak buah aku lah lepastu kena layan makcik-makcik bawang yang duk asyik sibuk tanya bila nak kahwin bila nak kahwin." Tiara membuat mimik suara makcik makcik bawang yang dimaksudkan olehnya itu.

"Kan kalau aku cakap saya tunggu suami makcik masuk minang saya, confirm bonda aku terus tarik telinga aku." Balasnya lagi.

"Ya lah Tiara ya." Malas Ivy nak mendengar bebelan Tiara. Ivy menyambung kembali mengelap tingkap kafe.
.
.
.
.
.
.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now